Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Mac 2016

Aku ke Hari Pendaftaran SMS Muar

Awal pagi semalam.
Aku dah dalam perjalanan ke Muar.
Ada sessi pendaftaran kemasukan.
Pelajar baru Tingkatan 4.
Ke SMS Muar.
Ini ambilan kedua.
Dan mungkin akan ada ambilan ketiga dan seterusnya.


Mulai tahun ini.
SMS Muar telah mengambil semula pelajar tingkatan satu.
Jadi pelajar tingkatan 4 dihadkan kepada 5 kelas sahaja.
Iaitu dikurangkan separuh.
Namun pada ambilan yang pertama,
Daripada 100 lebih pelajar yang ditawarkan.
Hanya sekitar 40 orang yang melapor diri.
Dan untuk ambilan kedua pun sama.
Dijangka 100 orang mendaftar diri.
Tetapi sehingga tengahari.
Tak sampai 40 orang yang melapor diri.
Dimana silapnya aku pun tak tahu.
Mungkin sebab sekolah ini dah tak gah seperti 30 tahun dulu.
Ataupun kerana sudah ada banyak lagi sekolah pilihan para pelajar.


Sessi pendaftaran tidak diadakan di dewan seperti dahulu.
Ianya dibuat diruang legar tempat menunggu semasa lawatan ibubapa sahaja.
Prosedur tak susah.
Tunjukkan surat tawaran.
Periksa nama.
Jumpa guru kelas.
Bayar segala yuran.
Dan terus hantar barang di bilik asrama masing-masing.


Kebetulan.
Anak dapat bilik tingkat paling atas.
Anak dapat rumah kuning.
Sama seperti masa di STF dahulu.
Cuma asrama di sini lebih cantik.
Catnya masih baru.
Lokernya agak besar.
Dan biasalah budak perempuan.
Pandai mereka mengemas dan menghias.


Pukul 11 pagi.
Kami berkumpul di Dewan Besar.
Ada taklimat daripada pengetua.
Juga ucapan motivasi daripada Naib YDP PIBG.
Naib YDP ni aku kenal.
Senior MO aku masa bertugas di Hospital Muar 20 tahun dulu.
Dia kini sudah bersara.
Dan jawatan terakhirnya sebelum bersara ialah Pengarah Hospital Muar.
Dia masih ingat aku lagi.
Sama-sama menjaga wad bersalin dan wad sakit puan.


Lepas taklimat.
Para pelajar diajak ke dewan makan.
Merasai nikmat makan nasi kawah untuk kali pertama.
Anakku makan sedikit sahaja.
Lauk ayam goreng dan sedikit kuah.
Takda selera katanya.


Lepas makan kami diberi kebebasan.
Boleh bawa anak keluar bandar untuk beli apa-apa barang yang tak cukup.
Tetapi wife aku dah sediakan secukupnya.
Semua keperluannya dah siap.
Tapi demi menjaga hatinya,
Aku bawa dia keluar ke Tanjung Emas.
Mencari makan tengahari di lokasi kegemaran.
Asam Pedas Muar yang marvellous.
Ditambah dengan ulaman dan sambal belacan.
Hati yang gundah pun terus berselera.


Pukul 3 petang.
Aku hantar anakku kembali ke asrama.
Berat juga hati nak meninggalkannya.
Tetapi aku keraskan hati.
Anak paling rapat denganku terpaksa aku lepaskan.
Demi masa depannya.
Tak boleh terus-menerus nak didodoi.
Sepi hidupku.
Tiada lagi yang menghantarku sehingga depan pintu.
Tiada lagi yang menyambut kepulanganku.
Tiada lagi yang mencium tanganku sebelum tidur.


Orang Johor cuti hari ini.
Cuti umum sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
Kalau ada kelapangan datanglah ke Dataran Bandaraya.
Boleh minum teh bersama-sama sultan.
Tetapi aku ada agenda lain.
Nak tengok Batman gaduh dengan Superman di TGV malam ini.



Aku merinduinya...






3 ulasan:

  1. mesti la rindukan ...anak ....
    harap anak doktor dapat sesuaikan diri dengan cepat cemerlang dalam pelajaran

    BalasPadam
  2. Dr,boleh saya tahu..mengapa Anak Dr dipindahkan dari STF ke Sm Sains Muar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kisahnya dalam blog ini.
      Panjang juga ceritanya.
      Dipendekkan cerita.
      Anak saya masuk form 1 STF.
      Lepas 2 bulan dia keluar.
      Tak tahan duduk berjauhan.
      Kembali ke sekolah harian.
      Lepas PT3 masuk balik ke asrama penuh.

      Padam