Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Aku dan Majlis Dialog Bersama Penguatkuasa Farmasi

Sepanjang 13 tahun aku duduk diklinik,
ada 3 kali pihak penguatkuasa farmasi datang menyergah klinik aku.
Kedatangannya memang secara mengejut.
Datang 2-3 orang pegawai muda.
Terus terjah masuk.
Nak tanya itu ini.
Nak tengok itu ini.
Nak pastikan aku mematuhi peraturan.
Juga nak tengok dokumentasi tata kerja aku.
3 kali mereka datang,
mesti ada yang tak kena.
Mesti dapat surat amaran.
Mesti kena hantar surat tunjuk sebab.
Mesti kena jawab selepas membuat penambahbaikan.
Dilemma doktor-doktor GP sepertiku.
Seolah-olah didapati bersalah sebelum dibuktikan bersalah.
Apa salahnya hantar surat dahulu.
Apa salahnya beri notis dahulu.
Zaman dah moden,
telefonlah dulu.
Kami bukannya penjenayah pun.
Mungkin ada berbuat sedikit kesilapan tetapi kami bukannya penjenayah.
Lainlah jika ada aduan.
Menjual ubat batuk.
Menjual ubat tidur.
Menjual pil kuda.
Itu lainlah.

Dipendekkan cerita.
Pagi Selasa lepas aku tak masuk klinik.
Aku dijemput menghadiri majlis dialog.
Dialog bersama Bahagian Perkhidma…

Aku dan Wordless Wednesday

*  Want to see mine?











Aku dan Pesakit Minggu Ini

Salam sejahtera. Lama tak sembang pasal pesakit di sini. Maklumlah. Sejak balik daripada Korea, jiwaku masih tersangkut di sana. Badan sahaja di sini. tetapi otakku dah tertinggal disana. Segala-gala yang ada di sana, kalau boleh nak bawa balik ke sini. Terutama cuaca dan suhu 15 darjahnya. Juga keindahan alam semulajadinya. Tetapi apakan daya. Nak tak nak di sinilah bumiku pijak. Disini jugalah langitku junjung.

Dua minggu ini klinik agak lengang. Walaupun cuaca panas 40 darjah diluar, pesakit agak berkurangan. Tapi biasalah. Setiap perniagaan ada pasang surutnya. Orang sakit ada pasang surutnya. Bila pesakit agak kurang, dapatlah aku beri lebih perhatian kepada pesakit-pesakit yang sedia ada. Juga bolehlah aku buat aktiviti-aktiviti bebas di klinik.

Sebagai doktor, aku jarang bincang pasal perniagaanku di sini. Hal-hal berkaitan dengan kewangan aku malas nak cerita. Tetapi hal ini aku nak cerita juga. Dah lama aku pendamkan. Ini berkaitan dengan klinik panel. Terutamanya dengan kil…

Aku dan Wordless Wednesday

Nota kaki:
Pembohongan tergempar abad ini.
Sumber:
FB Pseudoscience Watch




Aku dan Projek Hari Keluarga Kelab Kesatuan HYZ

Pukul 11 pagi hari Jumaat. Aku dan ahli keluargaku bertolak ke Mersing, Johor. Untuk menghadiri Program Ramah Mesra & Hari Keluarga. Anak, menantu, cucu dan cicit Hj Yusop dan Zaiton. Yang julung-julung kalinya diadakan.

Ini kali pertama aku sampai ke sini. Teluk Gorek Chalet & Camp Site. Jauhnya kira-kira 20 km daripada bandar Mersing. Tempat ini agak famous juga dikalangan badan-badan kerajaan dan sekolah-sekolah. Kalau tengok gambar-gambar yang ditampal didinding dewan makan, memang tak putus orang datang buat pelbagai program di sini. Serentak dengan hari keluarga yang akan aku hadiri, ada beberapa program lain diadakan di sini. Memandangkan kawasan chalet ini luas, tak terasa kesibukannya. Ditepi pantai, ada banyak khemah didirikan. Memang ada tapak perkhemahan yang boleh disewa. Lengkap dengan kemudahan.

Mula-mula sekali proses pembahagian bilik. Keluarga kecil ambil bilik yang kecil. Manakala keluarga yang punya anak-anak besar, ambil bilik yang besar. Keluarga yang da…

Aku dan Warna-Warni Kota Seoul

Ketika musim bunga seperti sekarang, ramailah warga tempatan yang datang ke tempat-tempat awam, dengan memakai baju kebangsaan mereka. Jangan malu untuk menegur mereka. Jangan malu untuk mengajak mereka bergambar. Mereka bangga dan seronok. Tapi jangan tengok baju sahaja. Tengok juga wajah-wajah mereka. Yang cantik-cantik memang ramai. Yang tak cantik pun ramai jugak.



Tengoklah tahap kelajuan WiFi percuma mereka dilapangan terbang. Mencapai tahap maksimum. Celcom 3G aku baru bagi 5MB/sec. Kat tempat-tempat lain pun lebih kurang sama juga. Di sini ada banyak WiFi percuma. Terutama ditempat-tempat awam. Jadi tak payahlah buang duit nak international roaming. Sehari 36 ringgit memang tak berbaloi. Guna sahaja WiFi yang ada.

Di sini rakyatnya memang peka dengan program kitar semula. Aku nak buang sampah pun naik takut. Kalau di Guesthouse aku sering diperingatkan. Bekas plastik boleh dikitar semula. Cawan kertas boleh dikitar semula. Lepas makan, sisa-sisa makanan dikumpul dalam satu bek…