Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2016

Aku dan Kembara Korea: Hari Kedua


Hari kedua bermula jam 9:30 pagi.
Agak lewat sebab lokasi kami nak pergi dibuka pukul 10 pagi.
Tetapi waktu subuh di sini bermula seawal jam 4.15 pagi.
Dan berakhir jam 6:05 pagi.
Kalau ikutkan suhu yang dingin memang tak larat nak bangun.
Tapi kewajiban tetap kewajiban.
Lepas sembahyang tidur balik sampai pukul 8.00.
Pukul 10 pagi aku antara yang terawal tiba di Namdaemun Market.
Masa aku sampai banyak kedai sedang dibuka.
Tetapi pengunjung dah mula ramai.
Warga tempatan semestinya.


Tempat ini macam pasar pagi di Malaysia.
Pasar basah pun iya.
Sebab ada banyak section.
Ada kawasan menjual barang-barang keperluan harian.
Baju, kasut, beg, alat permainan.
Ada juga kawasan menjual barang-barang basah.
Ikan, sayur juga buah-buahan.
Restoran dan gerai kecil menjual makanan tempatan pun banyak.
Cuma halal ke tidak itu kena study dululah.
Tapi aku cuma nak cari souvenir di sini.
T-shirt, fridge magnet, key chain.
Kalau rajin tawar-menawar bolehlah dapat kurang sedikit.
Kalau tak rajin pun boleh dapat kurang juga.
Ikut nasiblah.
Sepanjang aku disini,
peniaga tempatan jarang ambil kesempatan.
Mereka tidak ramah sebab mungkin masalah bahasa.
Jadi kalkulator menjadi alat komunikasi terpenting.
Seperti ditempat-tempat lain juga.
Harga barang kena rajin survey dan menjelajah.
Walaupun 1000won tu nampak kecil di sini,
kalau ditukar balik ke RM dekat 4 ringgit juga bezanya.



Aku memang tak pandai dan tak suka shopping.
Aku lebih suka menjelajah dan memerhati.
Sebab itu aku ikut arah lain,
wife dan anak perempuan ikut arah lain.
Aku dah 4 kali round, 
wife kata masih belum siap lagi.
Lalu aku turun ke bawah tanah.
Ada juga shopping complex dibawah tanah rupanya.
Maka terjumpalah beberapa kedai menjual paraphenalia Kpop.
CD pun ada.
Jauh lebih murah banding di Malaysia.
Dan kedai jual CD di sini nampak macam kedai buku sahaja.
Kotak CD pun tak standard dari segi bentuk dan saiznya.
Anak yang arif pasal Kpop lebih pandai memilih.
Kalau aku banyak duit,
Aku borong banyak-banyak dan jual semula.
Memang boleh buat untung.


Pukul 1 tengahari.
Aku akhirnya berpindah ke lokasi seterusnya.
Kawasan yang ramai penduduk Islam iaitu di daerah Itaewon.
Ada banyak restoran muslim di sini.
En Luqman dah tempah meja di Restoran Bombay Grill di sini.
Nasi Briyani dan Kari Ayam.
Sangat sedap.
Aku datang tinggal makan sahaja.
Semuanya sudah disiapkan.


Lepas makan tengahari aku kena panjat bukit.
Mendaki bukit untuk ke Seoul Central Mosque.
Satu-satunya masjid yang aku jumpa di sini.
Kawasan sekelilingnya bersih dan cantik.
Juga sunyi sepi.
Memang khusyuk kalau bersembahnyang di sini.


Selain muslim,
warga tempatan juga datang untuk mengambil gambar di sini.
Tetapi ada etika berpakaian dikenakan.
Macam di Masjid Negaralah juga.
Tempat berwuduknya pula berada di bawah tangga.
Airnya sejuk seperti air batu.
Dan tiada heater disediakan.


Ruang dalamannya luas.
Karpetnya tebal dan sangat bersih.
Tak jauh berbeza dengan masjid di Malaysia.
Alhamdulilah.
Dinegara yang separuh penduduknya tak beragama,
islam masih lagi mampu bertapak.


Selepas selesai solat aku berpindah ke lokasi seterusnya.
Pusat jualan kain cotton juga sutera.
Juga pusat menjual brooch.
Aku tengok dari jauh sahaja.


Ketika warga wanita bershopping didalam,
Aku keluar bersiar-siar ditepi sungai.
Menghirup udara segar sambil memerhati warga tempatan.
Seronok agaknya duduk di sini.
Udaranya nyaman dan segar.
Sungainya bersih.
Pemandangannya cantik.
Rakyatnya berdisiplin.
Cantik-cantik pulak tu.


Selepas sejam aku berpindah ke lokasi seterusnya.
Cuaca semakin redup.
Tetapi kaki dah terasa penat.
Kalau nak sewa baju Hanbok di sinilah tempatnya. 
Tetapi masing-masing sayang duit.
Nak kembali ke Myeongdong lagi malam nanti.
Satu yang aku perhatikan.
Pemandangan di sini memang sangat cantik.
Tak berhenti aku menekan shutter kamera aku.


Aku sampai di Guesthouse hampir maghrib.
Maklumlah jalan-jalan di sini sentiasa sesak dengan kenderaan.
Kena pusing jauh untuk sampai ke satu-satu lokasi. 
Bagusnya makanan malam aku dah disediakan.
Kali ini ada Nasi Ayam.
Tanpa menoleh kiri kanan aku sekeluarga makan dulu.
Maklumlah di sini makanannya dicatu.
Kalau berjalan-jalan memang susah nak cari makanan yang halal dimakan.
Air masak adalah menu utama.
Dan dapat nasi adalah nikmat yang tidak terhingga.


Pukul 9 malam.
Aku kembali lagi ke Myeong-dong.
Kawasan perniagaan yang sangat mewah.
Banyak jenama-jenama terkenal ada disini.
Harganya lebih kurang standard harga di Malaysia.
Tetapi pilihannya lebih banyak.
Juga lebih terkini.
Dan bagi orang Kulai sepertiku.
Aku hanya mampu tengok sahaja.


Aku ke sini sebab suka suasana di 'bazaar karat'nya.
Dijalan-jalan antara bangunan kedai,
Ada ramai orang berjaja.
Pakaian, cenderahati juga makanan tempatan.
Walaupun nampak macam pasar malam,
Kualiti barang-barang buatan Korea memang boleh tahan.
Tengok dan pegang pun tahu kualitinya.
Harga paling murah pun 10000 won.
Menyamai 35 ringgit duit kita.
Jadi kami sangat berkira kalau nak membeli sesuatu barang.


Peniaga di sini tahu kalau aku sebut Malaysia.
Yang beri salam, yang kata Selamat Datang dan Terima Kasih pun ada.
Urusan jual beli tak susah.
Kalau rajin boleh tawar-menawar harga.
Peniaga yang muda-muda pandai juga berbahasa Inggeris.
Tetapi yang tua-tua langsung tak tahu.
Guna bahasa isyaratlah apa lagi.
Sana-sini ada promosi jualan produk kecantikan.
Diskaun sehingga 50 peratus.
Boleh claim balik GST kat airport nanti.
Memang rambang mata kalau tak kuat iman.
Apatahlagi bila tengok kulit para promoter jualan.
Baik lelaki mahupun perempuan.
Kulitnya semua macam kulit bayi.
Aku masih tak tahu sebabnya.

Tengahmalam.
Aku kembali ke bilik untuk berehat.
Esok nak jalan jauh lagi.

Bersambung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan