Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2016

Aku dan Kembara Korea: Hari Keempat


Hari keempatku dibumi Seoul bermula seawal jam 9 pagi.
Kena keluar daripada kota lagi.
Hari ini aku akan dibawa berlibur di Everland Resort.
Sehari suntuk disana katanya.


Perjalanan mengambil masa lebih sejam.
Kalau ikut rancangan asal,
aku sepatutnya pergi pada hari minggu.
Tetapi penganjur tukar kepada hari isnin.
Kerana hari minggu taman ini lebih penuh sesak dengan manusia.


Pada hari tersebut,
cuaca memang sangat cantik.
Langit biru.
Sangat sesuai untuk mengambil gambar.
Walaupun matahari kelihatan,
suhu level sederhana.
Berjemur pun tak terasa bahangnya.


Taman ini memang children friendly.
Sana-sini ada tempat khas untuk meletak troli.
Ada banyak rides yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Tetapi semuanya bukan untuk aku.
Atas pengaruh Runningman,
dan juga mungkin pengaruh kawan-kawan,
anak-anak nak juga naik T-Express.



South Korea's highest, fastest, longest, steepest roller coaster. 
South Korea's first wooden coaster.
It has world's steepest wooden roller coaster record (77 degrees, 2009) 
sumber: Wikipedia

Waktu menunggu untuk naik ialah 50 minit.
Sementara anak-anak menunggu giliran mereka,
aku pula beratur di Zootopia.
Beratur untuk menaiki bas.
Memasuki hutan belantara.
Nak berkawan dengan harimau, singa dan beruang.


Masa menunggu lebih kurang 40 minit.
Disebabkan cuaca tak panas,
aku tak terasa masa berlalu.
Kejap aje dah berada didalam bas.
Driver bas bertindak sebagai pemandu pelancong sekali.
Bila sampai ditempat haiwan itu melepak,
dia memberi penerangan.
Juga memberi sedikit makanan kepada haiwan tersebut.
100% dalam bahasa Korea.
Aku menganga sahaja.
Haiwan di sini nampak sihat-sihat belaka.
Cukup makan dan tempat tinggal yang selesa semestinya.


Masalah timbul bila waktu sembahyang.
Memang ada disediakan surau.
Ruangnya siap dengan tempat berwuduk sekali.
Tetapi ruangnya hanya memuatkan 6 orang sekali masuk.
Ruang yang sama dikongsi lelaki dan wanita.
Jadi waktu menunggu giliran agak lama.
Sebab bila wanita yang masuk terus-terusan,
yang lelaki hanya mampu tengok dan tunggu.
Jadi aku pun buat peraturan.
Wanita jangan masuk dulu.
Giliran lelaki pulak.
Tiba-tiba datang sekumpulan pakcik tua daripada Alor Setar.
Mereka main redah sahaja.
Aku yang muda-muda nganga bila mereka menyerbu masuk dulu.
Selamba sahaja memotong giliran.
Nak kejar masa kata mereka.


Dalam kesibukan aku meronda sana-sini,
aku dapat berita.
Salah seorang ahli ronbonganku kehilangan salah seorang anaknya.
Aku tak tahu cerita sebenarnya.
Dan aku pun malas nak bertanya.
Alhamdulilah selepas 40 minit,
anaknya ditemui semula di kaunter pertanyaan.
Kalau aku memang menggigil punya.
Everland sangat luas.
Manusia sangat ramai.
Bahasa pula menjadi penghalang.

Pukul 4.30 petang.
Aku meninggalkan Everland dan kembali semula ke Seoul.
Sebelum pulang aku sempat singgah di Hard Rock Cafe Seoul.
Ada beberapa orang collector nak mencari souvenir di sini.
Restoran ini letaknya dalam bangunan Lotte World Mall.
Di tingkat 5.
Khabarnya baru 2 tahun beroperasi.
Aku bukan peminat merchandise HRC.
Jadi aku cuma ambil name card sahaja.
Lepas tu aku turun ke bawah.
Cuci mata melihat warga Seoul membeli-belah.


Pukul 7 malam.
Aku sampai di rumah tumpangan.
Lepas makan malam aku terus bersiap.
Malam ini nak ke Myeongdong lagi.
Nak cari lagi barang-barang souvenir.
Nak juga cari makanan halal yang belum dicuba.
Juga nak habiskan saki-baki duit won yang ada.
Alhamdulilah pada malam terakhirku di sini,
Aku dapat mencuba ramen dan kimchi juga bibimbap yang halal.
Bermakna hampir 90% makanan Korea aku dah cuba.
Ramennya macam Maggi curry sahaja.
Cuma meenya rasa lebih kenyal.
Kimchi pula adalah kobis yang dijerukkan.
Ada rasa sedikit pedas seperti kuah asam pedas yang pekat.
Manakala kimbab adalah campuran nasi, sayur, telur dan sos yang dimakan setelah digaul rata.
Sedap lagi Nasi Goreng Kampung kalau ikut tekakku.


Pukul 12 malam aku kembali ke bilik.
3 kali melawat Myeongdong pun wife masih tak puashati.
Nasib baik duit dah habis.
Kalau tidak pasti ada lagi yang nak dibelinya.
Malam itu aku tidur dengan lema sekali.
Kembara dibumi Korea telah hampir dipenghujung.
Semua rancangan berjalan lancar.
Apa yang nak lihat; 
aku dah lihat.
Apa yang nak aku rasa; 
aku dah rasa.
Apa yang aku nak beli; 
aku tak dapat beli semuanya.
Takut bajet lari.



Bersambung sedikit lagi.





3 ulasan:

  1. Baca marathon cerita kembara Korea... seronok tengok gambar terutama gambar family yg ceria..
    5 harinyang padat dengan aktiviti... yang menariknya bab tengok trip ni makanan macam makanan di Malaysia.
    Makchaq ni ada masalah makan... cina, korea, jepun memanng x boleh langsung.. teman anak makan pun kena duduk jauh.. makanan international thai, indon, india ja boleh..
    Tu yg tak berani nak pi korea ke cina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi membaca pengalaman saya Makchaq...
      Kena bawa bekal banyak2 lain kali...

      Padam
  2. Seronok tgk Kembara Dr Sekeluarga ke Korea.. Detail informasi pun lengkap.

    BalasPadam