Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2016

Aku dan Kembara Korea: Hari Ketiga

Hari ketiga.
Hari minggu di sini.
Pukul 8:30 pagi aku dah bersiap.
Hari ini nak jalan jauh.
Sejam setengah perjalanan keluar kota Seoul.
Lokasi wajib setiap orang yang datang ke Korea.
Melawat Pulau Nami.


Perjalanan pergi dikira cepat.
Sebab jalan masih lengang.
Tetapi bila sampai di sana.
Tempat parking dah hampir penuh.
Warga tempatan sangat ramai.
Tempat ini memang lokasi favorite mereka juga.
Macam Cameron Highland jugaklah.
Musim-musim sejuk memang sentiasa penuh dengan pelancong.


Untuk ke pulau ini.
Aku kena menaiki feri.
Tak jauh pun.
Hanya 5 minit masa perjalanan.
Kalau tak nak naik feri,
Boleh terbang naik flying fox.
Anggaran 100 ringgit tiketnya.
Tetapi naik feri pun thrill jugak.
Masa menunggu pun tak lama.
Aku kagum dengan kerja-kerja staf mereka.
Sangat cekap dan effisien.


Apa yang ada di sini?
Pada aku yang ada di sini adalah pemandangannya.
Barisan pokok-pokok yang ditanam sangat cantik pemandangannya.
Tak kira apa musim sekalipun.
Masih tetap cantik dipandang.
Lagipun ada banyak padang-padang luas.
Boleh golek-golek dan baring-baring kalau nak.
Tiada siapa nak gelakkan kita berjemur tengah padang.
Sebab walaupun waktu tengahari sekalipun,
Langsung tak terasa panasnya.


Penganjur lawatan dah sediakan makan tengahari untuk kami.
Ada satu restoran halal di sini.
Dongmoon Asian Cuisine namanya.
Aku dihidangkan dengan Nasi Bulgogi.
Nasi putih dengan Daging Lembu Cincang.
Memang sedap tak terkata.
Bila anak aku kata dia tak makan daging,
dia terus hantar ayam goreng tanpa bayaran tambahan.
Selepas makan boleh terus bersembahyang di tingkat atas restoran.
Ada surau siap dengan tempat berwuduk disediakan.
Yang bagusnya surau lelaki dan perempuan diasingkan.


Sementara menunggu pukul 4 untuk naik feri,
aku dan famili pusing satu pulau.
Masa tu baru aje beli monopod.
Terikut-ikut dengan trend orang tempatan.
Selfie sorang-sorang.
Ataupun wefie satu famili.


Mungkin ada yang bosan tengok gambar-gambar berikut ini.
Tetapi ini cerita aku.
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.
Bukan niat untuk berbangga diri.
Tetapi aku ingin pahatkan memori ini.
Satu kenangan terindah kami sekeluarga.
Mungkin aku takkan kembali ke sini lagi.
Mungkin ini kali terakhirku di sini.
Mungkin juga ini kali terakhir aku bersama-sama keluargaku di sini.


Inilah wajah kami sebenarnya.
Anak-anak dah semakin membesar.
Setahun dua lagi mungkin dah berpasangan.
Mungkin dah tak mahu bercuti bersama-sama emak ayahnya lagi.
Jadi dikesempatan ini.
Nikmatilah sepuas-puasnya.


Kepada anda diluar sana.
Musim bunga di Korea adalah perfect untuk bercuti bersama keluarga.
Banyak perkara boleh dilakukan bersama-sama di sini.
Kalau rajin boleh menyewa basikal.
Berkayuh sekeliling pulau.
Tapi yang paling mudah ialah beri monopod.
Senyap anak-anak dengan aktiviti masing-masing.


Yang bujang minat dengan pemandangan.


Yang bujang ni berangan nak jadi artis Kpop.


Manakala yang seorang ni merajuk tak nak balik Malaysia.


Pukul 4 petang.
Aku bertolak balik ke darat.
Tak lama.
5 minit sahaja.
Tetapi perjalanan balik ke Guesthouse memakan masa.
Hampir 3 jam lamanya berada didalam bas.
Kenderaan banyak.
Maklumlah hari minggu.


Sampai di guesthouse dinner dah menunggu.
Nasi Lemak Ayam Berempah.



Malam ini aku tak keluar ke Myeong-dong.
Malam ini cuti.
Dah kepenatan.
Esok nak jalan jauh lagi.

Bersambung.






1 ulasan: