Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2016

Aku dan Kembara Korea: Hari Pertama


Selepas selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi,
aku pun keluar daripada bangunan airport.
Semua orang sangat teruja dengan suasananya.
Udara yang bersih dan dingin.
Pemandangan yang sejuk dan berkabus.
Dan juga signboard tulisan Korea.
Semacam tak percaya.
Aku dah sampai di bumi Korea.


Kedatanganku disambut oleh En Luqman.
Pemandu pelancong kumpulan kami.
Anak Terengganu yang dah 8 tahun hidup di Seoul.
Juga bekas pelajar universiti.
Khabarnya sedang menyambung pengajian.
Dia dah mahir dengan keadaan di sini.
Bahasa Korea dia pun sangat fasih.
Aku mula rasa lebih selesa dan selamat.
Sebuah bas berwarna merah telah sedia menanti. 
Untuk membawaku ke lokasi pertama pengembaraanku,
Tebing Sungai Han.
Han River Park.
Lokasi penggambaran Running Man banyak dilakukan di sini.


Sepanjang perjalanan hampir sejam ke kotaraya Seoul,
aku terpegun dengan pemandangan dikiri kanan jalan. 
Pokok-pokok banyak yang masih tinggal ranting sahaja.
Tetapi selang-selinya ada pokok-pokok yang telah berbunga.
Bunga sahaja tanpa daun.
Bunga Cherry Blossom.
Merah, putih, kuning, pink.
Memang dah sangat cantik dah pada pandanganku.
Sistem jalan raya di Korea setaraf dengan negara kita.
Jalannya cantik dan well maintained.
Kenderaan dan para pemandunya pun sangat patuh pada undang-undang.
Cuma aku keliru.
Bila stereng pemanduan sebelah kiri,
Sistem jalan rayanya pun terbalik.
Kalaulah aku yang bawa kereta,
Memang dah lama kena langgar atau melanggar kereta lain.


Sampai di Han River Park aku dah hilang kata-kata.
Berderet pokok bunga sakura sedang berkembang.
Bukan aku seorang yang teruja,
warga tempatan pun sama.
Berebut-rebut mencari sudut dan angle yang cantik.
Warna tempatan pun seperti kami juga.
Masing-masing sibuk dengan kamera masing-masing.
Ada yang solo.
Ada yang bercouple.
Ada yang berkumpulan.
Terasa seperti pesta.


Sedang sibuk melayan anak-anak bergambar,
makanan tengahari kami pun sampai.
Pakej yang aku ambil memang serba lengkap.
Pengangkutan siap.
Tempat tinggal siap.
Makan pagi, tengahari dan malam pun siap.
Dan jangan terkejut.
Aku makan nasi berlaukkan ikan goreng dan sambal belacan.
Khabarnya yang memasak pun orang Malaysia juga.
Sepasang suami isteri yang sedang mengambil ijazah lanjutan.
Ditemani suhu dingin 15 darjah celcius
Dan pemandangan yang mengasyikkan.
Memang langsung tidak bersisa.
Lagipun daripada pagi tak makan apa-apa.
Semua dah kebuluran.


Pukul 3 petang.
Aku bertolak ke lokasi seterusnya.
Sungai dan air terjun buatan manusia sepanjang 11km.
Khabarnya suasana malam lebih cantik.
Tetapi dapat tengok siang lagi baik.
Sungainya sangat jernih.
Macam air terjun kat kampung.
Boleh nampak ikan-ikan yang sedang berenang.
Dan letaknya ditengah-tengah bandaraya Seoul.
Hebatkan?


Tak sampai setengah jam,
Aku berpindah ke lokasi seterusnya.
Gyeongbokgung Palace.
Salah sebuah istana yang ada di bandaraya Seoul.
Ini yang paling besar.
Masuk adalah percuma.
Tak perlu apa-apa.
Sediakan kaki sahaja untuk berjalan jauh.
Memang luas kawasan ini.
Banyak sangat rumah yang nak dilawat.
Semuanya dijaga rapi.
Bersih. Sangat bersih.
Yang bagusnya ialah badan langsung tak berpeluh.
Muka pun tak rasa melekit.
Berjalan hampir 10km sehari pun tak terasa penatnya.


Pukul 5 petang.
Aku dibawa untuk check in di Nungmaru Guesthouse.
Dikawasan Myeongdong.
Lokasi paling strategik.
Nanti aku cerita sebabnya.

Bersambung.



2 ulasan:

  1. Wahhhh..seronoknya...tak sabar nak baca entri seterusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi membaca pengalaman saya.

      Padam