Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 April 2016

Aku dan Kembara Korea: Hari Terakhir


Hari terakhirku dibumi Korea bermula jam 10 pagi.
Lepas checked out,
aku bersalam-salam dengan tuanpunya rumah tumpangan.
Memang baik orangnya.
Agak ramah walaupun bahasa Inggerisnya agak kurang vocabnya.
Beliau juga sama-sama menghantar kami sampai didalam bas.


Sebelum ke lapangan terbang,
aku dibawa ke lokasi terakhirku.
Seoul Tower.
Bas parked separuh jalan,
dan aku kena berjalan kaki mendaki bukit yang agak curam.
Tak jauh.
Dalam 100 meter sahaja.
Pelancong pula tak terkira ramainya.
Warga tua pun ramai.
Selamba sahaja mendaki bukit.
Orang sini takda yang sakit lutut ke?

Apa yang ada di sini?
Tentunya ada menara.
Selain itu nampak pemandangan hampir seluruh kota Seoul.
Pokok-pokok bunga jangan ceritalah.
Segar mata memandang.
Satu lagi yang famous disini ialah love padlock trees.
Dah hampir separuh pagar di sini dipenuhi dengan mangga.
Kononnya untuk memangga cinta dan kasih sayang sesama manusia.
Kalau takda mangga,
Pen ada.
Habis semua arca dan dinding diconteng.
Nak menunjukkan rasa cinta gamaknya.
Selain itu khabarnya boleh naik atas menara.
Naik cable car pun ada.
Tetapi aku tak sempat nak pergi.
Kesuntukan masa.


Pukul 11.30 pagi.
Aku menuju ke perhentian terakhirku.
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Sedihnya sebab dah nak kena balik.
1 jam juga perjalanan daripada kota Seoul.
Urusan daftar masuk tak susah sangat.
Manusia tak seramai macam masa aku datang tempohari.
Ikut aje arahan.
Ikut aje barisan.
Cuma perjalanan daripada tempat check in menuju ke gate kapal terbang memakan masa 40 minit.
Siap kena naik train lagi.
Tetapi tak syak lagi,
Lapangan terbang ini adalah yang terbaik didunia.
Semuanya cekap dan cepat.
Sampah langsung tak kelihatan.
Sana sini kelihatan seperti baru.
Well maintained.
Tandas di sini langsung tak berbau.
Tapi susah nak cari air didalam tandas.
Kena bawa botol air sendiri.


Pukul 4 petang.
Aku diarah memasuki kapalterbang.
Penerbangan adalah mengikut jadual.
Selamat tinggal bumi Korea.
Selamat jalan dan terima kasih En Luqman,
Budak Terengganu yang dah 7 tahun tinggal di Korea.
Banyak kenangan manis aku tinggalkan di sini.
Kenangan bersama-sama isteri dan anak-anak.
Semuanya indah belaka.
Suatu hari nanti.
Aku pasti kembali ke sini.
Kalau tidak berlima,
Pastinya berdua.
Kalau tidak berkaki dua,
Mungkin dah berkaki tiga.


Lihat pasangan ini.
Sepasang cikgu pencen yang rajin berjalan.
Naik basikal berdua mengelilingi pulau Nami.
Romantik giler.

Pukul 11:00 malam waktu tempatan.
Aku selamat tiba di KLIA2.
Kepulanganku disambut oleh gambar besar Neymar diBillboard.
Kepulanganku disambut oleh abang Bangla yang menjaga trolley.
Juga abang Nepal yang menjaga escalator.
Malaysia Oh Tanahairku.


Didalam kapal terbang aku dah mula memasang angan-angan baru.
Nak mencari lokasi percutian yang baru.
Kalau bukan tahun depan,
Dua tahun lagi.
InsyaAllah.

Semoga berjumpa lagi dalam kembara yang lain pula.
Terima kasih kepada yang sudi membacanya.

Tamat.


2 ulasan:

  1. WAHHHH .. INSHAAaLLAH DOKTOR

    BalasPadam
  2. Tq Dr berkongsi pengalaman..boleh dijadikan rujukan..

    BalasPadam