Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2016

Aku dan Kembara Korea: Pengenalan


Bulan November tahun lalu aku ke Kundasang Sabah.
Aku sekeluarga sangat teruja dengan suhu sejuk di sana.
Dua hari terasa tak cukup.
Aku nak cari tempat lain yang lebih sejuk.
Dan lebih jauh kalau boleh.
Kebetulan masa aku balik ke kampung,
adik aku beritahu ada trip nak ke Korea.
Orang kampung aku yang anjurkan.
Trip permulaan musim bunga.
Bulan April 2016.
Ada bunga sakura sedang berkembang.
Dah suhu sekitar 10-15 darjah.
Masing-masing teruja bila dengar Korea.
Lalu aku contact owner travel agency tersebut.
Dipendekkan cerita,
Selang dua hari aku bayar deposit.
Lepas tu bayar ansuran sebanyak tiga kali.
Akhir bulan tiga.
Aku bayar habis.
Trip melancong ke Korea untuk 5 orang.
5 hari 4 malam.
Trip paling jauh dan paling lama pernah aku rancang.


Dua minggu sebelum bertolak.
Banyak urusan perlu aku selesaikan.
Paling penting memohon kebenaran untuk anak-anak ponteng sekolah selama seminggu.
Alhamdulilah pengetua memberi kebenaran.
Aktiviti diklinik pun sama.
Aku tak cari doktor locum.
Aku tutup klinik untuk projek pembersihan besar-besaran.

Petang hari Khamis yang lalu.
Aku sekeluarga bertolak ke UTM.
Owner travel agency memang staf UTM.
Jadi urusan mudah di sana sahaja.
Aku tinggalkan kereta di dalam kampus.
Kemudian menaiki bas yang disewa khas untuk ke KLIA2.
Pukul 9 malam aku selamat tiba di KLIA2.
Dan pukul 1:30 pagi hari Jumaat aku pun bertolak ke Lapangan Terbang Incheon.
Perjalanan memang sangat lancar.
Kapal terbang terasa seperti tak bergerak.
6 jam perjalanan pula terasa sangat lama.
Duduk kelas ekonomi pulak tu.
Ruang untuk bergerak sangat terhad.
Nak tidur pun tak boleh nak lena.
Sebenarnya ini perjalanan aku paling jauh setakat ini.
Macam-macam perasaan bermain dalam kepala.
Takut hilang di atas awan antaranya.
Tetapi syukur alhamdulilah.
Tepat jam 8:30 pagi aku selamat mendarat di bumi Seoul.


Lapangan Terbang Incheon lebih kurang sama besarnya dengan KLIA.
Tetapi sangat sangat bersih dan kelihatan sangat baru.
Juga sangat besar dan lenguh kaki nak kena berjalan.
Rombongan yang aku sertai ini terdiri daripada 21 orang daripada Johor Bahru.
Dan ditambah beberapa kumpulan kecil semasa di Seoul.
Kesemuanya ada 30 orang.
Pasangan muda ada.
Pasangan tua ada.
Pasangan bersama anak kecil ada.
Famili macam aku pun ada.
Makcik berkerusi roda pun ada.
Ketua rombongan aku adalah suami kepada owner travel agency tersebut.
Biasanya dia sendiri yang bawa.
Tetapi kali ini suaminya yang kena bawa.
First time ke Seoul katanya.


Turun daripada kapal terbang,
Suhu 15 darjah serta berkabus menyambut kedatangan kami.
Berasap mulut bila bernafas.
Oh ya! Prosedur melepasi immigresen di sini adalah sangat lambat.
Walaupun ada 4 kaunter,
pelancong luar negara sangat ramai.
Untuk lepaskan pemeriksaan mengambil masa hampir 2 jam.
Begitulah sibuknya negara Korea.
Ramai betul pelancong.
Thailand, China, Indonesia, Jepun, Filipina dan juga Malaysia.
Masing-masing berduyun-duyun nak memasuki Korea.
Pegawai immigresen di sini taklah sombong dan "kek wat" macam di Tambak Johor.
Pertama yang aku perhatikan.
Wajah-wajah orang Korea macam orang Cina juga.
Tak semuanya berwajah sempurna seperti didalam televisyen.
Tetapi kulit muka mereka semuanya putih dan halus mulus belaka.
Itu yang aku nak cari sebabnya.

Pukul 10.30 pagi.
Aku akhirnya dapat keluar daripada lapangan terbang.
Kedatanganku disambut oleh En Luqman.
Seorang warga Malaysia yang pernah belajar di sini.
Kini beliau menjadi pemandu pelancong sambilan.
Kepada warga-warga Malaysia sepertiku,
yang begitu taksub dengan orang-orang Korea.
Yang selama ini hanya tengok dalam tv sahaja.
Kini semuanya ada didepan mata.

Bersambung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan