Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 April 2016

Aku dan Majlis Dialog Bersama Penguatkuasa Farmasi

Sepanjang 13 tahun aku duduk diklinik,
ada 3 kali pihak penguatkuasa farmasi datang menyergah klinik aku.
Kedatangannya memang secara mengejut.
Datang 2-3 orang pegawai muda.
Terus terjah masuk.
Nak tanya itu ini.
Nak tengok itu ini.
Nak pastikan aku mematuhi peraturan.
Juga nak tengok dokumentasi tata kerja aku.
3 kali mereka datang,
mesti ada yang tak kena.
Mesti dapat surat amaran.
Mesti kena hantar surat tunjuk sebab.
Mesti kena jawab selepas membuat penambahbaikan.
Dilemma doktor-doktor GP sepertiku.
Seolah-olah didapati bersalah sebelum dibuktikan bersalah.
Apa salahnya hantar surat dahulu.
Apa salahnya beri notis dahulu.
Zaman dah moden,
telefonlah dulu.
Kami bukannya penjenayah pun.
Mungkin ada berbuat sedikit kesilapan tetapi kami bukannya penjenayah.
Lainlah jika ada aduan.
Menjual ubat batuk.
Menjual ubat tidur.
Menjual pil kuda.
Itu lainlah.

Dipendekkan cerita.
Pagi Selasa lepas aku tak masuk klinik.
Aku dijemput menghadiri majlis dialog.
Dialog bersama Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi untuk lebih spesifik.
Didalam surat disebut kedatangan adalah wajib.
Kalau tak boleh datang,
kena hantar wakil.
Aku boleh hantar staf klinik sebagai wakil.
Tetapi aku rasa aku perlu hadir.
Ada banyak perkara aku kena refresh.
Maklumlah dah lebih 10 tahun duduk dalam klinik.
Kenalah tahu undang-undang yang terkini.
Manalah tahu ada isu-isu baru yang boleh diperjelaskan.


Majlis dimulakan tepat jam 9.30 pagi.
Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah Cawangan Penguatkuasa.
Diikuti dengan tayangan video korporat,
seterusnya taklimat Pematuhan Akta Racun 1952.
Semuanya berjalan lancar.
Ringkas dan padat.
Sebelum 11.00 pagi,
semuanya dah siap.


Melalui pemahaman aku.
Unit Penguatkuasa Farmasi diibarat seperti Polis Ubat.
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan.
Akta Ubat dan Racun tahun 1952.
Dan beberapa akta yang seusia dengannya.
Diulangi sekali lagi.
1952.
Sejak belum merdeka lagi tu.
Dah 64 tahun lamanya.
Mereka ada kuasa untuk memeriksa mana-mana premis perniagaan.
Ada kuasa untuk masuk ke klinik bila-bila masa.
Sama ada dengan aduan atau tanpa aduan.
Tak perlu ada waran.
Tunjuk kad kuasa dan kita kena patuh dan rela.


Melalui pemahaman aku.
Bila pegawai mereka datang ke klinik,
ada beberapa perkara yang mereka ingin tengok.
Paling utama Buku Preskripsi Pesakit.
Satu buku besar mengandungi nama, alamat juga senarai ubat yang telah diberi kepada pesakit.
Juga Buku DDA dan ubat psikotropik.
Satu buku mengandungi nama, alamat, no kp juga ubat DDA yang diberi kepada pesakit.
Mereka juga mahu lihat dimana aku menyimpan ubat-ubat DDA dan ubat psikotropik.
Semestinya laci, almari atau peti besi yang sentiasa berkunci.
Dan semestinya baki bilangan ubat yang ada sama dengan yang telah dipreskripsi.
Nampak mudah.
Tetapi banyak sangat kerja-kerja kerani nak kena buat.
Ada kerja yang staf klinik boleh buat.
Ada juga yang doktor sendiri kena buat.
Itu undang-undangnya.
Undang-undang yang telah dipraktikkan selama 64 tahun.

Sessi dialog dan soal jawablah yang aku tunggu-tunggu.
Bersama-sama aku,
ada kira-kira 30 orang doktor sepertiku,
dan 10 orang bukan doktor wakil daripada klinik.
Wakil daripada persatuan doktor pergigian pun ada.
Panel farmasi terdiri daripada 4 orang kuat bahagian Penguatkuasa Farmasi.
Semuanya perempuan.
Mana yang lelakinya?
Takkan setakat jadi MC dan baca doa selamat sahaja?

Ramai doktor bangun dan meluahkan perasaan mereka.
Perasaan yang dikongsi bersama oleh semua doktor yang hadir.
Kalau betul mereka datang dengan tujuan untuk mengaudit,
kenapa mereka tidak menghantar notis terlebih dahulu?
Pihak Jabatan Hasil, Perkeso juga EPF pun ada juga datang ke premis.
Tetapi mereka memberi tempoh untuk kita bersiap sedia,
juga menyediakan dokumen-dokumen yang perlu.
Bukannya datang menyergah bila-bila masa ikut suka.
Itu bukan mengaudit namanya.
Ini dah macam satu serbuan.
Seolah-olah kita telah melakukan kesalahan.
Aku masih ingat kali pertama mereka datang ke klinik aku.
Aku memang takda pengalaman.
Masa itu pagi hari Isnin.
Pesakit penuh dalam klinik.
Bila mereka datang mereka terus nak masuk jumpa doktor.
Tak sabar-sabar nak masuk jumpa aku.
Padahal pesakit ada didalam masa itu.
Lepas itu suruh staf sediakan dokumen dengan segera.
Pesakit semua tercengang-cengang.
Tengok staf kelam-kabut jalan sana-sini.
Apa hal semua ini?
Jawapan diberikan daripada pihak penguatkuasa memang tak memuaskan.
Alasan yang sama.
Mereka hanya mengikut undang-undang.
Undang-undang yang telah diwartakan.
Sejak 64 tahun yang lalu.
Kalau nak ubah kena bawa ke parlimen katanya.

Ada juga isu-isu lain.
Isu bila mana sesetengah klinik menggunakan sistem berkomputer.
Paperless.
Jadi kerja-kerja kerani semua simpan dalam komputer.
Tidak lagi ditulis dalam buku atau atas kad rawatan.
Tetapi apa yang mereka mahu.
Benda-benda itu hendaklah diprint dalam satu mukasurat bila diminta.
Tak boleh dalam helaian yang berbeza.
Dan kalau ikut undang-undang,
buku preskripsi mesti ada.
Ditulis tangan kalau boleh.
Ibarat kena buat dua kerja.

Banyak lagi isu lain.
Lambakan ubat-ubat dalam internet,
ubat-ubat tiruan,
suplemen MLM,
iklan-iklan tak munasabah,
suntikan vitamin C dan kolagen,
pegawai-pegawai farmasi yang merawat pesakit,
Itu semua aku tak berminat nak bercerita disini.

Mulai akhir tahun lepas,
kerajaan sudah semakin ketat mengawal kebanyakan ubat-ubat DDA.
Ubat kurus dah lebih setahun aku tak simpan.
Ubat tidur dah 6 bulan takda stok.
Ubat penenang pun sama.
Kena tunggu bulan 8 nanti untuk dapat stok baru.
Aku tak kisah kalau kerajaan tak nak beri kat aku.
Aku lagi senang sebenarnya.
Tak perlu susah-susah nak kira stok setiap minggu.
Tapi apa jadi dengan pesakit-pesakit yang datang?
Bila ekonomi semakin meleset,
ramai yang menghadapi tekanan perasaan.
Susah tidur, resah-gelisah, risau memanjang, hyperventilation.
Ubat apa aku nak beri?
Takkan nak suruh makan Piriton sampai overdose?
Kalau orang Islam senang sikit,
suruh sembahyang dan iktikaf dalam masjid.
Yang bukan islam?
Suruh minum sampai mabuk?

Pukul 12.15 tengahari.
Majlis dialog ditamatkan.
Kesimpulannya,
Takkan ada perubahan.
Mereka masih nak kita ikut mereka.
Mereka datang bila-bila masa.
Kena siap sedia sepanjang masa.
Buku preskripsi mesti ditulis tangan.
Buku DDA pun sama.
Sinpan ubat DDA dalam peti besi kalau boleh.
Dan bilangannya mesti sama dengan apa yang dicatat dalam buku.
Jangan kurang walau sebiji pun.

Sekian laporan saya.


1 ulasan:

  1. Assalam doctor,

    Lagi 4 tahun nak masuk 2020. Wawasan 2020 katanya tapi manual sana sini.

    Undang2 ni manusia yang gubal, sepatutnya takde masalah untuk manusia ubah semula. Tapi kalau nak kerja senang, gini la jadinya...

    BalasPadam