Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 April 2016

Aku dan Pesakit Minggu Ini


Salam sejahtera.
Lama tak sembang pasal pesakit di sini.
Maklumlah.
Sejak balik daripada Korea,
jiwaku masih tersangkut di sana.
Badan sahaja di sini.
tetapi otakku dah tertinggal disana.
Segala-gala yang ada di sana,
kalau boleh nak bawa balik ke sini.
Terutama cuaca dan suhu 15 darjahnya.
Juga keindahan alam semulajadinya.
Tetapi apakan daya.
Nak tak nak di sinilah bumiku pijak.
Disini jugalah langitku junjung.


Dua minggu ini klinik agak lengang.
Walaupun cuaca panas 40 darjah diluar,
pesakit agak berkurangan.
Tapi biasalah.
Setiap perniagaan ada pasang surutnya.
Orang sakit ada pasang surutnya.
Bila pesakit agak kurang,
dapatlah aku beri lebih perhatian kepada pesakit-pesakit yang sedia ada.
Juga bolehlah aku buat aktiviti-aktiviti bebas di klinik.


Sebagai doktor,
aku jarang bincang pasal perniagaanku di sini.
Hal-hal berkaitan dengan kewangan aku malas nak cerita.
Tetapi hal ini aku nak cerita juga.
Dah lama aku pendamkan.
Ini berkaitan dengan klinik panel.
Terutamanya dengan kilang-kilang panel yang agak kedekut.

Ada satu kilang dekat dengan klinik aku.
Pekerjanya semua warga Nepal.
Entah camna dia lantik klinik aku sebagai panel.
Dan entah camna limit setiap kali rawatan cuma RM30.00.
Aku memang dah lama beritahu manager aku,
kalau limit kurang daripada RM50.00,
aku tak nak terima sebagai panel.
Tetapi yang ini terlepas juga.
Disebabkan agrement dah sain,
nak tak nak kena terima jugak.

RM30.00 memang tak banyak.
Terutama dizaman yang serba mahal sekarang.
Kos ubat dan kos perundingan hanya cukup-cukup makan sahaja.
Aku ada banyak masalah dengan kilang ini.
Terutama pekerjanya yang langsung tak tahu berbahasa Malaysia.
Setiap kali datang pening kepala staf nak cari kad mereka.
Bila ditanya semuanya kata first time datang.
Kalau datang pun takda bawa dokumen atau passport.
Hanya sehelai surat daripada kilang.
Nama pun tulis lebih kurang sahaja.
Nama mereka semuanya pun hampir sama.
Tamang Bahadur atau Bahadur Tamang.
Itu sahaja.
Lain dipanggil lain yang menyahut.

Bila jumpa aku komplen macam-macam.
Bila komplen macam-macam,
kena check macam-macam.
Lepas tu kena beri ubat macam-macam.
Tetapi dengan RM30.00 zaman sekarang,
ubat apa yang aku boleh beri?
Kalau ikut manager,
charged lebih takpa.
Lebihnya suruh pekerja bayar tunai.
Selesai masalah.
Memang senang.
Senang bercakap.
Tetapi masalahnya mereka datang langsung tak bawa duit.
Duit takda katanya.
Lalu selalunya kita hutangkan dahulu.
Pesan lain kali datang bayar.
Bila datang lain kali dia kata tak pernah datang.
First time coming.
Buat kad baru.
Jadi hutang tak dapat dikutip.
Kalau satu pesakit hilang 10-15 ringgit.
Sehari 5 pesakit, seminggu 25 pesakit.
Sebulan?
Memang ada kesannya kepada keharmonian perjalanan klinik.
Bila hutang dah semakin tak berbayar,
aku cuba minimumkan ubat.
Beri ubat yang wajib sahaja.
Tetapi lepas 2 hari mereka datang balik.
Sakit tak baik-baik.
Lepas tu management siap tulis memo dalam slip.
"Please treat him properly."
Nak sahaja aku hantar balik memo kat mereka.
" How to treat properly with your RM 30.00? "

Ada satu kes beberapa minggu lepas.
Seorang pekerjanya pengsan di kilang.
Demam hampir 40 darjah.
Mulut dah meracau-racau.
Aku nak aje suruh ke hospital kerajaan.
Tetapi kata kawan yang membawanya "no transport".
Mereka datang pun berjalan kaki.
Tanpa dokumen dan kenderaan,
bagaimana mereka nak ke hospital kerajaan?
Sebagai doktor aku buat perkara sewajarnya.
Beri satu suntikan.
Beri ubat demam.
Dan masuk iv drip.
Lepas sejam setengah dia beransur pulih.
Dah boleh senyum-senyum dan ketawa-ketawa.
Tetapi aku yang termenung.
Nak call office dah luar waktu pejabat.
Jadi aku bertawakallah.
Aku claim macam biasa.
Kalau takda rezeki aku redha. 
Aku tulis satu memo kat management.
Aku kepilkan bersama-sama surat MCnya.
Tapi sampai sekarang tiada maklumbalas.

Kat dalam FB ada satu cerita yang dikongsi dikalangan doktor.
Seorang doktor pakar diluar negara.
Yang sentiasa mendahulukan pesakit berbanding duit.
Kalau ada pesakit yang tak mampu bayar,
dia sanggup beri perkhidmatan percuma.
Malah dia sanggup keluarkan duitnya sendiri.
Untuk dibayar kepada pihak hospital.
Aku hormati sikapnya.
Juga semangatnya.
Betul.
Doktor memang kerjaya yang mulia.
Doktor senang nak dapat pahala.
Boleh dikira diakhirat kelak.
Malah didunia pun Allah dah kira juga.
Senang perjalanan kehidupannya.
Walaupun tak disenangkan dengan wang ringgit,
Allah bayar dengan lain-lain.
Ketenangan fikiran, 
kebahagiaan hidup,
kesihatan,
Itu lebih utama berbanding wang ringgit.

Tetapi ada kalanya aku rasa tak puashati.
Bukan dengan pendapatanku,
tetapi dengan pesakit-pesakit yang lain.
Pesakit lain membayar pada harga penuh,
menunggu lama untuk berjumpa denganku.
Tetapi mereka-mereka ini,
senang-senang mengambil kesempatan.
Ada panel yang hanya beri limit RM 25.00 sahaja,
tetapi mereka boleh membayar lebihan bayaran tanpa banyak bicara.
Aku turut merasai perasaan tak puashati staf-stafku.
Mereka yang susah-payah mendaftar,
mereka yang susah-payah mencari kad,
mereka juga yang susah-payah melayan karenah mereka,
tetapi apa yang mereka dapat?
takkan sekadar percuma sahaja?
Aku paling tak puashati dengan majikannya.
Yang sekadar memerah tenaga para pekerjanya.
Kebajikan mereka hanya sedikit nilainya.
Aku pasti gaji mereka murah.
Sebab itu mereka tak mampu membayar.
Sebab itu mereka sentiasa tiada wang. 
Sebab itu mereka asyik sakit sahaja.


Cuba anda semua teliti bil rawatan ini.
Ini bukannya bil klinik swasta.
Ini juga bukannya bil daripada hospital swasta.
Ini bil daripada klinik kerajaan kita.
Seorang warga asing.
Yang batuk berterusan lebih 2 bulan.
Yang disyaki menghidap batuk kering.
Nasib baik dia tidak menghidap batuk kering.
Kalaulah betul dia ada batuk kering.
Dan dia tidak berani mendapatkan rawatan dihospital.
Kerana kosnya yang sangat mahal.
Apa jadi kepada orang lain disekelilingnya?

Kos perubatan sememangnya semakin mahal.
Di sana-sini semua orang mengeluh.
Kalau tiada ribu-ribu ditangan,
janganlah berani-berani nak ke hospital swasta.
Kecualilah anda ada kad perubatan.
Itupun kena semak betul-betul.
Tak semua penyakit mendapat perlindungan insurans.
Tak pasal-pasal kena keluar duit sendiri.
Tetapi jangan takut dan bimbang.
Klinik swasta ada.
Tak kira anda warga negara ataupun tidak,
tidak kira anda ada passport ke tidak,
tidak kira anda pandai berbahasa melayu atau tidak,
dengan RM30.00 pun masih boleh mendapatkan rawatan.
Dan kalau tak dapat MC,
anda boleh lari tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.


Salam hari isnin kawan-kawan.








4 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah..
    Semoga Doc Zul sentiasa diberkati Allah dan dibalas dengan kebaikan bagi setiap sen yang tidak dibayar.. Ameeeen

    BalasPadam
  2. klinik saya ada panel yg cuma limitkan bil rawatan RM 20. consultation fee pun dah berapa, camane nak cover ubat. memang tak patut company mcm ni. **geleng kepala

    BalasPadam
    Balasan
    1. ***geleng kepala juga.

      Salam singgah...

      Padam