Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 April 2016

Aku dan Projek Hari Keluarga Kelab Kesatuan HYZ



Pukul 11 pagi hari Jumaat.
Aku dan ahli keluargaku bertolak ke Mersing, Johor.
Untuk menghadiri Program Ramah Mesra & Hari Keluarga.
Anak, menantu, cucu dan cicit Hj Yusop dan Zaiton.
Yang julung-julung kalinya diadakan.


Ini kali pertama aku sampai ke sini.
Teluk Gorek Chalet & Camp Site.
Jauhnya kira-kira 20 km daripada bandar Mersing.
Tempat ini agak famous juga dikalangan badan-badan kerajaan dan sekolah-sekolah.
Kalau tengok gambar-gambar yang ditampal didinding dewan makan,
memang tak putus orang datang buat pelbagai program di sini.
Serentak dengan hari keluarga yang akan aku hadiri,
ada beberapa program lain diadakan di sini.
Memandangkan kawasan chalet ini luas,
tak terasa kesibukannya.
Ditepi pantai,
ada banyak khemah didirikan.
Memang ada tapak perkhemahan yang boleh disewa.
Lengkap dengan kemudahan.


Mula-mula sekali proses pembahagian bilik.
Keluarga kecil ambil bilik yang kecil.
Manakala keluarga yang punya anak-anak besar,
ambil bilik yang besar.
Keluarga yang dah tak larat nak naik tangga,
dapat bilik ditingkat bawah.
Manakala yang masih larat,
kenalah duduk ditingkat atas.
Itu perkiraannya.


Selepas masing-masing dapat bilik,
aku pun mengangkat beg masuk ke bilik.
Biliknya simple sahaja.
Kemudahannya cukup.
Kecuali tiada peti tv disediakan didalam bilik.
Dan capaian 3G di sini adalah sangat teruk sekali.
Memang sesuailah untuk menjalankan program-program kekeluargaan di sini.
Kurang sedikit gangguan.
Selepas itu kami berkumpul beramai-ramai di ruang depan bilik. 
Kita ke program seterusnya.
Bergotong-royong menyiapkan hadiah-hadiah untuk acara sukaneka,
juga acara karaoke malam nanti.


Hadiah-hadiah cabutan bertuah adalah sumbangan daripada pihak penaja.
Juga hasil kutipan daripada setiap keluarga.


Setiap keluarga juga akan dapat goodies bag seorang satu.
Bukan beg tetapi lebih kepada satu bakul seorang satu.
Diisi dengan barang-barang keperluan harian.
Seperti minyak masak, sabun basuh, kicap, gula dan juga mee hoon.
Tahniah kepada pengerusi atas satu cadangan yang bijak.


Selain daripada itu,
kita juga membuat persiapan untuk bahan-bahan yang akan diBBQ malam nanti.
Menu utama tentunya Ayam Bakar Bermadu.
Resepi yang dibawa khas daripada Bandar Tenggara.


Selepas sembahyang Asar,
dan sementara menunggu ahli keluarga lain yang belum sampai,
kami membuat bacaan Tahlil dan Doa Selamat.
Semoga program ini diberkati dan berjalan dengan lancar.


Selepas bacaan doa,
kami mencabut undi untuk memilih ahli pasukan sukaneka.
Ahli keluarga akan dibahagikan kepada 4 pasukan.
Dan setiap pasukan tidak boleh datang daripada keluarga yang sama.
Macam keluarga aku.
Empat orang dipisah kepada 4 kumpulan berbeza.
Aku mengetuai pasukan hijau.
Wife ahli pasukan kuning.
Manakala anak-anak bujang aku, 
masing-masing menjadi ahli pasukan merah dan biru.


Selepas minum petang,
masing-masing dah tak sabar nak turun beraksi.
Acara sukaneka diadakan dipantai yang landai.
Cuaca pun dah mula redup.
Jadi suasananya memang sesuai untuk bersukan.
Pihak chalet telah menyediakan dua orang pengadil.
Juga set sound system untuk kami gunakan.





Ada beberapa acara sukan telah dipertandingkan.
Dimulakan dengan acara Lari Dalam Guni,
acara Lari Kaki Tiga,
acara Bawa Bola Dengan Gelung,
acara Tarik Guni,
acara Baling Belon 
dan akhir sekali acara Bowling Kelapa.
Kemenangan setiap acara membolehkan pasukan mengumpul lebih banyak mata.
Dan mata setiap kemenangan akan dikumpul untuk menjadi juara keseluruhan.


Sukaneka semestinya mengeratkan perpaduan dikalangan kami.
Walaupun masing-masing inginkan kemenangan,
gelak-ketawa dan keseronokan melihat telatah ahli-ahli yang lain,
itu yang lebih mengujakan sebenarnya.


Kesudahannya pasukan merah menjadi juara keseluruhan.
Mereka memenangi 3 acara.
Manakala tiga pasukan yang lain mengumpul markah yang sama banyak.
Satu acara tambahan terpaksa diadakan untuk menentukan ranking seterusnya.
Atas kehendak pengadil,
acara penentuan ialah acara ulangan Lari Dalam Guni.
Seperti dijangka pasukanku kalah teruk dalam acara ini.


Kemenangan atau kekalahan tak penting sebenarnya.
Inilah alasan pasukan yang kalah sebenarnya. 
Yang penting semangat kesukanan dan setiakawan.
Lagipun hadiahnya lebih kurang sama sahaja.


Sebelah malamnya diadakan BBQ dan pertandingan karaoke.
Tetapi sebelum itu,
mesyuarat agung kali pertama Kelab Kesatuan Ahli-Ahli Keluarga Hj Yusop diadakan.
Atas persetujuan sebulat suara,
pengerusinya ialah En Maamat Saleh.
Jawatan-jawatan lain ada juga dipertandingkan.
Tetapi ianya sekadar untuk formaliti sahaja.
Aku dan wife dilantik sebagai setiausaha/naib setiausaha kelab.
  

Acara seterusnya.
Majlis memotong kek harilahir.
Ada 4 orang ahli kelab yang menyambut harilahirnya pada bulan ini.
Ada diantaranya yang akan dapat duit KWSP bulan ini.
Jadi ada majlis ringkas untuk meraikan mereka.
Majlis memotong kek dengan iringan doa selamat panjang umur.


Semasa mesyuarat agung diadakan,
kebanyakan yang bersuara adalah yang tua-tua sahaja.
Yang muda-muda mula menghidupkan api untuk membakar apa-apa yang patut.
Pihak chalet ada menyediakan air sirap juga Nasi Goreng.
Manakala yang lain-lain kami bawa sendiri.


Wife menyediakan Otak-Otak.
Dibeli secara pukal di TJMart Saleng.


Kakak ipar aku menyediakan sendiri Satay Ayam dan Daging.


Kami juga membakar kentang, ikan cencaru 
dan menu utama Ayam Bakar Bermadu.
Nasib baik yang tukang bakar ada ramai.
Jadi aku tolong makan sahaja.


Acara seterusnya.
Pertandingan karaoke tertutup.
Disertai oleh ramai ahli keluarga yang berbakat.
Tak sangka masing-masing punya bakat yang dipendamkan.


Sementara para penyanyi bersiap-sedia,
acara cabutan nombor bertuah diadakan secara berselang-seli dengan peserta nyanyian.
Macam-macam hadiah besar-besar disediakan.
Ada kipas angin,
ada periuk nasi,
ada ketuhar,
ada toaster,
ada dapur masak,
pendek kata tak rugi hadir. 


Acara nyanyian karaoke dimenangi oleh peserta yang datang daripada Kuala Lumpur.
Lagu Lamunan Terhenti nyanyiannya berjaya menarik hati juri pertandingan. 


Pagi hari Sabtu.
Tiada acara khusus.
Aku lebih senang duduk dibilik.
Badan dan lutut masih sakit-sakit.
Manakala yang lain-lain dah turun ke pantai.
Bermain bola,
menjala ikan,
menangkap obor-obor.


Tengahari hari Sabtu.
Ada hidangan makan tengahari disediakan pihak chalet.
Ada Asam Pedas, Sayur Goreng juga Sambal Belacan.
Memang sesuai dimakan waktu panas-panas begini.
Berpeluh juga dahi menahan pedas dalam kepanasan.



Sebelum balik,
kami bergambar beramai-ramai lagi sekali.
Bukti bahawa keluarga Hj Yusop pun boleh bersatu.


Program telah berjaya mencapai matlamatnya.
Masing-masing balik dengan senang hati.
Ada banyak hadiah telah dimiliki.
Ada banyak kenangan manis untuk dipahat dalam memori.
Ada cerita untuk dikongsi bersama anak cucu nanti.
Ini yang pertama.
Dan harap-harap ini bukan yang terakhir.


Sebelum bersurai tuan pengerusi telah menyampaikan amanatnya.
Program seterusnya.
Program Perkongsian Kurban Aidil Adha.


Majlis bersurai kira-kira jam 1 tengahari.
Sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang,
kami singgah di bandar Mersing dahulu.
Membeli buah tangan khas daripada Mersing.
Tentunya keropok lekor.



Sekian sahaja laporan oleh Naib Setiausaha Kelab.
Bagi pihak Setiausaha yang telah pergi berkursus di Seremban.



16 April 2016.





1 ulasan:

  1. Doc ,
    Bagus bila buat acara sebegitu... silaturrahim pun dirapatkan... Barakallah fikum!

    BalasPadam