Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 April 2016

Aku dan Warna-Warni Kota Seoul

Ketika musim bunga seperti sekarang,
ramailah warga tempatan yang datang ke tempat-tempat awam,
dengan memakai baju kebangsaan mereka.
Jangan malu untuk menegur mereka.
Jangan malu untuk mengajak mereka bergambar.
Mereka bangga dan seronok.
Tapi jangan tengok baju sahaja.
Tengok juga wajah-wajah mereka.
Yang cantik-cantik memang ramai.
Yang tak cantik pun ramai jugak.




Tengoklah tahap kelajuan WiFi percuma mereka dilapangan terbang.
Mencapai tahap maksimum.
Celcom 3G aku baru bagi 5MB/sec.
Kat tempat-tempat lain pun lebih kurang sama juga.
Di sini ada banyak WiFi percuma.
Terutama ditempat-tempat awam.
Jadi tak payahlah buang duit nak international roaming.
Sehari 36 ringgit memang tak berbaloi.
Guna sahaja WiFi yang ada.


Di sini rakyatnya memang peka dengan program kitar semula.
Aku nak buang sampah pun naik takut.
Kalau di Guesthouse aku sering diperingatkan.
Bekas plastik boleh dikitar semula.
Cawan kertas boleh dikitar semula.
Lepas makan,
sisa-sisa makanan dikumpul dalam satu bekas,
manakala bekasnya dikumpul satu tempat.
Sudu dan garfu pun sama.
Di sini aku langsung tak jumpa polisterin.
Penggunaannya dah lama diharamkan di sini.


Plug disini inilah bentuknya.
Sama seperti di Bandung Indonesia.
Nasib baik tuan rumah ada beri pinjam adaptor.
Kalau tidak kenalah beli diluar.


Di sini memang bersih keadaannya.
Jarang sangat aku jumpa sampah dibuang merata-rata.
Jealous aku tengok.
Selain susah nak cari sampah,
nak cari tong sampah pun susah.
Tengok segerombolan pekerja sedang membersihkan lorong di Namdaemun.
Pekerjanya semua warga tempatan.
Nampak bersahaja mengutip sampah.
Selain sampah,
warga tempatan tidak merokok sewenang-wenangnya.
Walaupun 45% penduduknya menghisap rokok,
tetapi mereka tidak menghembusnya sesuka hati.
Ada tempat-tempat dikhaskan untuk merokok.
Dan semua tempat awam adalah kawasan larangan merokok.


Dikawasan Itaewon berdekatan dengan Masjid Seoul,
ada satu restoran menyajikan masakan Melayu.
Sayangnya restoran belum dibuka masa aku sampai.
Kalau tidak nak rasa juga bagaimana rasa masakan Siti Sarah.


Di Lotte World Plaza yang ada Hard Rock Cafe itu,
ada tempat khas untuk meletakkan basikal.
Siap ada bumbung lagi.


Juga siap dengan mesin untuk pam angin tayar.


Ini antara hasil tangkapan wife semasa di Seoul.
Cantik beg ini.
Bermacam-macam warna.
Bermacam-macam saiz.
Buatan Korea rasa lebih berat dan lebih kemas buatannya.
Ada juga yang buatan China.
Boleh rasa perbezaannya.
Khabarnya beg ini belum lagi sampai di Malaysia.
Betul ke?


Masa aku di Everland,
aku perhatikan semua ibubapa yang ada anak kecil,
mesti bawa stroller seorang satu.
Macam-macam jenis.
Macam-macam warna.
Macam-macam bentuk.
Dan yang ini paling menarik perhatianku.
Nasib baik wife tak jadi beli.
Kalau tidak senanglah aku kalau keluar shopping.
Aku pun boleh masuk didalamnya sekali.


Aku dah jumpa punca kenapa muka warga Korea putih-putih.
Ini dia rawatannya.
Face mask.
Macam-macam 'flavour' ada.
Pakai hari-hari.
Nak lagi cepat tengok kesannya,
pakailah 24 jam.
Gerenti putih punya.


Tanglung ini aku jumpa di Namsan Hanouk Village.
Warna Merah Biru.
Teringat kampung halamanku.


Sungai ini terletak didepan Pasar Borong Gwangjang.
Tengoklah kejernihan airnya.
Boleh nampak sampai ke dasar.
Ikan pun banyak.
Itik pun ada.
Langsung tak nampak sampah.
Hebat kan?


Ini keadaan bilik air di Pulau Nami.
Tengok lubang tandasnya.
Siapalah genius yang menciptanya.
Aku sedikit hairan.
Bagaimana mereka berinstinjak tanpa menggunakan air.
Hmmm.


Gambar ini diambil pada dua hari yang berbeza.
Setiap malam beratur orang nak bergambar dengan beruang besar ini.
"Real" punya beruang.



Nak mencuba makan belut?


Nak mencuba Pisang Goreng Seoul?


Ini bukan sajian utama.
Ini sajian sampingan untuk dimakan bersama menu utama.
Kalau di Malaysia ada ulaman dan sambal belacan,
di sini ada jeruk lobak, jeruk timun, 
juga kimchi.


Yang warna gelap tu rumpai laut.
Rangup macam keropok.


Inilah beg pakaian yang kami bawa ke Seoul.
Ini rupanya selepas digilap semula.
Kalau tidak calar-balar bila keluar daripada perut kapal terbang.


Sekian.
Terima kasih.





11 ulasan:

  1. Pemerhatian yg Best! Orang kita masih jauh lagi part disiplin dan menjaga kebersihan.. Sambung lagi boss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis dah Tahir.
      Tunggu kembara ke Gold Coast pulak.

      Padam
  2. WAHHS YOKNYE .. BILA NK DPT PI KOREA NI ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi jangan tak pergi Eima.
      The best place to visit.

      Padam
  3. Doc, ,,,
    ANNHYONG HASEYOO ! :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Orang Malaysia pun apa kurangnya...

      Padam
  5. Paling saya suka, disiplin mereka...kebersihan mereka... Terrrrrbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua saya suka di Korea
      kecuali konsep tandasnya...

      Padam
  6. Saya ada bag tu dr...beli di the curve damansara...rm79...masa sale after less 50%...tp ada juga yg ori...ratus2 kedai tu jual...

    BalasPadam