Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 April 2016

Aku di Nungmaru Guesthouse Myeongdong


Kalau anda melancong ala backpacker ke Seoul,
aku cadangkan korang menginap di sini.
Tak perlulah sewa hotel mahal-mahal.
Bilik pun sekadar untuk tidur sahaja kan?
Guesthouse ni macam homestay kalau di Malaysia.
Tetapi tuanrumahnya duduk sama kalau di sini.
Selain guesthouse ini,
ada banyak lagi rumah tumpangan bajet disekitar kawasan ini.
Rajin-rajinlah recce.
Takpun cari travel agent yang boleh dipercayai.

Daripada luar memang nampak kecil.
Tetapi ada banyak bilik di sini.
Harganya aku tak pasti.
Sebab semuanya dah masuk dalam pakej.
Tetapi anggaran 180 ringgit semalam.
Mungkin ada diskaun kalau duduk lebih lama.


Ruang lobinya merangkap ruang makan.
Semuanya boleh digunakan tanpa was-was.
Water dispenser,
microwave,
pinggan mangkuk,
cawan,
semuanya ada.
Buatlah macam rumah sendiri.
Cuma kalau dah guna kenalah mengemas semula.
Takkan nak suruh tuan rumah tolong kemaskan.


Tuanrumahnya nampaknya memang dah biasa dengan orang Malaysia.
Kalau tengok papan kenyataannya,
memang dah bertahun pelancong Malaysia datang ke tempatnya.


Aku dapat dua bilik.
Satu bilik dengan satu katil besar untuk 2 orang,
dan satu lagi bilik untuk 3 orang.
Lebih daripada selesa untuk kami berlima.
Aircond ada tetapi tak pernah guna.
Tv LED dengan lebih 100 channel untuk dipilih.
Gambar di tv kalah panggung wayang kalau di Malaysia.
10 kali lebih baik daripada Astro punya HD channel.
WiFi percuma yang disediakan sangat laju.
Dan yang penting,
ada water heater untuk ambil wuduk diawal pagi.
Mandi tak wajib di sini.
Mandi dua hari sekali pun boleh.
Takda datang bau yang kurang menyenangkan.
Tak percaya tanya anak-anak aku.


Guesthouse ini sangat bersih luar dan dalam.
Depan dan belakang.
Dekorasinya pun sedap mata memandang.


Ini papan kenyataan yang aku sebutkan tadi.
Pelancong daripada macam-macam negara pernah datang menginap di sini.
Macam-macam komen positif ditulis dipapan ini.



Satu alasan paling utama untuk menginap di sini ialah aktiviti malamnya.
Lokasinya cuma 5 minit berjalan kaki menuju pusat perniagaan Myeongdong.
Bukan nak memilih barang-barang berjenama,
tetapi nak ke pasar malamnya.
Bazaar Karat kalau di Johor Bahru. 


Setiap malam inilah aktiviti aku sekeluarga.
Merayau-rayau sampai lewat malam di sini.
Tak pernah habis.
Tak pernah jemu.
Ada sahaja benda baru dijumpai setiap malam.


Waktu malam suhu memang sejuk.
Kadang boleh turun sampai 7 darjah celcius.
Itu yang asyik lapar sahaja.


Di sini memang tempat untuk mencari streetfood popular orang-orang Korea.
Walaupun kadang-kadang sekadar menjual goreng pisang,
dekorasi gerainya cukup cantik.
Makanan yang disajikan pun dihidang dengan cukup menarik sekali.
Harga minimum 1000 won.
Harga maksimum 5000 won untuk satu hidangan.


Kalau ikut buku yang aku baca,
ada banyak makanan yang boleh dicuba.
Yang ini "Sotong Goreng Tepung".
Dicampur sekali dengan "Udang dan Ketam Goreng Tepung " dalam satu mangkuk.
Semangkuk 3000 won.


Yang ini pula Rice Cake dengan Sos Pedas.
Tteokpokki nama saintifiknya.
Semangkuk 3000 won.


Digerai yang sama ada menjual Kek Ikan yang dicucuk dengan lidi.
Odeng nama saintifiknya.
Dijual dalam mangkuk berisi sup.
Harga 1000 won.
Sesuai dimakan waktu sejuk-sejuk begini.



Ada beberapa gerai yang memaparkan logo halal.
Jadi membelinya tiada rasa was-was.
Yang ini namanya Taiyaki.
Luarannya berbentuk ikan dan diisi dengan inti.
Ada inti kacang merah, kentang dan juga cheese.
Harga 3000 won untuk satu.
Rasanya macam makan karipap dengan inti yang manis.
Sedap dimakan panas-panas.
  

Satu lagi favorite aku,
gerai mamat jual kebab ini.
Setiap kali pergi aku mesti singgah sini.
Penjualnya sangat ramah.
Kebab Ayam 5000 won.
Manakala Kebab Kambing 7000 won.
Isinya lebih banyak sayur banding daging.
Tetapi dua orang makan pun kenyang sampai ke pagi.


Selain shopping benda-benda untuk makan,
wife suka masuk ke kedai-kedai kosmetik yang berlambak di sini.
Macam-macam jenama ada.
Macam-macam promosi ada.
Sediakan duitnya sahaja.


Malam pertama aku di sini,
aku masuk semua kedai-kedai berjenama yang ada di sini.
Nike dan Adidas antaranya.
Barang-barang branded yang ada disini lebih advanced dan lebih beraneka pilihan.
Kalau di Malaysia cuma ada dua colour,
kat sini ada lebih 10 colour.
Kalau convert duit,
harganya lebih kurang sama dengan harga di Malaysia.
Tak mahal dan tidak juga murah.

Selain di atas tanah,
ada juga shopping complex di bawah tanah.
Kalau rajin berjalan,
macam-macam benda boleh aku jumpa.
Di sini aku langsung tiada rasa takut.
Penyeluk saku atau peragut langsung tak kedengaran.
Warga tempatan pun langsung tak kacau.
Mereka takkan tegur kalau kita tidak menegur mereka dahulu.

Habit orang sini berbelanja.
Kalau minat dengan sesuatu barang,
boleh ambil gambar dahulu.
Lepas itu tunggu reaksi kawan-kawan.
Tak macam di Malaysia.
Mana boleh ambil gambar di dalam kedai?
Memang kena hambatlah jawabnya.



2 ulasan:

  1. Wahhhh...memang bagusnya suasana di sana..patutlah ramai org kita travel ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi membaca pengalaman saya.

      Padam