Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Aku dan #FAMBangsat

TMJ dah jumpa. Punca utama kenapa bolasepak Malaysia tak boleh nak maju. Dalam apa-apa sukan, Semangat sahaja tak cukup. Kena ada sumber kewangan. Kena ada dana. Dan dana perlu diurus secara berhemah. Aku malas nak cakap banyak. Biarlah fakta-fakta berikut berbicara sendiri.

PENDEDAHAN FAKTA BOLASEPAK DALAM SEMINAR BERSAMA PENYOKONG DI STD LARKIN. Perjanjian terbaru FMLLP antara FAM dan MP SILVA, hasil penyiaran dibahagikan seperti berikut: pasukan-pasukan bertanding menerima 30%, FAM 40%, pengurusan liga 20% dan untuk pengadil serta pengurusan akar umbi 10%.
-----------

Sebagai contoh, sekiranya jumlah hasil penyiaran liga setiap tahun adalah RM70 juta, RM21 juta akan diagihkan kepada semua pasukan dimana setiap pasukan mendapat RM1 juta. FAM menerima RM28 juta, pengurusan liga RM14 juta dan untuk pengadil dan pengurusan akar umbi sebanyak RM7 juta. ----------- Sepatutnya peruntukan pengadil disalurkan kepada badan pengurusan pengadil yang berkecuali, supaya tiada isu berat sebelah kepada…

Aku dan Dilemma Seorang Doktor GP 2

Cuba teliti senario-senario berikut.
Kisah-kisah benar yang berlaku diklinik.

Kes Pertama:
Seorang warga Nepal.
Datang ke klinik kerana hampir pengsan ketika dikilang.
Bila diperiksa demamnya mencecah 40 darjah.
Dikhabarkan dah dua hari tak lalu makan.
Tekanan darahnya rendah.
Nadinya pantas.
Apa tindakan anda?

Kes Kedua:
Seorang warga Nepal.
Datang dengan muka serabai dan tak terurus.
Baju kerjanya masih dibasahi dengan peluh.
Bau badannya semacam.
Mengadu gatal-gatal satu badan.
Bila diperiksa badannya penuh dengan peta dunia.
Kurap dan kesan parut akibat digaru.
Apa rawatan yang patut diberikan?

Kes Ketiga:
Seorang warga Nepal.
Mengadu sakit pada ketiaknya.
Bila diperiksa ada bisul sebesar bola ping pong diketiaknya.
Apa yang perlu dilakukan?


Kes Keempat:
Seorang warga Nepal.
Mengadu sakit pada ibu jari kakinya.
Bila diperiksa memang sah ada cagu dikakinya.
Dah seminggu menahan sakit.
Hari ini hari cutinya.
Barulah berkesempatan nak ke klinik.
Apa rawatan terbaik untuknya?

Sebagai…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia awal 30-an.
Belum berkahwin.
Badannya agak besar.  Bekerja sebagai pemandu lori. Sering datang ke klinik aku kerana sakit-sakit biasa. Tiada yang luar biasa. Tetapi lebih sebulan yang lalu. Dia datang ke klinik. Demam lebih 40 darjah. Memandangkan itu hari pertama dia demam, tak banyak yang aku boleh periksa punca demamnya.
Dia cuma mengadu sakit-sakit badan.
Dia pun tidak mengadu ada sakit atau luka dikakinya.
Aku pun takdalah nak periksa kakinya. Aku cuma boleh beri nasihat biasa. Banyakkan berehat. Banyakkan minum air. Ubat pun hanya ubat demam sahaja yang aku beri. 4 hari kemudian. Beliau masih demam.
Demamnya pun masih tinggi. Ahli keluarganya telah membawa dia ke hospital daerah sebelum dipindahkan ke hospital besar. Masa itu beliau sudah hampir tidak sedarkan diri. Beliau dimasukkan ke unit ICU selama hampir sebulan. Doktor kata ada jangkitan kuman dikakinya. Kuman yang membiak  disel-sel kulit dikakinya. Kuman yang langsung merebak kedalam darahnya.
Set…

Aku dan Cabaran Masa Depan Seorang Doktor GP

Rasanya tak ramai yang perasan pasal artikel ini.
Diterbitkan oleh suratkhabar Kosmo.
Bertarikh 16 Mei 2016.
Aku pun tak membacanya secara sengaja.
Sebab aku dah tak membeli dan membaca akhbar tempatan.
Tetapi bila ramai doktor share dalam FB,
tergeraklah hati nak membacanya.
Tajuknya sahaja dah cukup sensasi.
Rasa terbakar hati dan perasaan.
" Klinik minat kaut duit semata-mata "
Permulaan rencana memang sedap.
Doktor satu tugas yang mulia.
Doktor mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat.
Dan lepas itu penuh dengan pendapat tak boleh blah,
doktor berpendapatan lumayan.
Doktor kena buka klinik 24 jam.
Doktor kena sentiasa ada diklinik termasuk semasa waktu rehat.
Doktor tidak prihatin.
Doktor membiarkan pesakit menunggu lama.
Dan banyak lagi isu yang membakar hati dan perasaan.

Mungkin 20-30 tahun dahulu artikel ini boleh digunapakai.
Doktor GP menjadi raja dalam sesuatu kawasan/daerah.
Apa-apa hal yang berkaitan dengan kesihatan,
doktor GPlah menjadi tempat pertama men…

Aku dan Kisah Hujung Minggu Ini

Sejak dua menjak ini,
perjalanan kehidupanku terlalu klise.
Langsung tiada yang menarik.
Bila kehidupan terlalu normal,
blog aku pun menjadi sunyi.
Langsung tiada idea atau cerita baru untuk dicatat.
Apatahlagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini,
kawan-kawan blog aku pun sunyi sepi.
Tiada cerita-cerita baru,
tiada gossip-gossip baru,
tiada komen-komen baru.
Masing-masing seolah-olah dah berhenti menulis blog.
Jadi aku pun terikut-ikut juga.
Aku lebih suka berIG banding memblogging.
Blog dah tak trending seperti dulu.
Pembaca blog aku pun dah jatuh mendadak.
Setiap entri baru tak sampai pun 100 hits.
Itupun kena tunggu berminggu-minggu.
Kalau ikut statistik aku,
pengunjung blog aku ramai suka baca cerita-cerita aku pasal kereta.
Vellfire, Estima, Tinted kereta itu yang dibaca hari-hari.
Macam-macam soalan aku terima.
Aku dah malas nak menjawab.

Sebenarnya banyak juga kisah yang nak dikongsi.
Tetapi mood menulis langsung takda.
Kekangan masa pun jadi sebab.
Kalau dah duduk klinik,
s…

Aku dan Wordless Friday

Nota kaki:
Setiap satu ada ceritanya yang tersendiri.


Visit MyIG.



Aku dan Wordless Wednesday

sumber: FB

Aku dan Cuti Hujung Mingguku Yang Panjang

Hujung minggu yang lalu. Ada cuti bersambung. Cuti Hari Buruh jatuh pada hari Ahad. Dah lama kita tak melaluinya. Jadi aku dah dapat mengagak. Keriuhan dan kesibukan di sana-sini. Dan jem dilebuhraya semestinya. Tetapi nak tak nak kena hadapi juga. Kecualilah kalau nak bercuti diluar negara. Itu dah lain ceritanya.

Pagi hari Jumaat. Aku dah berada diatas lebuhraya. Cadangnya nak bersarapan dahulu di Kari Kambing 40 Hari. Tetapi hajat tak kesampaian. Ada beberapa hal penting perlu diselesaikan sebelum bertolak. Jadinya pukul 11 pagi baru dapat bergerak. Pukul 1 tengahari. Aku singgah di bandar Tangkak untuk sembahyang Jumaat. Dan wife aku tinggalkan dikedai kain. Cuaca memang sangat panas. Masjid pulak belum ada air cond. Berpeluh juga walaupun ada kipas dikanan dan depan. Sabar ajelah.

Pukul 4 petang. Aku selamat tiba di IOI City Mall Putrajaya. Lebuhraya belum lagi sibuk. Jadi perjalanan masih lagi lancar. IOI City Mall pun masih lengang. Ini lokasi percutianku yang pertama. Dah lam…