Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mei 2016

Aku dan Cabaran Masa Depan Seorang Doktor GP


Rasanya tak ramai yang perasan pasal artikel ini.
Diterbitkan oleh suratkhabar Kosmo.
Bertarikh 16 Mei 2016.
Aku pun tak membacanya secara sengaja.
Sebab aku dah tak membeli dan membaca akhbar tempatan.
Tetapi bila ramai doktor share dalam FB,
tergeraklah hati nak membacanya.
Tajuknya sahaja dah cukup sensasi.
Rasa terbakar hati dan perasaan.
" Klinik minat kaut duit semata-mata "
Permulaan rencana memang sedap.
Doktor satu tugas yang mulia.
Doktor mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat.
Dan lepas itu penuh dengan pendapat tak boleh blah,
doktor berpendapatan lumayan.
Doktor kena buka klinik 24 jam.
Doktor kena sentiasa ada diklinik termasuk semasa waktu rehat.
Doktor tidak prihatin.
Doktor membiarkan pesakit menunggu lama.
Dan banyak lagi isu yang membakar hati dan perasaan.

Mungkin 20-30 tahun dahulu artikel ini boleh digunapakai.
Doktor GP menjadi raja dalam sesuatu kawasan/daerah.
Apa-apa hal yang berkaitan dengan kesihatan,
doktor GPlah menjadi tempat pertama mendapat khidmat nasihat.
Kes-kes ringan,
kes-kes berat,
malah kes-kes kecemasan semuanya datang ke doktor GP.
Maklumlah masa itu yang ada cuma hospital dan klinik kesihatan sahaja.
Itupun waktu rawatannya pada masa tertentu sahaja.
Dan waktu menunggunya pun agak lama.
Jadi masyarakat tiada pilihan.
Klinik doktor GP adalah pilihan paling mudah, cepat juga murah.
Masa itu belum ada lagi Klinik 1Malaysia.
Masa itu belum ada lagi extended hours di Klinik Kesihatan.
Masa itu kedai-kedai farmasi boleh dibilang dengan jari.
Masa itu tiada lagi wujud ubat-ubat ajaib.
Masa itu tiada lagi air-air miracle.
Masa itu tiada lagi makanan sunnah.
Masa itu tiada lagi jus-jus super duper maha mega yang mengandungi segala nutrisi.
Masa itu juga bomoh dan tabib belum pandai mengiklankan diri.
Masa itu ustaz-ustaz pun tak berani mengiklankan diri.
Masa itu juga pesakit-pesakit masih percaya dengan doktor.

Antara yang menariknya tentang artikel ini ialah,
doktor GP sepatutnya memberi perkhidmatan setiap hari.
24 jam sehari.
7 hari seminggu.
Tiada waktu cuti.
Tiada istilah waktu rehat.
Kena bersedia 24 jam menunggu pesakit diklinik.
Pesakit boleh datang bila-bila masa.
Waktu makan tengahari,
waktu minum petang,
waktu makan malam,
waktu sembahyang,
waktu anak nak balik sekolah,
waktu mesyuarat PIBG,
itu semua tak boleh dikira.
Doktor sepatutnya bukan manusia biasa.
Doktor tugasnya merawat pesakit semata-mata.

10 tahun dahulu,
aku seorang yang sangat prihatin dengan pesakit-pesakitku.
Aku seorang yang workaholic.
Masuk kerja pukul 9 pagi.
Dan balik ke rumah jam 10 malam.
Aku kerja 6 hari seminggu.
Dan aku hanya bercuti pada hari ahad.
Masa itu anak-anakku masih kecil.
Kadang-kadang aku mengasuh anak-anakku di klinik.
Nasib baik wife seorang yang memahami kerjayaku.
Kebanyakan hal ehwal anak-anak aku serahkan kepadanya.
Masa aku banyak dihabiskan dalam ruang empat segi dalam klinikku.
10 jam sehari.
6 hari seminggu.
Kononnya ingin berbakti kepada masyarakat.
Tetapi katanya tujuannya hanya satu,
aku nak kaut duit semata-mata.

Selepas beberapa tahun,
minatku terhadap pesakit mula berkurangan.
Kerana kebanyakan pesakit yang datang keklinik,
bukan inginkan khidmat nasihatku.
Mereka lebih mementingkan sijil sakit berbanding nasihatku.
Ada yang datang pada waktu-waktu yang janggal.
Bukan kerana perlukan rawatan segera.
Tetapi lebih memerlukan sijil sakit sebab takut kena potong gaji.

Klinik GP sepertiku biasanya dimiliki oleh doktor-doktor perseorangan.
Tak banyak yang dimiliki oleh syarikat-syarikat bermodal besar.
Yang boleh menggajikan ramai doktor bergilir 24 jam.
Klinik GP sepertiku diurus oleh seorang doktor cabuk sepertiku.
Yang bekerja sendirian siang dan malam.
Yang asalnya anak orang kampung tetapi mempunyai cita-cita besar.
Yang ingin berbakti kepada masyarakat sekeliling.
Dan pada masa yang sama,
ingin menaikkan taraf kehidupan keluarga.
Jadi salahkah doktor GP mencari sedikit keuntungan?
Salahkah doktor mengambil sedikit upah merawat pesakit?
Tolonglah.
Janganlah kata klinik ingin kaut duit semata-mata.
Memanglah doktor boleh berkhidmat secara percuma.
Tetapi anak-anak nak diberi makan apa?
Ayah ibu dikampung pun nak makan nasi juga.

Melalui pemerhatianku.
Pesakit biasanya lebih selesa dengan seorang doktor yang sama.
Kalau doktor asyik bertukar-tukar,
lebih separuh pesakit akan lari ke tempat lain.
Aku boleh letak doktor pengganti atau locum bila-bila masa.
Tetapi ikut pengalamanku,
bila aku letak doktor locum,
lebih separuh pesakit akan mengeluh.
Kurang separuh akan balik semula tanpa mahu berjumpa dengan doktor.
Ikut pengalamanku,
klinik aku masih ramai pesakit sebab aku yang berkhidmat disini.
Aku tak kata aku seorang doktor yang bagus.
Aku juga bukan seorang doktor yang serba pandai.
Tak semua penyakit aku boleh rawat.
Tak semua penyakit aku boleh ubat.
Tetapi ramai pesakit yang datang selesa dengan caraku.
Bila mereka berasa selesa,
mereka pasti akan datang mencariku lagi.
Kalau ditakdirkan aku tiada lagi,
rasanya ramai pesakit yang akan berhijrah ke tempat lain.
Kecualilah kalau yang datang semata-mata nak sijil cuti sakit.
Ataupun nak surat rujukan ke hospital pakar.
Pesakit seperti ini membuatkan doktor GP tak penting.
Yang penting chop dan sain doktor sahaja.

Doktor GP sepertiku semakin terhimpit sekarang.
10 tahun dahulu,
ubat-ubat psikotropik senang nak dapat.
Sekarang kena tunggu 6 bulan baru dapat stok.
Ubat kurus lagilah.
Dah setahun takda stok.
Sejak 2 tahun yang lepas,
aku sudah tidak memberikan perkhidmatan imunisasi kepada kanak-kanak.
Stok langsung takda.
Kalau ada pun sangat terhad.
Ubat sakit demam, batuk dan selsema pun makin mudah didapati.
Semuanya boleh didapati difarmasi.
Bukan itu sahaja.
Ubat-ubat kuat,
pil-pil vitamin tambahan,
ubat-ubat ajaib,
ubat-ubat super duper maha mega bernutrisi,
yang mengandungi penawar untuk semua jenis penyakit berlambak-lambak dipasaran.
Tak perlu lagi dah ubat-ubat moden ciptaan barat,
tak perlu ubat antibiotik,
tak perlu ubat penahan sakit,
tak perlu ubat merawat kencing manis dan darah tinggi,
itu semua ciptaan Yahudi.
Dan sekarang ini ada pula makanan sunnah.
Ayam yang dicuci dengan air Yaasin.
Aiskrim yang dicampur dengan makanan kegemaran nabi.
Kismis yang dibacakan ayat Quran 30 juzuk.
Bermakna untuk tempoh akan datang,
doktor dah tak diperlukan lagi.
Semuanya kembali kepada alami.

Hal-hal berkaitan dengan wang memang sensitif sekarang.
Bila wang semakin rendah nilainya,
rakyat menjadi semakin berkira.
Hal-hal kesihatan antara yang menanggung kesan awalnya.
Beli handphone mahal-mahal boleh.
Beli produk kecantikan boleh.
Beli tiket bola boleh.
Tapi nak check kesihatan dah tak boleh.
Para pesakit dah semakin kurang ke klinik berbayar.
Yang tak mampu,
pergi ke klinik ataupun hospital kerajaan.
Yang agak mampu pergi membeli ubat difarmasi.
Yang agak berilmu pergi merawat penyakitnya sendiri.
Yang ada klinik panel,
barulah datang ke klinik GP sepertiku.
Pola demografi pesakit-pesakitku semakin berubah kebelakangan ini.
Hampir 70% pesakitku adalah pesakit-pesakit panel.
Pesakit berbayar semakin berkurangan.
Kalau adapun kebanyakannya warga asing.
Warga Nepal yang tak tahu berbahasa Malaysia.
Juga warga Indonesia yang tiada passport.
Kadang-kadang sepanjang pagi semua pesakitku bukannya warga tempatan.
Dah jadi klinik warga asing.
Dah kena tukar signboard baru.

Mungkin ada sedikit rasa kecewa.
Mungkin ada sedikit rasa resah gelisah.
Mungkin ada sedikit rasa bosan.
Tetapi seperti kata sahabat-sahabat seperjuanganku.
Hidup mesti diteruskan.
Biarlah Allah sahaja yang menilai kerja-kerja kita.
Rezeki kita Allah yang tentukan.
Rezeki kita bukan para pesakit yang tentukan.





6 ulasan:

  1. Realiti klinik GP masa kini. Patient dah makin berkurang. Pastu demand itu ini. Ada silap sikt, complain. Kenapa Doktor ni x bagus macam Dr tu. Kenapa Dr ni kurang senyum. Alahai, kita dh buat sehabis baik pun masih ada yg x kena. X pelah, redha aje. Yg penting kita rasa kita dh bagi yg terbaik. Improve mana yg kurang. (sy pun Dr GP) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senasiblah kita nampaknya @YNA...

      Padam
  2. Doc Zoul,

    Semoga Allah memberkati doktor & keluarga di atas pengorbanan Doktor selama ini... Aameeeeen.

    BalasPadam
  3. Salam Dr. Terima kasih kerana terus menulis. Ingatkan kat social media je doktor kena,dalam paper pun sama! Tapi lately nampak memang teruk kena hentam.Sampai viral berminggu.Nama pun terpampang.Reputasi memang hilang sekelip mata.Yang paling best bila dah dapat penerangan rupanya salah serkap.Tapi nama Dr tu dah busuk.Peliknya,takde siapa yang bela secara rasmi.But of course,ini zaman litigation.Bukan saja kena practice safe medicine,kena practice legally safe medicine jugak.Jangan sampai doktor2 ni kecik hati sudah la.Kaut duit semata-mata??Hahahahaha.Diorang ni salah aim la tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana terus membaca @Krabat.my
      Dunia dah berubah.
      Kerjaya doktor dah semakin mencabar.
      Dan semakin membosankan.

      Padam