Langkau ke kandungan utama

Aku dan Dilemma Seorang Doktor GP 2

Cuba teliti senario-senario berikut.
Kisah-kisah benar yang berlaku diklinik.

Kes Pertama:
Seorang warga Nepal.
Datang ke klinik kerana hampir pengsan ketika dikilang.
Bila diperiksa demamnya mencecah 40 darjah.
Dikhabarkan dah dua hari tak lalu makan.
Tekanan darahnya rendah.
Nadinya pantas.
Apa tindakan anda?

Kes Kedua:
Seorang warga Nepal.
Datang dengan muka serabai dan tak terurus.
Baju kerjanya masih dibasahi dengan peluh.
Bau badannya semacam.
Mengadu gatal-gatal satu badan.
Bila diperiksa badannya penuh dengan peta dunia.
Kurap dan kesan parut akibat digaru.
Apa rawatan yang patut diberikan?

Kes Ketiga:
Seorang warga Nepal.
Mengadu sakit pada ketiaknya.
Bila diperiksa ada bisul sebesar bola ping pong diketiaknya.
Apa yang perlu dilakukan?


Kes Keempat:
Seorang warga Nepal.
Mengadu sakit pada ibu jari kakinya.
Bila diperiksa memang sah ada cagu dikakinya.
Dah seminggu menahan sakit.
Hari ini hari cutinya.
Barulah berkesempatan nak ke klinik.
Apa rawatan terbaik untuknya?

Sebagai seorang doktor,
aku tiada masalah merawat pesakit-pesakit tersebut.
Sebagai seorang doktor GP,
aku pun tiada masalah merawat pesakit-pesakit tersebut.
Aku boleh beri suntikan.
Aku boleh pasang iv drip.
Aku boleh buat pembedahan.
Membuang bisul atau mencabut kuku.
Aku juga boleh memberi ubat macam-macam.
Semuanya aku boleh buat diklinik.

Masalahnya.
Pekerja-pekerja ini datangnya daripada sebuah kilang berhampiran dengan klinik.
Kilang yang melantik klinik aku sebagai panel mereka.
Terma dan syaratnya mudah sahaja.
Pekerja datang bawa surat rawatan.
Dan aku kena beri rawatan sewajarnya.
Masalahnya ialah limit yang diberi hanya 30 ringgit untuk sekali rawatan.
Dalam zaman yang serba-serbi mahal ini,
kilang masih beri limit RM 30.00 untuk sekali rawatan.
Pihak pengurusan kata senang sahaja.
Kalau lebih suruh pesakit bayar tunai selebihnya.
Kilang-kilang lain rasanya takda masalah begini.
Tetapi kilang yang satu ini sama sahaja masalah.
Pekerjanya langsung tidak bawa duit bila datang ke klinik.
Suruh bayar mereka buat-buat tak faham.
Suruh bayar kata tiada duit.
Suruh datang lain kali bayar mereka tak datang.
Kalau datang pun mengaku tak pernah datang klinik.
Aku tak faham.
Staf aku pun tak faham.
Kenapa begini sikap mereka.
Aku pernah suarakan kepada pihak pengurusan.
Sehingga sekarang tiada perubahan terma dan syarat.
Aku pernah tulis memo kepada kilang.
Sehingga sekarang masih tiada maklumbalas.
Aku pernah berkira-kira nak telefon kilang,
takpun pergi sahaja ke kilang mereka.
Tetapi sehingga sekarang aku masih tak berkesempatan.
Kerana sebagai doktor,
aku teruk dalam aspek urusan perniagaan.
Aku lebih suka merawat pesakit berbanding menguruskan perniagaan.

Aku ada letakkan dilemma Kes Nombor 4 ini dalam group doktor di FB.
Macam-macam maklumbalas aku terima.
Ada yang suruh hantar balik.
Ada yang suruh rujuk sahaja ke hospital kerajaan.
Ada yang suruh call HR.
Ada yang suruh beri ubat sahaja.
Ada yang suruh buat surgery.
Ada juga yang suruh aku ikut gerak hati sahaja.
Masing-masing ada pendapat sendiri.
Masing-masing ada alasan sendiri.
Dalam hal ini tiada yang salah atau yang benar.


Apa yang aku boleh beri dengan kos RM30.00 sekarang?
Harga perundingan pun tak lepas.
Apatahlagi kos ubat dan pembedahan.
Sebagai seorang doktor,
aku tetap memberi rawatan sewajarnya.
Dan setiap kali pekerja kilang ini datang ke klinik,
aku kena rendahkan egoku.
Aku kena tundukkan amarahku.
Aku anggap semua yang aku buat,
kerana Allah Taala.
RM 30.00 pun rezeki.
Biar sedikit tetapi berkat.
Ada yang berpendapat,
kenapa doktor tak jadi seperti para professional yang lain?
Yang tidak pernah menurunkan harga kos perundingan dalam apa cara sekalipun?
Yang tidak pernah berkompromi dalam hal harga kos perundingan?
Kenapa doktor tak jadi seperti para peniaga?
Yang tidak pernah menurunkan harga dibawah harga kos?
Sebab itulah aku mahu menjadi doktor.
Itu bezanya doktor dengan kerjaya professional yang lain.
Doktor boleh guna budi bicara.
Doktor boleh guna kewajaran akal.
Doktor boleh beri percuma untuk segala-galanya.
Dan itu juga selalunya menjadi masalah.
Ramai yang mengambil mudah.
Ramai yang mengambil kesempatan.


Terus-terang aku katakan.
Memang dalam hati ada sedikit tak puashati.
Bukan kepada pesakit.
Bukan kepada pekerja.
Tetapi kepada majikannya.
Mereka bersuka-ria memerah tenaga para pekerja tersebut.
Mereka mendapat untung berlipat-kali ganda dengan tenaga para pekerja tersebut.
Tetapi apa yang aku dapat?
Inilah antara dilemma seorang doktor GP sepertiku.
Kalau fikirkan untung dunia,
aku memang banyak menanggung kerugian.
Tetapi kalau fikirkan semula.
Hidup bukan untuk dunia sahaja.



Ulasan

  1. ALHAMDULILLAH dr .. TAHNIAH ....
    SAYA SUKA BACA CORETAN DR.... KADANG IA MEMBUAT SY TERSEDAR ....
    TQ DR....SEMOGA ALLAH MEMBALAS GANJARAN SYURGA KE ATAS DR.

    BalasPadam
  2. Doc Zoul,

    Barakallah fikum. Aameeeen

    BalasPadam
  3. Ada juga doktor yang pandai buat duit tapi lebih ramai doktor yang tak sampai hati dan 'redha' aja lah... mcm doktor saya bila patients jumpa cerita panjang lebar masalah mereka, doktor mula kesian... caj consultation bawah dari RM15. Saya yg kerja di kaunter ni tgk sendiri kereta patients mak oiii keta import menjalar kalah kereta doktor...tepuk dahi saya. Nak cakap dg doktor takut nanti keikhlasan doktor terbang pulak...doa aja lah mudah2an ada ganjaran dari Dia yang Maha Kaya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…