Langkau ke kandungan utama

Aku dan Kisah Hujung Minggu Ini


Sejak dua menjak ini,
perjalanan kehidupanku terlalu klise.
Langsung tiada yang menarik.
Bila kehidupan terlalu normal,
blog aku pun menjadi sunyi.
Langsung tiada idea atau cerita baru untuk dicatat.
Apatahlagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini,
kawan-kawan blog aku pun sunyi sepi.
Tiada cerita-cerita baru,
tiada gossip-gossip baru,
tiada komen-komen baru.
Masing-masing seolah-olah dah berhenti menulis blog.
Jadi aku pun terikut-ikut juga.
Aku lebih suka berIG banding memblogging.
Blog dah tak trending seperti dulu.
Pembaca blog aku pun dah jatuh mendadak.
Setiap entri baru tak sampai pun 100 hits.
Itupun kena tunggu berminggu-minggu.
Kalau ikut statistik aku,
pengunjung blog aku ramai suka baca cerita-cerita aku pasal kereta.
Vellfire, Estima, Tinted kereta itu yang dibaca hari-hari.
Macam-macam soalan aku terima.
Aku dah malas nak menjawab.

Sebenarnya banyak juga kisah yang nak dikongsi.
Tetapi mood menulis langsung takda.
Kekangan masa pun jadi sebab.
Kalau dah duduk klinik,
seharian dipenuhi dengan merawat pesakit yang pelbagai ragam.
Nak buka komputer pun asyik tak sempat.
Di rumah pula streamyx buat hal.
Sekejap ada sekejap takda.
Tak stabil.
Fenomena El Nino gamaknya.


Cuti hari Jumaat aku tak kemana-mana.
Aku mengemas rumah.
Spring cleaning.
Ramadhan dan semakin hampir.
Syawal pun dah kembali lagi.
Jadi kena buat persiapan daripada sekarang.
Mengemas rumah merupakan hobiku.
Mengubahsuai kedudukan perabot.
Mengelap cermin dan tingkap.
Membuang sawang disiling dan kipas.
Wife ada juga cadang suruh mengecat semula  feature wall.
Tapi aku dah tak larat dah.


Sabtu yang lepas.
Kembara Mahkota Johor 2016 dah pun bermula.
Rutin tahunan sejak tuanku belum menjadi sultan lagi.
Tuanku pernah memandu keretapi singgah di Kg Pertanian.
Tuanku pernah lalu depan klinik aku menaiki Harley Davidson.
Kali ini Tuanku menaiki trak Transformer MACK pula.
Bukan sebijik tetapi 3 bijik.
Kali ini Kulai menjadi pit stop pertamanya.
Kali ini tuanku singgah di gerai makan MPKu Batu 19 Kulai Besar untuk bersarapan.
2 hari 2 malam pihak MPKu mencantikkan kedai tersebut.
Itulah penangan bila tuanku nak datang.
Dua hari dua malam mereka bekerja.
Tak nampak pun waktu rehatnya.
Pokok yang rimbun dicantas rapi.
Mentol yang dah padam diganti.
Jalan yang berlubang diturap tebal.
Dinding yang kusam dicat baru.
Signboard yang kelam ditukar baru.
Kedai yang dah usang pun boleh jadi baru.
Pendek kata hanya tuanku yang boleh melakukan perubahan.
Perubahan secara mendadak.
Komplen orang-orang kebanyakan yang saban tahun membayar cukai langsung tak diendah.
Tetapi bila tuanku yang nak datang,
Barulah kelam kabut mereka bekerja.
Kenapalah sikap dan mentaliti ini tidak boleh diubah?
Hanya bila VIP nak datang baru nampak nak buat kerja?



Dulu aku tak berapa berkenan pasal KMJ ini.
Aku hanya nampak pembaziran. 
Pembaziran masa, tenaga juga wang ringgit.
Sampai sekarang pun masih ramai yang pertikai.
Ada yang kata tuanku guna banyak duit rakyat.
Ada yang kata tuanku guna banyak duit kerajaan negeri.
Aku tak nak ungkit-ungkit hal itu.
Walaupun KMJ ada nampak keburukannya,
tetapi pada aku kita kena tengok daripada sudut positif.
Tuanku telah berjaya menyatupadukan rakyatnya yang berbilang bangsa.
Tiada bangsa melayu, cina atau india di Johor.
Semuanya adalah bangsa Johor.
Kemana sahaja tuanku pergi,
mesti ramai rakyat yang menyambutnya.
Tak kira bangsa dan ugama.
Tak perlu diupah atau minta dibayar.
Tak perlu pengangkutan percuma,
Tak perlu diberi wang kocek,
Tak perlu disediakan makanan percuma.
Semuanya datang secara sukarela untuk meramaikan majlis.
Semuanya datang untuk melihat Tuanku.
Dan kalau boleh dapat bersalaman dengannya.
Tuanku Sultan Johor memang hebat.
Daulat Tuanku!




Malam Sabtu yang lepas.
Ada perlawanan akhir Piala FA 2016.
Team JDT melawan Selangor PKNS.
Walaupun bermain diSelangor,
Stadium Shah Alam dah berjaya dimerahbirukan.
Stadium Shah Alam dah jadi Stadium Larkin.
Walaupun tiket mahal semuanya tak jadi halangan.
Cuba tengok video-video di FB.
Meremang bulu roma mendengar gegak gempitanya.
Harap-harap suatu hari nanti team Harimau Malaya boleh jadi sebegini juga.
Gah dimata dunia.
Inilah antara kejayaan ciptaan TMJ.
Sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh FAM lebih 30 tahun.
Tetapi TMJ berjaya melakukannya kurang daripada 5 tahun.
Ini bukan yang terakhir.
Kerana akan ada banyak lagi kejayaan bakal dicipta. 


Hari Ahad.
Johor mendapat cuti peristiwa.
Cuti sempena kejayaan menjulang piala FA.
Mula-mula ingat nak juga buka klinik .
Tetapi bila kenangkan ada kaki-kaki MC nak menyambung cuti dengan MC,
terutamanya yang bekerja di Singapura,
Aku pun sambung tidur.
Aku pun sambung mengemas rumah.
Depan sampai belakang.
Luar sampai dalam.
Atas sampai bawah.
Akhirnya berjaya juga menyiapkan kerja-kerja yang dah lama tertangguh.

Semoga aku akan terus gigih menulis.
Semoga blog ini tidak akan berkubur.
Selamat kembali kawan-kawan.



Ulasan

  1. teruskan aje menulis doktor....kadang-kadang saya baca jugak blog doktor...

    BalasPadam
  2. saya suka baca kisah2 doktor, lagi2 pasal pesakit2 doktor dan juga hal2 percutian dr sekeluarga

    BalasPadam
  3. teruskan menulis ya.. saya setia membaca.. terutama kisah2 & ragam2 pesakit.. :)

    BalasPadam
  4. As salam doktor. Saya baru mengikut blog doktor. Boleh xsaya dpt email doktor. Ada beberapa perkara ttg kesihatan anak . Mungkin doktor boleh bantu saya. Tkasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…