Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Jun 2016

Aku dan Ini Catatan Terakhirku



Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aku semakin jarang menulis. Menulis blog dah semakin membosankan. Aku lebih suka menghantar gambar di Instagramku berbanding menulis di sini. Ditambah lagi dengan kesibukan menyambut Ramadhan. Jadi aku semakin jarang menulis. Bulan Ramadhan adalah masa yang paling sesuai untuk mendekatkan diri kepadaNya. Jadi apa banyak benda yang boleh aku menyibukkan diri daripada mengupdate blog ini.

Tiga bulan yang lalu, aku menghantar manuskrip bukuku " Aku Seorang Doktor GP " ke penerbit buku pilihanku. Manuskrip tersebut menceritakan perjalanan kehidupanku sepanjang 20 tahun aku menjadi seorang doktor. Selepas 3 bulan menunggu, semalam aku mendapat maklumbalas yang positif daripada mereka.  

Maka kini aku ada projek baru. Aku kena semak balik manuskrip aku kerana ada banyak yang perlu diperbetulkan. Rasanya bukan sehari dua boleh siap. Ianya akan memakan masa. Dengan itu aku akan mengundurkan diri untuk sementara daripada blog ini. 

Semoga berjumpa lagi. 

Aku tahu siapa anda semua. 
Terima kasih atas maklumbalas dan kata-kata semangat yang anda berikan. 

Doakan semoga bukuku selamat diterbitkan. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Salam Syawal.

Asalamualaikum.



17 ulasan:

  1. Semoga buku Doc Zoul " Aku Seorang Doktor GP " selamat diterbitkan.. Aameeeen

    BalasPadam
  2. Ouch, couldn't enter your insta, it's private. I hope your book will come out soon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sangat spam sekarang.
      Sebab itu private.

      Terima kasih.

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih @Nurhidayu.
      Salam Ramadhan

      Padam
  4. rasa sedih pulak bila dr nak undur diri dalam blog nih.....saya janji akan beli buku dr tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      insyaAllah jumpa lagi...

      Padam
  5. tahniah melangkah setapak lagi di alam penulisan.moga terus sukses!

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan segala urusan doktor

    BalasPadam
  7. Saya tunggu jemputan untuk pelancaran. Itupun kalau penulisnya sudi nak jemput...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah @Aziela.
      Mood nak menulis dah terhenti sekejap.

      Padam
  8. Makchaq yg dah lebih setengah abad dah bertahun x de MC, tapi budak2 muda kejap2 mc, hari isnin mc, balik kampung sambung mc.
    Org muda2 ni daya tahan rendah.. tak boleh penat sikit..

    BalasPadam