Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Aku dan SELAMAT HARI MERDEKA

Bebaskan diri daripada mudah menjadi hakim dunia.

Selamat Hari Merdeka.








Aku dan Majlis Resepsi Izzi&Amanina

Tarikh: Sabtu 27 Ogos 2016
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna MPAJ AU 2



Aku dan Majlis Pernikahan Izzi&Amanina

Tarikh : Jumaat 26 Ogos 2016
Tempat: Surau Ar-Rashidin Puncak Setiawangsa
Masa: 5:00 petang

Tempat yang menarik.
Masa yang sesuai.
Makanan yang sedap.
Majlis yang sangat simple dan mudah.
Orang Johor kena tiru camni.
Tak payah pening-pening nak memanjangkan majlis.



Aku Kehilangan Ayahku

Dua minggu sebelum menjelangnya Syawal,  sahabat rapatku kehilangan ayahnya. 
Mereka berdua sentiasa dekat denganku atas banyak sebab.  Ayahnya juga adalah salah seorang pesakitku.  Sepanjang kehidupanku,  inilah kali pertama aku melalui proses pengurusan jenazah.  Aku tunggu daripada mula hinggalah jenazah selamat dikebumikan.  Sahabatku memang dah cukup pengalaman menguruskan jenazah orang-orang kampungnya.  Jadi apabila ayahnya meninggal,  dialah yang jadi ketua menguruskannya. 
Dialah yang memandikan, 
mengkafankan,  menjadi imam sembahyang jenazah seterusnya dialah yang pertama masuk ke dalam lubang kubur untuk menyambut jenazah ayahnya.  Dialah juga yang memalingkan dan membuka muka ayahnya ke arah kiblat untuk kali terakhirnya.  Sebagai seorang ayah,  aku berbangga jika punya anak sepertinya.  Dan sebagai seorang anak,  aku tentunya bangga dan bersyukur dapat menguruskan sendiri jenazah ayahku.  Aku kagum dengan semangatnya dan kebolehannya.  Aku bercita-cita untuk menjadi sepertinya bila tiba saa…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku Dah Kembali?

Beberapa bulan kebelakangan ini,
hidupku agak kelam-kabut.
Kesibukan diklinik memang tak terkata.
Bulan puasa, bulan raya dan bulan selepas raya pun,
klinik aku jarang sunyi.
Pesakit yang datang bagai tak tertahan.
Pagi, petang, malam klinikku tetap penuh.
Walaubagaimana aku mencuba,
waktu menunggu giliran masih melebihi sejam.
Dah macam klinik kerajaanlah pulak.

Ramai kata itu semua rezeki.
Tetapi zaman keseronokan merawat pesakit dah lama padam dalam diriku.
Kalau 10 tahun dahulu aku suka pesakit memenuhi klinikku.
Tetapi selepas 10 tahun aku dah jadi sebaliknya.
Pesakit seolah-olah sudah menjadi beban kepadaku.
Pesakit sudah tidak menjadi keutamaanku.
Pesakit sudah tidak menjadi tanggungjawabku.
Setiap kali aku bangun pagi aku memang memasang niat.
Nak berbakti kepada para pesakitku.
Nak memberi perkhidmatan terbaik kepada para pesakitku.
Tetapi bila sampai dalam klinik,
aku melihat deretan muka yang sama.
Muka-muka yang rajin nak minta MC denganku.
Langsung terbantut semua azam d…