Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 September 2016

Aku dan Aidil Adhaku Tahun Ini

Kehidupan tetap diteruskan.
Walaupun abah dah tiada,
Sambutan hari raya tetap diadakan.
Kami cuba menjadikannya semeriah yang mungkin.
Emak masak Ayam Kicap dan Rendang Daging.
Emak juga buat resepi Ayam Goleknya.
Resepi yang sepatutnya khas untuk pengantin sahaja.
Kakak aku masak Daging Kambing Masak Merah.
Adik aku buat kek kegemarannya.
Jiran-jiran juga menghantar macam-macam lauk.
Memang tak muat meja.
Memang mengah isi perut.


Sembahyang raya dimasjid bermula 10 minit awal daripada sepatutnya.
Mungkin sebab ada 12 ekor lembu sedang menunggu untuk dikurbankan.
Masjid pula agak lengang.
Tak seperti raya aidil fitri suasananya.
Sebab ramai anak-anak dan cucu peneroka yang tak balik rasanya.
Maklumlah cuti tak panjang.
Dan lagi raya aidil adha dah tak jatuh wajib untuk balik kampung.


Lepas makan berat beribu-ribu kalori diawal pagi,
Aku membawa emak melawat kubur abah.
Hanya doa dan bacaan Al-Fatihah yang dapat dikirimkan.
Semoga roh abah aman dan tenang di sana.


Sebelah tengahari,
Aku ke Masjid Jamek Bandar Tenggara.
Keluarga HjYusop ada mengadakan ibadah kurban bersama-sama.
Asalnya aku dikhabarkan,
Pihak masjid akan menguruskan kesemuanya.
Rupa-rupanya mereka hanya sediakan tempat dan tukang sembelih sahaja.
Kariah masjid yang membantu tak cukup ramai.
Maka kamilah yang kena menguruskannya.
Melapah, menimbang, membahagi dan mengagihkan daging.
Hampir semuanya kami buat sendiri.
Tapi alhamdulilah.
Ini bukan kali pertama kami buat sendiri.
Pengalaman telah mendewasakan.


Selepas sebahagian besar daging diagihkan,
Bakinya kami bawa balik ke rumah kakak iparku.
Proses melapah dan membahagi diteruskan.
Itu kerja orang perempuan.
Hujan pulak turun dengan lebatnya.
Aku dan anak-anak tertidur didepan tv.
Sakit satu badan.


Ketika aku bangun,
Sup tulang dah siap dimasak.
Tinggal ambil mangkuk sahaja.
Nikmat menghirup sup dan menyedut gear box tidak terkata.
Langsung hilang sakit dan sengal-sengal satu badan.


Sebelum maghrib aku sampai diKulai.
Sebelum balik rumah aku singgah dahulu sana-sini.
Membahagikan sebahagian lagi daging kepada kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-tetangga.
Malam itu aku sibuk pula mengemas.
Cuti raya disambung dengan cuti sekolah.
Anak-anak semua ada di rumah.
Jadi aku pun nak pergi bercuti.
Dah lama tak rehat.
Dah lama tak bawa anak-anak jalan-jalan.
Dah lama tak lari daripada rutin harian.

Bersambung...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan