Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 September 2016

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini aku gantung stetoskop aku.
Aku buang title doktor aku.
Aku duduk diceruk dapur.
Menjadi Masterchef Cabuk.
Kalau ikut perancangan dan pembahagian tugas.
Aku dan wife kena urus khemah tetamu.
Juga menyediakan hidangan.
Untuk Majlis Makan Berdamai.
Rasanya ini dah masuk kali ke 3 aku diberi tugas ini.
Tetapi memandangkan aku ni jarang memasak,
perasaan panik dan gementar tetap ada. 


Malam Jumaat sebelum majlis sebenar,
kakak ipar aku call wife.
Dia kata dia ada ikan siakap 5 ekor.
Dia nak suruh aku masakkan.
Siakap Tiga Rasa resepiku.
Walaupun wife kata aku masih bekerja diklinik,
dia tetap nak juga aku masakkan.
Tengah malam pun takpa.
Maka malam itu aku terpaksa tutup kedai awal.
Aku balik kampung.
Alang-alang dah disuruh memasak,
aku tambah dua lagi menu.
Kira praktis bahan-bahan untuk majlis sebenar. 


Semasa aku memasak didapur,
makcik-makcik jiran kakak aku sibuk bertanya macam-macam.
Nampak janggal sebab doktor memasak didapur.
Nampak janggal sebab orang lelaki yang memasak.
Tetapi aku buat donno sahaja.
Dan mereka sempat juga merasa masakan aku.
Nak tahu sedap ke tidak masakan kita senang sahaja.
Makanan tidak bersisa.
Dan mereka sibuk bertanya resepi.
Aku memasak memang tiada resepi.
Semuanya main campak-campak dan gaul-gaul sahaja.
Ini baru Masterchef namanya.


Pukul 9 pagi hari Sabtu.
Aku dah berada didapur.
Pembantuku adalah wife aku.
Dialah yang menjadi pembantu merangkap penasihatku.
Dialah juga yang pergi ke pasar.
Dialah juga yang menjadi 'runner'.
Separuh daripada hasil masakanku adalah atas usaha dan kerja kerasnya.


Mula-mula aku goreng ikan siakap.
5 ekor kesemuanya atas kehendak kakak iparku.
Lepas digoreng aku masukkan dalam bekas tahan panas.
Supaya kekal panas sebelum dicurah kuah diatasnya.
Sementara itu aku siapkan kuahnya.
Hasilnya ialah Ikan Siakap Tiga Rasa.
Khabarnya ikannya bersih sampai ke tulang.


Sementara menunggu ikan siap digoreng,
aku membersihkan udang.
Aku buang kepala dan kulitnya.
Aku tinggalkan ekornya sahaja.
Aku buang juga ususnya.
Lepas itu digoreng dengan sedikit minyak.
Sebelum ini aku tidak buang kepalanya untuk kelihatan cantik.
Tetapi tetamu susah nak memakannya.
Kali ini aku nak ianya senang dimakan.
Kuahnya aku tumis dahulu sebelum udang dimasukkan semula.
Hasilnya Udang Masak Sos Berlada.
Khabarnya langsung tak bersisa.


Ini Resepi Ayam Golek hasil tangan ibuku.
Aku tak masak yang ini.
Ibuku yang memasaknya.



Satu lagi menu ialah Daging Masak Black Pepper.
Dagingnya aku rebus terlebih dahulu sebelum digoreng dengan aneka tepung dan telur.
Selepas itu aku siapkan sosnya berupa campuran sos tiram dan lada hitam.
Aku tambah kacang panjang, cili merah dan bawang besar untuk mempelbagaikan warnanya.
  

Ini adalah bakul buah ciptaan wife.
Nampak unik dan menarik.
Menjadi penyeri di atas meja.
Menu terakhirku ialah Sotong Masak Masam Manis.
Menu biasa tetapi cepat habis sebab sotong dah makin mahal sekarang.
Sebab itu gambar pun tak sempat nak ambil.

Jadi kepada sesiapa yang nak membuat tempahan,
bolehlah berhubung dengan pembantuku.
Sekian terima kasih.



4 ulasan:

  1. Terima kasih kerana masih menulis. Saya suka baca dan mengikuti apa2 cerita kehidupan dengan tulisan yang menarik. Anggap je ini diari.. Keep it up.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasihlah En Tahir kerana rajin membaca diari saya.
      Kekangan masa menyebabkan saya dah makin jarang menulis.
      Manuskrip buku pun entah ke mana...

      Padam
  2. wahhh dh jd tukang masak kenduri kawn dah .... terbaik dokter ni tgn tu bkn je pandai pegang surgical blade tp pisau memasak ..hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu kemunculan saya dalam Masterchef...

      Padam