Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 September 2016

Aku dan Lawatan ke Cameron Highlands


Pagi Rabu di Cameron Highlands.
Aku dikejutkan oleh bau nasi lemak yang ditanak oleh wife.
Semerbak harum baunya.
Itulah keistimewaan wife aku.
Kat mana-mana pun, 
Makanan kami tetap terjaga.
Selepas sarapan dan menambah beribu lagi kalori,
Aku sambung bersidai dibalkoni.
Walaupun matahari dah mula naik,
Kesejukan pagi masih lagi dirasa.
Kelihatan jalan raya menuju Tanah Rata dah mulai sesak.
Jadi apa agenda pagi ini?


Aku memang cadang nak ke Tanah Rata.
Nak melawat tapak semaian MARDI.
Nak melawat ladang teh.
Nak melawat muzium kalau sempat.
Tapi kalau ikut Waze,
Perjalanan akan memakan masa.
5km/jam kalau menaiki kenderaan.
Jadi kena tukar agenda lain.
Sampai malam pun tak selesai kalau diteruskan juga.


Selepas checked out,
Aku jalan kaki ke pasar basah di tepi jalan Kea Farm.
Nak beli ole-ole untuk dibawa pulang.
Sayuran segar harganya sangat murah.
Tak rugi kalau tak beli kata wife.
Jalan besar menuju Tanah Rata memang sesak.
Ditambah lagi dengan kenderaan yang diletak ditepi-tepi jalan.
Jalan jadi sempit.
Tetapi macam dah jadi lumrah.
Semua orang dah anggap ini perkara biasa.


Perjalanan naik ke Tanah Rata memang sesak.
Tetapi perjalanan turun adalah sebaliknya.
Aku sempat singgah di Rose Valley.
Wife kata nak tengok bunga.
Dan nak beli sikit kalau boleh.
Aku ingat masa pertama kali sampai CH.
Penuh boot dan tempat duduk belakang dengan pokok bunga.
Hampir semua bunga dan kaktus dibelinya.
Tetapi akibat perbezaan cuaca dan baja,
Pokok yang dibela tak secantik yang berada di sini.


Turun sedikit lagi,
Aku singgah diladang teh.
Bharat Cameron Tea Plantation.
Pemandangannya taklah cantik sangat.
Tehnya pun taklah sedap sangat.
Tetapi kenalah ambil gambar untuk kenangan.
Lima kali datang sini,
Tiga kali aku singgah sini.
Ladang teh dan pemandangannya tak banyak berubah.
Hanya aku yang berubah.
Juga anak-anak yang semakin membesar.
Dulu seronok bawa DSLR besar-besar.
Sekarang bawa kamera kecik lagi seronok.
Terus boleh connect dengan phone.
Terus boleh upload di Instagram.


Perjalanan turun seterusnya adalah lancar.
Hujan turun selebatnya semasa aku memasuki sempadan negeri Perak.
Dan hujan berhenti setibanya aku di Simpang Pulai.
Masuk sahaja lebuhraya,
Kenderaan semakin banyak.
Suhu pun dah semakin panas.
Selamat tinggal CH.
Dua tahun lagi aku pasti kembali.


Pukul 8 malam.
Aku tiba diPutrajaya.
Kena rehat semalaman di sini.
Cuma tak tahu nak buat apa selain melepak dibilik.
Tetapi itulah tujuannya.
Duduk melepak tanpa buat apa-apa.


Seperti biasa,
Aku checked in di Everly Putrajaya.
Markah penuh setiap kali aku di sini.
Pukul berapa sekalipun aku datang,
Bilik mesti dah siap.
Tak payah susah-susah nak daftar atau isi borang.
Duit deposit pun mereka tak ambil.
Lepas letak barang,
Aku terus ke sebelah.
Ada banyak restoran dan tempat makan untuk dipilih.
Masing-masing dah kebuluran.
Selepas kenyang,
Balik bilik dan mandi air panas.
Terus tertidur sampailah ke pagi.
Katil super single nya lebar.
Tilam dan bantalnya lembut.
Aircondnya pun senyap.
Sedar-sedar dah awal pagi.

Bersambung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan