Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 September 2016

Aku dan Pesakit Hari Ini


Ini cerita lama sebenarnya.
Seorang lelaki berusia awal 50-an.
Bekerja kilang dan panel dengan klinikku.
Aku mengenalinya dah lama.
Anak-anaknya semua aku kenal.
Kebanyakannya masih bersekolah.
Isterinya pula tidak bekerja.
Jadi aku faham situasi kewangannya.

Kira-kira 5 tahun dahulu,
aku diagnosed dia sebagai penghidap kencing manis dan darah tinggi.
Mula-mula dia reluctant nak makan ubat moden.
Dia lebih percaya ubat-ubat herba dan ubat-ubat kampung.
Selepas beberapa lama mencuba mengawal semuanya,
akhirnya dia setuju untuk mula makan ubat.
Aku cadangkan dia ke klinik kerajaan.
Rawatan dan ubatan boleh didapati percuma.
Tetapi dia kata dia tiada masa untuk ke klinik kesihatan.
Hari-hari dia bekerja.
Kalau dia bercuti,
klinik kerajaan pun bercuti.
Kalau dia nak ke klinik kerajaan pun,
sekurang-kurangnya separuh hari dihabiskan di klinik kerajaan.
Jadi dia mengambil ubat denganku.
Sebulan atau 2 bulan sekali dia datang untuk pemeriksaan susulan.
Adatlah.
Kadang-kadang naik,
kadang-kadang normal.
Itupun sebab dia makan ubat tidak ikut peraturan.
Ubatan sebulan boleh tahan sampai sebulan setengah atau 2 bulan.
Aku faham masalahnya.

Sejak tahun lepas,
kilangnya mula menghadkan kos rawatan diklinik.
Sebelum ini hanya ada limit tahunan.
Sekarang dah ada limit untuk setiap kali datang ke klinik.
Kira punya kira,
kos ubatan bulanannya melebihi had untuk setiap kali rawatan.
Jadi dia dah semakin jarang jumpa aku.
Dia datang ambil ubat sahaja.
Dia tak masuk jumpa aku.
Jimat sikit untuk kos perundingan.
Itu anggapannya.
Aku pernah kata,
jumpalah dan masuk ke dalam.
Kos boleh dirundingkan.
Tetapi mungkin dia segan denganku.
Jadi kali terakhir aku berjumpa dengannya ialah bulan 12 tahun lepas.

Awal minggu ini dia akhirnya muncul.
Datang ditemani anaknya.
Ada sedikit kelainan diwajahnya.
Dia mengadu sering pening kepala dan rasa kurang keseimbangan.
Tekanan darahnya 150/90.
Paras gulanya 13.5.
Aku risaukan pasal serangan angin ahmar.
Tetapi kaki dan tangannya masih kuat.
Walaupun cara jalannya sedikit terhuyung-hayang.
Seperti biasa aku nasihatkan.
Pergilah ke hospital.
Tetapi dia kata nantilah dulu.
Lalu aku buat Full Blood Test.
Alhamdulilah.
Selain paras kolesterol dan gula yang agak tinggi,
yang lain-lain masih lagi normal.
Namun keadaannya masih tak berubah.
Dia masih rasa tiada keseimbangan badan.
Dua hari kemudian.
Anaknya menelefonku memberitahu ayahnya jatuh dibilik air.
Anaknya bertanya kepadaku apa perlu dilakukan.
Aku suruh bawa ayahnya ke hospital.
Aku akan tuliskan surat rujukan.
Pemeriksaan CT Brain mengesahkan ada urat darah tersumbat disebahagian kecil otaknya.
Left Thalamic Infarction.
Memandangkan tiada apa yang boleh dilakukan di wad,
dia dibenarkan pulang selepas 3 hari diwad.
Doktor beri dia macam-macam jenis ubat.
Ubat darah tinggi.
Ubat kencing manis.
Ubat kolesterol.
Ubat cair darah.
Semuanya cukup.
Malah dia ada rawatan dengan fisioterapist.
Setiap hujung minggu dia datang berjumpa denganku.
Dia suruh aku review kesihatannya.
Baru kali ini dia sungguh-sungguh nak menjaga kesihatannya.
Macam-macam nasihat aku beri.
Macam-macam kata-kata semangat aku beri.
Isterinya kata sejak keluar hospital dia menjadi panas baran.
Tingkahlakunya sedikit berubah.
Jadi selain aku kaunseling pesakit,
isterinya sekali aku kaunseling.

Dia dah banyak menunjukkan perubahan.
Tekanan darah dan gulanya semakin stabil.
Temujanji dihospital dia rajin pergi.
Cuma dia dah mula malas nak makan ubat.
Banyak sangat katanya.

Aku tidak pernah putus asa menasihatkannya.
Setiap kali dia datang,
Aku layan dia seperti seorang raja.
Aku layan dia seperti seorang kawan.
Pengalaman aku,
Nasihat atas dasar seorang kawan lebih mudah diterima
banding nasihat seorang doktor kepada pesakitnya.
Betul tak?

Hari pertama diklinik selepas seminggu bercuti sangat memenatkan.
Ramai yang dah sedia menunggu nak jumpa denganku.
Ramai yang dah berhari-hari menyimpan penyakitnya untuk aku tengokkan.
Ada yang nak masuk IV drip.
Ada yang nak berkhatan.
Ada yang nak minta cabutkan kuku.
Ada yang nak minta surat rujukan.
Ada yang nak minta review ubat.
Ada yang datang nak luahkan perasaan.
Ada yang kena santau pun ada.
'Ustaz' siap toreh tangannya untuk keluarkan kaca daripada badannya.
Pendek kata macam-macam hal.

Alhamdulilah.
Aku masih ada pesakit.
Aku masih ada tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan.



7 ulasan:

  1. peh..siap toreh tangan nk kluarkan kaca?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak percaya kan?
      Tapi percayalah.
      Dizaman serba moden ini,
      masih lagi wujud santau-menyantau.
      Saya lebih percaya kepada penyakit mental.
      Bukannya sakit buatan kawan-kawan yang hasad dengki.
      Ini pertama kali saya jumpa.
      Ustaz menoreh lengan.
      dan menyedut kaca daripada lengannya.
      Mistik?
      Magik?
      Entahlah...

      Padam
    2. Salam doc, klinik doc di mana ye?

      Padam
  2. Lama Doc tak update. Harini bukak blog bnyk kna baca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha.
      Mood menulis dah sampai..
      Terima kasihlah sudi membacanya.

      Padam
  3. semoga doktor dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan dalam kehidupan. saya rasa terharu bila baca luahan Dr ni ...cukup perihatin. bkn doktor yang kejar duit semata2 dengan buka klinik sendiri

    BalasPadam