Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 September 2016

Aku dan Pesakit Hari Ini

Kisah seorang ibu.
Anaknya cuma dua orang.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Yang perempuan akan ambil SPM tahun ini.
Manakala yang lelaki dalam tingkatan 2.
Bersekolah disalah sebuah sekolah berasrama penuh di Johor.
Memandangkan anaknya cuma dua orang,
kasih sayangnya memang tak berbelah bagi.
Sakit sedikit pun mesti nak jumpa doktor.
Nak minta khidmat nasihat.
Nak kepastian bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Kejadian ini berlaku genap sebulan yang lalu.
Anak keduanya dikatakan 'bergurau berlebihan' dengan kawan satu tingkatan dengannya.
Lalu ditendang diperutnya sebanyak dua kali.
Anaknya telah dibawa ke hospital daerah.
Doktor yang merawatnya kata sakit luaran sahaja.
Dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan.
Dia tidak berpuashati.
Lalu dibawa anaknya ke hospital pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Agak mengejutkan.
Keputusan CT Scan mengesahkan berlaku kecederaan dalaman yang agak serius.
Ruptured Spleen.
Dalam bahasa mudahnya; Limpanya pecah.
Rasa nak terbalik dunianya.
Pakar bedah menyatakan kecederaan dah Stage 3.
Bermakna luka lebih 3 cm dan pendarahan lebih 50 % kawasan.
Tetapi doktor pakar bedah kata tak perlu buat apa-apa.
Ambil masa dan akan sembuh sendiri.
Tak perlu pembedahan.
Tak perlu masuk darah.
Doktor pakar tak dapat beri kepastian bila akan sembuh sepenuhnya.
Namun minggu depan dia akan menjalani pemeriksaan CT Scan sekali lagi.


Dalam tempoh itu,
Ibunya minta anaknya dicutikan.
Secara luaran anaknya nampak sihat,
dan dalaman pun rasanya sihat.
Sebab anaknya langsung tak mengadu apa-apa,
sakit tidak rasa penat pun tidak.
Tetapi dia masih risau.
Kalau boleh dia nak keluarkan anaknya daripada asrama.
Kalau boleh dia nak anaknya bersekolah didepan rumahnya.
Tetapi anaknya tak nak.
Anaknya masih seronok bersekolah asrama.

Dalam tempoh itu,
hampir semua orang besar disekolah,
malah orang besar daripada Kuala Lumpur pun datang melawatnya di rumah.
Macam-macam kata semangat diberikan,
tetapi dia masih tidak berpuashati.
Laporan polis telah dibuat.
Ibubapa pihak yang menendangnya pun sanggup bertanggungjawab.
Malah sanggup menanggung kos rawatan.
Tetapi dia masih tidak berpuashati.
Lalu dia datang kepadaku.
Nak tahu apa pendapatku.

Aku kenal sangat doktor pakar bedah yang merawatnya.
Sangat-sangat berpengalaman.
Dan jika dia kata tak perlu buat apa-apa,
memang tak perlu buat apa-apalah.
Takkanlah nak suruh aku hantar ke doktor lain untuk minta dibedah.
Alhamdulilah ibu ini dapat menerima penjelasanku.
Aku kata hantarlah dia balik ke asrama.
Dah lama sangat tertinggal pelajarannya.
Musykil juga aku.
Biasa kecederaan begini berkait dengan kemalangan jalan raya sahaja.
Entahlah budak zaman sekarang ni.
Macam-macam hal.

Ini pula kisah kawan sekolahku.
Kawan masa sekolah menengah dulu.
Kawan satu group Whatsapp.
Juga pesakitku juga.
Dalam heboh pasal budak sekolah dilarikan lelaki bermotosikal,
Anaknya tidak balik ke rumah dan tidak dapat dihubungi.
Mungkin kerana panik dan risau,
Suaminya pos status kat FB.
Lepas tu jadilah viral dalam FB.
Juga dalam group-group Whatsapp.
Itulah.
Siapa yang tak sayang anakkan?


Sehari selepas kecoh dalam FB,
Anaknya akhirnya dijumpai selamat.
Macam-macam cerita telah disampaikan dalam media sosial.
Ada yang kata anaknya pergi ke Nusajaya.
Ada yang kata anaknya bermalam dirumah kawan.
Ada yang kata anaknya melepak di Computer Center.
Dan Harian Metro pula melaporkan anaknya pergi Qiamulail disurau.
Aku tahu cerita sebenar tetapi aku tak naklah cerita di sini.
Ini hal anak-beranak.


Semalam suami dia mengeluarkan kenyataan baru diFB.
Berterima kasih kerana anaknya telah selamat kembali ke rumah.
Berterima kasih kepada semua pihak yang membantu.
Beliau juga telah dinasihatkan oleh pihak polis,
jangan mudah mengeluarkan statement begini dimedia massa.
Walaupun nampak ada kebaikan.
Tetapi ada juga keburukannya.
Kena selidik dan siasat dahulu betul-betul.
Jangan terus tulis dalam FB.

Seminggu dua ini banyak kes dirujuk kepadaku oleh pihak klinik kesihatan.
Ada beberapa pesakit datang membawa borang ujian makmal.
Minta ambil darah untuk ujian kolesterol.
Khabarnya mesin diklinik kesihatan telah rosak.
Salah seorang daripadanya adalah seorang pakcik berusia 77 tahun.
Pakcik ni mengadu kurang selera makan.
Jadi doktor suruh buat ujian kolesterol juga ujian-ujian yang lain.
Kedua-dua belah tangannya banyak kesan suntikan jarum.
Nurse dikerajaan dah cucuk 4-5 kali tetapi tak dapat darahnya.
Lalu dinasihatkan datang ke klinik swasta pulak.
Maka sampailah beliau kepadaku.
Datang diiringi anak dan menantunya.
Aku cakap kat anaknya,
aku tak nak cucuk pakcik ini.
Kasihan.
Lagipun pakcik ni nampak masih sihat lagi.
Kalau ayahku masih hidup fizikalnya lebih kurang pakcik ini jugak masa sihatnya.
Apa perlunya ujian kolesterol untuk pakcik berusia 77 tahun?
Adakah ujian kolesterol yang akan dilakukan akan memanjangkan hayatnya?
Adakah ubat kolesterol yang akan dimakannya akan memanjangkan hayatnya?
Adakah patut aku cucuk pakcik ni beberapa kali semata-mata nak tahu paras kolesterolnya?
Aku sekadar beri kauseling sedikit kepada anak dan menantunya.
Sebelum balik pakcik itu sempat bersalam denganku.
Genggamannya masih kuat.
Aku harap semangatnya pun begitu juga.
Carilah apa-apa vitamin yang patut.
Mungkin ada yang tak setuju denganku.
Tetapi kalaulah pakcik ini ayahku,
Itulah yang akan aku lakukan kepadanya.
Takkanku bawa ke hospital.
Menunggu sampai berjam-jam.
Dicucuk sana dan sini.
Dan akhirnya apakah kesudahannya?


1 ulasan:

  1. Assalam doc..
    Baca kisah doc dgn pesakit hari ini.. mengingatkan sy pd dia kisah :
    Kisah 1 : anak kwn sy menjadi mangsa buli smasa di sek rendah. Akibatnya pankreas pecah dan kini bergantung kpd insulin.
    Kisah 2 : sepupu sy berusia awal 70-an.. ditegur kwnnya apabila mnjaga pemakanan.. kwnnya kata, ko nak hidup brp lama lagi? Sejak tu, apa dia nak mkn, dia mkn jer.. hehehe

    BalasPadam