Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 September 2016

Aku dan Projek Hari Ini

Dalam beberapa hari ini aku dapat rasakan.
Kereta aku dah tak berapa sejuk.
Ada demam sikit.
Angin sejuknya kejap rasa kejap tak rasa.
Paling teruk selepas sembahyang Jumaat tadi.
Letak suhu paling minimum pun masih terasa panas diluar.


Setiap kali aircond kereta aku bermasalah,
aku pasti ke kedai ini.
Kedudukan kedainya agak tersorok.
Kedainya buruk sahaja.
Signboard pun dah sangat pudar.
Kain merah yang digantung disekelilingnya pun dah sangat lusuh warnanya.
Tetapi tuan kedainya tetap ramah seperti selalu.
Tengok muka tauke kedai terus hilang sakit.


Walaupun aku dah sangat lama tak kekedainya,
beliau masih ramah menyapa.
Bertanya soalan-soalan macam dah lama kenal.
Padahal dia ingat-ingat lupa dengan muka aku ini.
" Tauke, kereta tak sejuklah. "
" Lu start enjin, saya kasi tengok. "
Sekelip mata sahaja dia dah tahu puncanya.
" Lu tengok, kipas sebelah sudah tak pusing. "
" Berapa tahun sudah pakai ini kereta? "
" 8 tahun tauke. "
" Biasalah. " 


Senang hati aku bila dia tahu puncanya.
Senang aje dia mencari puncanya.
Konfiden aje diagnosisnya.
Selepas sejam kipas dan motor baru siap dipasang.
Kena tunggu lama sebab nak beri enjin sejuk dulu.
Kalau tidak terbakar tangan nak bukak skru.


Selepas tu dia check gas juga filter.
Tengoklah filter aku yang 8 tahun tak pernah tukar.
Penuh dengan daun kering.
Memang patutlah kalau dah tak sejuk.


Alhamdulilah panjang lagi umur kereta aku.
Aku masih belum cadang nak tukar baru.
Aku dah tengok Accord paling baru.
Hanya upgrade luaran dan dalaman sahaja.
Enjin masih tetap sama.
Walaupun dah 8 tahun bersamaku,
mileage baru jejak 100k.
Berdesup lagi perginya kalau kat lebuhraya.
Cuma masa duduk menunggu enjin sejuk,
sempat juga aku belek-belek majalah kereta kat kedai.
Harga Evoque recond dah masuk kategori mampu milik.


Salam Hari Jumaat kawan-kawan.




1 ulasan:

  1. apalagi bro..g book evoque kt M motor.kali ni pastikan round neck t-shirt pun dia bagi ya.amik dgn dealer dia jgn slsman

    BalasPadam