Langkau ke kandungan utama

Aku di Copthorne Cameron Highlands

Pagi hari Selasa.
Aku bertolak meninggalkan Kulai dan menuju ke utara.
Aku nak ke Cameron Highlands.
Aku lebih rela tambah pemanduan 30km menuju exit Simpang Pulai.
Daripada melalui jalan-jalan berliku kalau ikut exit Tapah.
Perjalanan melalui lebuhraya adalah sangat lancar.
Sehinggalah jalan menuju ke Cameron Highlands.
Ada jalan sedang dibaiki akibat tanah runtuh.
Tinggal jalan selorong yang sempit.
Yang digunakan secara bergilir-gilir.
Jadi bersabarlah.
Suhu diluar tingkap turun daripada 35 kepada 26 darjah.
Teringat suhu di Seoul, Korea.
Bilalah dapat kembali lagi ke sana?


Kira-kira 3km menuju hotel penginapan,
Jalan mula jem teruk.
Jarak 3km ibarat 30km.
Pergerakan cuma 5km/jam.
Tersengguk-sengguk mendaki bukit.
Puncanya kenderaan yang diletak ditepi-tepi jalan sekitar pasar Kea Farm.
Jem ini berterusan sampailah ke Brinchang dan Tanah Rata.
Nasib baik hotel aku berada di Kea Farm sahaja.
Kalau diTanah Rata malamlah baru sampai.


Hotel Copthorne.
Luarannya nampak usang.
Tapi dalamannya masih terjaga.
Landskapnya pun cantik.
Urusan daftar masuk tak susah.
Lagipun aku dah bayar guna Agoda.
Tunjukkan ic sahaja.
Walaupun jam dah hampir 5 petang,
Bilik aku belum siap.
Kena tunggu dalam 15 minit.


Ketika anak-anak duduk melepak kat Cafe,
Aku ikut wife ke pasar di simpang masuk.
Jalan kaki sahaja.
200m jaraknya.
Beli sayuran segar,
Beli jagung manis,
Beli keledek madu,
Bunga dan key chain sahaja yang tak beli.
Yang lain-lain wife beli.


Pukul 5.30 petang.
Bilik aku siap sedia.
Aku ambil apartment 2 bilik.
Siap dengan ruang rehat, meja makan juga pantri.
Balkoni pun ada.
Microwave dan peti sejuk pun ada.
Jadi sangat sesuai untuk aktiviti masak-masak dan makan-makan.


Lepas maghrib,
Aku cuba nak ke Tanah Rata.
Nak tengok apa yang ada.
Tetapi separuh jalan aku patah balik.
Kenderaan sangat banyak.
Kelajuan hanya 3km/jam.
Tengah malam baru sampai kalau diteruskan.
Aku patah balik ke Cameron Square.
Tarikan moden baru di sini.
Tapi apa yang ada?
Cuma ada pameran orkid.
Kedai pun tak banyak yang dah bukak.


Tak sampai sejam,
Aku dah sampai semula dibilik.
Suhu sejuk 19 darjah.
Memang sesuai duduk dalam bilik sahaja.
Memang sesuai untuk makan benda yang panas-panas.


Kalau petang tadi makan lauk-lauk raya yang dipanaskan,
Malam aku buat steamboat dibilik.
Masak udang dan sotong,
Masak sayur-sayuran segar.
Tanpa sedar dua periuk pun boleh habis.


Esok tak tahu lagi apa aktiviti.
Kalau jalan masih jem,
Lebih baik aku turun dan buat aktiviti lain.

Bersambung...





Ulasan

  1. saya memang tak sanggup naik CH masa musim cuti sekolah..hahaha.
    Udang & sotong tu beli kat Brincang atau bawak dari johor?

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…