Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 September 2016

Aku di Light Sensation MEPS Serdang


Pagi hari Khamis.
Aku masih berada diPutrajaya.
Langsung takda perancangan.
Otak pun kosong.
Tak tahu nak buat apa.
Apa-apapun kita bersarapan dahulu.
Cari idea.
Cari lokasi untuk dilawati.
Tapi aku nak cakap satulah.
Sarapan di sini memang berbaloi.
Pilihannya banyak.
Ada Nasi Goreng Kampung.
Ada Spagetti Daging.
Ada Nasi Lemak.
Ada Ayam Masak Merah.
Ada Sayur Bayam Goreng.
Pendek kata,
Sarapan campur makan tengahari sekali.
Memang kekenyangan.


Pukul 2 petang.
Aku baru checked out daripada bilik hotel.
Singgah ke IOI City Mall dahulu.
Window shopping sambil cari ole-ole.
Aku dah berhenti beli alat permainan.
Almari aku dah penuh.
Lagipun harga semakin mahal sekarang.
Mainan tiruan daripada China pun harga ratus-ratus.
Langsung tak berbaloi.


Pukul 5.30 petang.
Aku sampai di MEPS Serdang.
Nak tengok pameran.
Light Sensation.
Aku pun tak faham.
Kenapa perlu letak kereta jauh-jauh.
Lepas tu kena beratur naik bas.
Walaupun percuma,
Aku kasihan yang datang lewat malam.
Kena beratur panjang.
Disebelah dalam banyak lagi ruang letak kereta.
Tetapi ditutup.
Ingin juga aku tahu sebabnya.


Masa aku datang orang belum ramai lagi.
Bas dah sedia menunggu.
Tinggal naik sahaja.
Tak perlu beratur panjang seperti masa aku nak balik.
Bayaran masuk ialah RM 20 seorang.
Berbaloi ke tidak tunggu aku cerita selanjutnya.


Diatas padang dilereng bukit.
Dicacakkan kira-kira suku juta bunga ros LED.
Yang dinyalakan selepas jam 7:15 malam.
Sebelah siang memang tak nampak cantiknya.
Tetapi bila dah malam gelap.
Baru nampak kecantikan dan keunikannya.


Semakin malam pengunjung semakin ramai.
Masing-masing dengan gajet masing-masing.
Posing sana, posing sini.
Kalau nak suruh professional photographer ambilkan pun boleh.
RM 20.00 untuk sekeping gambar.


Selain tarikan utama,
Ada juga tarikan sampingan.
Ada restoran untuk makan dan duduk sembang-sembang.
Ada arca-arca berkaitan cinta.
Ada menara untuk dipanjat.
Ada Ferris Wheel.
Ada permainan extreme.
Ada barisan Foodtruck menjual makanan segera.


Belon dijual pada harga RM6 sebiji.
Bunga ros LED dijual pada harga RM25 sekuntum.


Selepas puas bergambar dan bateri phone semua semakin nazak,
Aku pun beransur pulang.
Kena beratur untuk naik bas ke tempat meletak kereta.
Dan kena sabar untuk keluar daripada tempat letak kereta.
Kenderaan yang nak masuk semakin banyak.
Dan tiada penunjuk arah untuk jalan keluar.

Pukul 12.30 pagi.
Aku tiba diKulai.
Walaupun kenderaan banyak dijalan raya,
Tetapi perjalanan adalah lancar.
Demikian cerita percutianku kali ini.
Hampir semua yang aku harap aku dapat pada percutian kali ini.
Lapang sikit kepala.
Tapi dalam bercuti pun ramai juga yang bertanya.
Bila nak masuk klinik?
Yang tanya MC pun ada.

Semoga berjumpa lagi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan