Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 September 2016

Aku ke JDT Cafe Dataran Bandaraya

Lama aku tak buat entri pasal makan.
Jom kita terjah restoran ini.


Petang Jumaat yang redup.
Aku bawa anak-anak bujang aku ke JDT Cafe di sebelah Dataran Bandaraya.
Restoran berkonsepkan team JDT.
Malah kepunyaan team JDT.
Restoran ini letaknya betul-betul disebelah padang latihan team JDT.
Kalau nasib baik boleh tengok mereka berlatih.
Kalau nasib lagi baik boleh salam dan minum-minum dengan mereka.
Kalau nasib sangat baik boleh jumpa dengan TMJ.


Restoran ini mula dibuka pada 1 Jun yang lalu.
Berkonsep terbuka dan santai.
Masa aku datang meja banyak yang kosong.
Mungkin sebab team JDT tak datang berlatih hari ini agaknya.
Memandangkan pelanggan tak ramai,
layanan diberikan sangat pantas.


Pilihan menu agak banyak juga.
Hidangan tempatan juga makanan barat.
Pilihan minuman pun sama.
Sesuai untuk tekak yang tua dan yang muda.


Sementara menunggu hidangan disiapkan,
aku pusing-pusing seluruh restoran.
Memang cantik, bersih dan kemas.
Warna merah, biru dan putih memang sedap mata memandang.
Tiang gol dijadikan pintu masuk.
Rumput tiruan dihampar dipintu masuk.
Beberapa kontena disusun dan dijadikan ruang makan.
Dan yang penting,
ada ruang pemandangan dibawah dan tingkat atas untuk melihat padang latihan.



Lihat senarai menu hidangan.
Harga adalah berpatutan.


Anak sulung aku mencuba Spaghetti Bolognaise.
Anak bungsu aku mencuba Nasi Goreng Kad Merah.
Manakala aku mencuba Char Kuay Teow.


Rasa masakannya boleh tahan sedap.
Begitu juga dengan food presentation nya.



Dekorasi: 8/10
Makanan: 7/10
Layanan: 8/10
Harga: 7/10
Suasana: 8/10

Keseluruhan: 38/50

Aku pasti akan datang lagi.
Bukan sebab makanannya sahaja.
Tetapi sebab nak tengok team JDT berlatih.
Mungkin lepas ni aku nak ke restoran Safiq Rahim pulak.
Khabarnya makanannya pun boleh tahan sedapnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan