Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Oktober 2016

Aku dan Hari Terakhir di Tahun Hijrah 1437

Hari ini aku bangun awal.
Maklumlah hari terakhir di tahun hijrah 1437.
Kena cari azam baru.
Kena buat azam baru.
Tapi sebenarnya ada sebab lain.
Aku dah janji dengan anak dara aku.
Nak kena melawatnya diasrama hari ini.
Walaupun minggu lepas dah jumpa,
minggu ini kena datang lagi.
Untung budak duduk asrama zaman sekarang.
Tak macam zaman aku duduk asrama dulu.
Sebulan sekali emak dan abahku datang.
Itupun naik motor kapcai sahaja.
Setiap kali datang kena berpanas.
Kadang kena hujan.
Alfatihah untuk arwah abah.
Pemergiannya genap 40 hari semalam.


Memandangkan hari ini boleh bawa dia keluar asrama.
Juga anak sulung pun ada bercuti dirumah,
aku cadang nak masak sesuatu yang special. 
Nak berkelah di muara Sungai Muar.
Jadi pukul 7.00 pagi aku dah berada didapur.
Memasak kerang-kerangan.
Memasak udang dan ketam.
Merebus sayuran.
Ini kali ketiga aku masak resepi ini.
Makin mudah kerjanya.
Dan hasilnya tetap menyelerakan.


Pukul 10 pagi aku bertolak daripada rumah.
Pukul 12.30 tengahari baru sampai diasrama.
Kenderaan agak banyak dilebuhraya.
Maklumlah ada cuti berganda-ganda.
Selepas mengambil dia diasrama,
aku bawa mereka semua ke Dataran Emas.
Cuaca sangat panas dan angin pun takda.
Tetapi bila perut dah lapar,
Cuaca langsung tak jadi masalah.
Kami makan Modified Shell-Out resepi orang Jawa.
Masak satu-satu.
Lepas tu gaul.
Letak dalam dulang dialaskan daun pisang.
Itu tak penting.
Yang lebih penting perut dah lapar.
Baru nak menyuap makanan,
Seorang hamba Allah datang menyapa.
Ingat nak tanya resepi,
Rupa-rupanya nak promote ajak makan pizza percuma.
Kami orang Melayu dik!
Kami makan nasi aje!


Lepas siap makan tengahari,
kami berjalan-jalan di Wetex Parade.
Dah lama sangat aku tak masuk Wetex Parade.
Tempat favourite masa aku kerja Houseman dahulu.
Suasananya dah makin moden.
Kedai-kedainya pun dah makin cantik.
Dah makin banyak kedai menjual barang-barang berjenama.
Seperti biasa mencari keperluan anak duduk asrama.
Ada aje barang yang tak cukup.


Pukul 5 petang aku kembali semula ke asrama.
Esok masih hari cuti.
Anak-anak sibuk mengajak ke Banda Hilir Melaka.
Tetapi aku rasa mesti jem punya.
Tak payahlah.
Kita cari tempat lain.


Memandangkan esok masih hari cuti,
aku malas nak balik awal.
Aku langsung singgah di UTHM Batu Pahat.
Ada karnival Gerak Usahawan.
Khabarnya macam-macam ada di sana.
Artis pun ramai.


Aku sampai hari dah Maghrib.
Karnival pun dah hari terakhir.
Gerai-gerai kebanyakannya dah bungkus.
Pengunjung pun dah tak ramai.
Tinggallah gerai-gerai menjual lokal brands.
Stickybox, Kukubesi, SouthernTigers, Markaz BOS.
Dan beberapa brand baru yang aku tak kenal.
Gerai-gerai pameran semua dah siap dikemaskan.
Lepas isyak ada Forum Perdana khabarnya.
Datuk Rosyam Nor jadi panel.
Tapi memandangkan aku tak dapat apa-apa,
Dah marilah kita balik.


Diluar ada deretan foodtrucks menjual makanan dan minuman.
Kat mana-mana dah mula famous gerai jualan foodtruck ni.
Menjual makanan yang spesifik tetapi unik.
Nama mereka pun pelik-pelik.
Ruang makannya pun sama.
Rasa macam berada diluar negara perasaannya.


Pukul 10.30 malam aku tiba dirumah.
Dan hari ini sepanjang hari aku duduk dirumah sahaja.
Memang takda aktiviti apa-apa.
Cuaca pun panas kering tanpa angin.
Memang sesuai untuk berhibernasi.

Salam Maal Hijrah kawan-kawan!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan