Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Oktober 2016

Aku dan Yang Viral Minggu Ini

Awal minggu ini kita seronok membahan.
Celebriti yang menggunakan PHD palsu.
Celebriti yang menjadi doktor palsu.
Teruk dia kena hentam.
Teruk dia kena bahan.
Tetapi untung dia duduk di Malaysia.
Yang back up dia pun ramai.
Dia dah banyak berjasa.
Dia dah banyak mengkayakan orang melayu.
Sesekali menipu apa salahnya.
Bukannya rugi apa-apapun.
Itulah ikut logik alasannya.
Tetapi tanpa PHD nya itu.
Adakah orang sanggup membayar beribu-ribu,
malah berpuluh ribu,
semata-mata nak berguru dengannya.
Aku sebenarnya dah malas nak menulis pasal hal-hal sebegini.
Lantaklah.
Kerana bangsa melayu memang mudah lupa.
Sekejap sahaja senyaplah ribut yang melanda Azizan Osman.
Terutama bila timbul isu baru yang lebih panas.


Pagi ini aku dikejutkan.
Dengan rampasan terbesar SPRM Sabah.
Sampai tak muat meja nak letak duit ringgit.
Duit banyak ini biasanya tauke-tauke dadah sahaja yang boleh kumpul.
Kumpul dan simpan didalam rumah.
Tetapi ini bukan kes rampasan dadah.
Ini kes penjawat awam.
Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan dan timbalannya.
Wang tunai sahaja 52 juta ringgit.
Berkepok-kepok duit disimpan dirumahnya.
Bukan setakat duit,
beg-beg berjenama,
kereta-kereta mewah,
perhiasan emas,
geran tanah.
Itu belum kira lagi harta yang diluar negara.
Kazasthan, Kongostan, Goheadgostan.


Aku tak dapat bayangkan.
Rumahku dipenuhi dengan duit sebanyak ini.
Semua almari penuh dengan duit.
Sana sini nampak duit.
Pendekkata,
tidur atas duit.
Makan atas duit.
Mandi pun atas duit.


Hebat penjawat awam yang seorang ini.
Semua projek kerajaan dibawah kawalannya disapunya sendiri.
6 tahun lamanya dia buat kerja.
3.3 billion nilai projek-projeknya.
Inilah manusia.
Bila wang telah membutakan mata hatinya.
Ada yang kata.
Allah menguji manusia dengan berbagai cara.
Ada yang diuji dengan kemiskinan.
Ada yang diuji dengan kekayaan.
Ada yang diuji dengan pangkat kebesaran.
Ada yang diuji dengan pengaruh dan tanggungjawab. 
Ketika ramai rakyat marhaen membanting tulang empat kerat,
ketika rakyat marhaen bergelumang dengan peluh dan keringat,
bekerja siang dan malam demi gaji minimum 900 ringgit,
ada yang hidupnya bergelumang dengan wang ringgit.
Lantaklah kalau itu rezeki dan hak dia.
Tetapi ini bukan hak dia.
Ini hak masyarakat.
Ini duit rakyat.
Tetapi ada dia peduli?


Di laman sosial dah mula viral,
soalan KBAT Matematik.
Kalau SPRM mengambil masa 15 jam untuk mengira wang 52 juta,
berapa pula masa untuk mengira 2.6 billion?
Jawapan aku senang sahaja.
Datanglah kerumah aku.
Mari kita kira bersama-sama.


Malaysia oh Malaysia.



2 ulasan:

  1. syok kan klu duit belambak begitu kat rumah ....

    BalasPadam
  2. la ni rasa nak marah saja bila baca tv,tgk surat khabar...grrrrrrr kata kucing saya. Senang jadi manusia.Songlap,rasuah bermaharajalela.Duit berlambak bergunung tu mai dari mana? Bank mana yg dapat keluarkan duit sebanyak itu tanpa ada sekatan Bank Negara?

    BalasPadam