Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Aku dan Penang Revisited

Imej
14 Julai 2017. Aku memandu ke Utara. Aku dapat tajaan untuk menghadiri seminar di Pulau Pinang. Aku memang dah lama tak ke Pulau Pinang. Terakhir kira-kira 3 tahun yang lalu. Dah terbayang-bayang Rojak Pasembor di Padang Kota. Itu antara sebabnya aku terima tajaan tersebut. Tajaan tersebut termasuk dengan tiket kapalterbang sekali. Tetapi aku lebih suka memandu. Sebab bila memandu sendiri, aku taklah terikat sangat dengan program mereka.

Pukul 3pagi aku bertolak daripada Johor
dan tiba di UTP kira-kira jam 9 pagi.
Aku nak melawat anak sulungku yang dah lebih 3 tahun belajar di sini.
Ini baru kali ke 3 aku sampai di sini.
Memang jarang aku menziarahnya,
maklumlah Ipoh bukannya dekat.
Dah sampai sini,
mula-mula kenalah cari sarapan dahulu.
Aku nak try Mee Rebus Ramli yang famous di sini.
Aku jumpa kedainya.
Tak pasti cawangannya yang mana.
Sebab Waze yang tunjuk jalan.
Mee Rebus orang Perak memang lain daripada Mee Rebus Johor.
Kuahnya agak cair tetapi rasanya bolehlah tahan.


Lepas sar…

Aku dan Aidil Adha 1438

Imej
Selepas kematian ayahku lebih setahun yang lalu,
aku semakin akrab dengan ahli keluarga adik-beradik tiriku.
Masa bulan Syawal tempohari, Aku ada singgah ke rumah mereka selepas menghantar anakku balik asrama. Aku datang berdua sahaja.
Silap aku sebab sebelum datang aku telefon dahulu.
Bukannya nak minta makan,
tapi nak pastikan mereka ada dirumah. Mereka ingat aku datang ramai-ramai, aku bawa emak dan adik-beradik aku yang lain. Mereka buat persediaan macam-macam.
Ada Mee Hoon Soto,
Ada Laksa Penang,
kuih-muih juga buah-buahan.
Memang tak terhabis aku nak makan berdua.


Jadi Aidil Adha tahun ini aku tak beraya di rumah emak.
Aku nak ajak seluruh keluarga aku beraya dikampung.
Aku nak pecah sejarah.
Walaupun abah dah takda,
legasi keluarga kena diteruskan. Pagi hari raya tahun ini aku beraya dirumah sendiri. Lepas sembahyang sunat raya, aku memasak untuk dibawa ke kampung. Aku ni memang gila.
Resepi raya entah hapa-hapa.
Raya tahun ni aku masak Shell-Out.
Udang, ketam, kupang, kerang …

Aku Kehilangan Idolaku

Imej
Dr Ahmad Yusop abang iparku.
Abang kepada isteriku. Semasa aku masih seorang pelajar perubatan, Beliau telah menjadi idolaku. Aku nak menjadi seorang doktor sepertinya. Buku-buku perubatannya banyak yang diturunkan kepadaku. Bila aku nak kena siapkan assignment masa posting di JB, komputer dan printer dirumahnya sering aku gunakan.
Bila aku bergelar Houseman, beliau telah berhenti kerja dengan kerajaan dan membuka kliniknya sendiri. Dikliniknya aku mula belajar selok-belok nak menjadi doktor GP yang berjaya. Walaupun aku masih seorang junior doctor, Beliau yakin dengan aku. Beliau sering membenarkan aku membuat locum dikliniknya. Setiap kali dia nak bercuti, Akulah yang disuruh mengambil-alih menjaga kliniknya. Beliau tidak lokek dengan bayaran.
Bayarannya memang lebih banding locum ditempat lain. Selain dibayar ikut jam, Aku juga mendapat bonus harian. Beliau memang tak pernah berkira denganku.

Semasa aku berkira-kira nak membuka klinik sendiri, Aku banyak menimba ilmu daripadanya. …

Aku dan Kanser Burkitt Lymphoma

Imej
Ini kisah abang iparku.
Berusia awal 50-an.
Antara orang yang paling rajin dikalangan ahli keluargaku.
Pantang ada apa-apa majlis atau aktiviti keluarga,
dialah yang paling aktif.
Dia juga sangat ramah.
Hampir semua orang kampung mengenalinya.

Pada awal Februari 2017 beliau mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi.
Rasanya inilah pertama kali beliau menyertai rombongan seperti ini.
Dalam group WA keluarga,
beliau cukup gembira dan seronok menjelajah Pulau Langkawi.
Sekembalinya beliau daripada bercuti,
beliau mula mengadu lemah-lemah badan.
Ada sedikit demam tetapi yang paling nyata badannya sakit-sakit.
Satu malam isterinya perasan,
ada banyak kesan lebam diseluruh badannya.

Awal pagi hari yang sama,
beliau dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kluang.
Ramai ingat dia mungkin kena demam denggi.
Dua kali ujian darah dilakukan,
doktor takut mungkin ada kesilapan dalam ujian.
tetapi benar darah plateletnya cuma 8 ribu sahaja.
( Normal 150-400 ribu )
Demam denggi biasanya jarang dibawah 10 r…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Baru sehari dua tulis blog,
perasaan dah kembali berkecamuk.
Semalam hari Ahad.
Banyak klinik sekitar bandar yang tak buka.
Jadi pesakit aku agak ramai juga.
Terutama pada sebelah petang dan malam.

Aku memang tak kisah kalau pesakitku ramai.
Tetapi mestilah sakit.
Bukannya datang klinik atas perkara-perkara yang lain.
Tapi semalam keadaannya agak extreme.
Sampai aku rasa malas sangat dah nak duduk kat klinik.
Rasa macam nak lari dan tinggalkan klinik.
Pergi jahanam kepada para pesakit yang sedang menunggu.
Aku siap dah suruh staf tutup sahaja kaunter pendaftaran.
Tetapi memandangkan tanggungjawab punya pasal,
aku cekalkan hati dan tunggu sampai malam.

Awal pagi kenalan lama daripada kampung dah call aku beberapa kali.
Nak minta tolong katanya.
Anaknya bersekolah dimadrasah.
Mungkin nak jadi ustaz agaknya.
Jumaat lepas dia dah bawa anaknya keluar asrama tanpa kebenaran.
Ada majlis perkahwinan anak saudara katanya.
Dia minta aku tolong cover dengan MC untuk anaknya.
" Doktor cakap…

Aku dan City of Perth: Hari Keempat

Imej
3 APRIL 2017


Hari ini hari terakhir aku di Perth. Pukul 8.30 pagi semua orang dah berkumpul di stesen bas depan apartment. Tour guide kami Kak Manja nak bawa kami ke Malaysia Hall dengan menaiki bas awam. Memandangkan hari ini hari Isnin, kami sama-sama berebut naik bas dengan warga Perth yang hendak pergi bekerja. Perkhidmatan bas disini adalah percuma. Langsung tak payah tiket. Naik sahaja. Kalau nak turun pun sama. Tak payah tekan loceng. Bas akan berhenti disetiap stesen tanpa gagal. 

Laluan bas ditentukan oleh kod warna. Hijau, kuning, biru dan merah. Kena belajar sedikit pasal laluan untuk tahu dimana nak naik, turun ataupun nak kena tukar bas. Setiap bas dipantau oleh GPS. Dan disetiap stesen ada display yang akan memberitahu bila bas akan sampai. Bila bas sampai, satu bas penuh dengan orang Malaysia sahaja. Riuh-rendah dengan semua makcik-makcik yang sangat teruja sambil bersembang. Tak seperti warga tempatan yang tekun dengan earphone masing-masing. Mula-mula aku naik bas ku…

Aku dan City of Perth: Hari Ketiga

Imej
Aktiviti hari ini ialah aku akan ke Pelabuhan Freemantle untuk mencari souvenir, makan Fish&Chips juga melawat Central Market. Pelabuhan Freemantle terletak kira-kira sejam perjalanan dengan menaiki keretapi. Mula-mula aku kena naik bas untuk ke stesen keretapi. Lepas tu barulah beli tiket distesen. Memandangkan aku ada tour guide, jadi aku taklah pening kepala. Aku ikut sahaja arahan mereka. Tahu-tahu dah naik keretapi.

Sistem pengangkutan di sini adalah paling terbaik dan tercekap pernah aku naiki. Basnya semuanya baru-baru. Keretapinya pun sama. Serba baru. Perjalanan keretapi menuju Freemantle melalui pekan-pekan kecil. Rumah-rumah disini kebanyakannya cuma setingkat sahaja dan berbumbung rendah. Semua rumah ada laman masing-masing dan tidak berpagar. Rumput dijaga rapi dan kebersihan di sini memang tip top. Rasa nak sahaja berhijrah ke sini.

Kira-kira jam 10 pagi, aku tiba di Freemantle. Semua orang terus menuju ke kedai souvenir di E Shed Markets. Perjalanan sejauh 300 mete…

Aku dan City of Perth: Hari Kedua

Imej
1 APRIL 2017:


Hari keduaku di Perth bermula seawal jam 6 pagi. Pukul 6.15 pagi dah habis waktu subuh manakala sarapan sampai di bilik penganjur sekitar jam 8.00 pagi. Sepanjang berada di sini, aku memang cukup makan. Tiga kali sehari. Makanan disediakan oleh katerer daripada Kedah yang dah lama menetap di sini. Rasa masakannya biasa-biasa sahaja. Redha sahajalah. Yang penting kenyang dan halal.

Pukul 9.00 pagi, bas pun tiba untuk membawa aku ke lokasi pertamaku hari ini. Caversham Wildlife Park. Yang paling menarik di zoo ini ialah disiplin pekerjanya juga kebersihannya. Zoo paling bersih pernah aku pergi juga staf-staf yang paling tak lokek dengan senyuman.  


Bila dah dapat masuk, aku terus menjelajah seluruh kawasan zoo. Rimbunan pokok-pokok hijau juga landskapnya lebih menarik perhatianku berbanding haiwan-haiwan yang ada di sini. Ada 3 haiwan yang menjadi pujaan di sini. Kangaroo yang dilepaskan bebas tetapi mesra pengunjung, koala yang pemalu juga wombat yang seperti tupai gerga…