Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Aku dan Kisah Range Rover Evoqueku

Imej
Sejak 2015 lagi, aku dan wife dan mula mengidam untuk mendapatkan kereta ini. Ketika kawan-kawan lain sibuk dengan BMW dan Merc, aku tertarik dengan kereta ini. Tetapi ketika kawan-kawan lain sudah bergaya dengan kereta masing-masing, aku hanya dapat memiliki modelnya sahaja. Siap dengan remote control. Aku beli di Melaka Premium Outlet. Aku letak diatas meja bilikku. Untuk aku jadikan perangsang untuk bekerja lebih gigih. Satu hari aku pasti akan memilikinya.

Akhir tahun 2015,
aku mula membuat kajian.
Majalah kereta aku beli untuk mendapatkan perbandingan harga.
Juga spesifikasi pilihan yang ada untuk kereta ini.
Namun sebelum 2016,
kereta-kereta jenis ini jarang kelihatan di Johor.
Kebanyakannya berada di Kuala Lumpur.
Kalau ada di kedai-kedai kereta pun hanya satu dua sahaja.
Itupun dengan harga yang melambung.
Pernah beberapa kali aku ternampak kereta ini di kedai.
Bila aku tanya kebanyakannya dah berpunya atau sudah ditangan orang.


Akhir tahun 2016, aku kembali aktif mencari ker…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Al kisah.
Pada satu malam hari isnin yang panjang.
Jam dah hampir sepuluh malam.
Minda dan perasaan dah hampir sampai dirumah.
Lebih 60 pesakit yang aku rawat hari ini.
Macam-macam hal dan karenah.

Datang seorang pesakit.
Lelaki awal 30-an yang segak.
Awal bulan ini dia dah datang ke klinik.
Sakit kepala migrain katanya.
Bulan lepas pun ada datang.
Sakit kepala juga.
Dia baru dapat anak sulung katanya.
Jadinya kurang tidur sebab ada baby dirumahnya.

Lewat malam dia datang.
Mengadu satu hari tak boleh bangun.
Demam dan sakit kepala.
Rasanya ubat yang aku beri sebelum ini masih ada lagi.
Dia sibuk cerita simptom-simptom yang pagi tadi.
Pening lah,
Nak muntah lah,
Demam lah.
Tapi itu cerita pagi tadi.
Malam ni dah ok.
Sebab tu baru boleh sampai klinik.

Aku check pun dah takda demamnya.
Tekanan darahnya pun normal.
Aku cuma beri ubat PCM sahaja.
Itu sahaja.

Kat kaunter dia baru berani cakap nak ambil MC.
Staf aku antara berani dengan tidak bertanya kat aku,
kerana mereka pun tahu jawapan…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Dua bulan ini ramai betul orang datang klinik untuk mendapatkan suntikan umrah. Rasanya lebih 50 orang. Kesemuanya hendak menunaikan umrah hujung tahun ini. Musim cuti sekolah. Juga cuaca yang agak sejuk, menyebabkan ramai yang suka ke Mekah dihujung tahun. Mana yang ingat aku, sekembalinya mereka daripada umrah pasti akan menghantar buah tangan ke klinik. Tasbih, kurma malah air zam-zam pun sampai ke klinik. Sebelum ini aku gantung tasbih-tasbih yang aku dapat sebagai perhiasan didinding. Tetapi bila ramai bertanya dah berapa kali aku sampai ke Mekah, aku jadi keseganan. Aku simpan semua tasbih-tasbih tersebut. Malu dengan pesakit. Seumur hidup tak pernah jejak kaki ke Mekah.

Sejak akhir tahun lepas aku dah mula berkira-kira untuk ke Mekah.
Bila?
Aku belum pasti lagi.
Aku belum yakin dan bersedia.
Ke Mekah bukannya seperti pergi melancong.
Kena buat persediaan.
Spiritual dan juga mental.


Malam semalam dikawasan kejirananku,
pengerusi masjid tamanku mengadakan kursus Umrah Ekspres.
K…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Awal pagi ini seorang adik datang ke klinik ditemani ibubapanya.
Berusia 13 tahun.
Bersekolah asrama penuh nun jauh di Bandar Penawar sana.
Dia datang membawa surat rujukan.
Mohon nak dapatkan GL untuk ke hospital Pakar.

Ikut ceritanya,
Malam tadi dia mengadu sakit kaki yang amat sangat.
Wardennya membawanya ke sebuah klinik swasta 24 jam.
Doktor yang merawatnya kata tak mampu nak merawatnya,
ada kemungkinan ketumbuhan atau darah beku di betis kaki kirinya.
Lalu minta dia segera dirujuk ke klinik pakar yang berkaitan.

Dia dah panik,
wardennya pun panik.
Ibubapanya dihubungi malam itu juga.
Dan awal pagi ini mereka pun sampai diklinik aku.

Ikut ceritanya dia dah habis peperiksaan.
Jadi banyak melakukan aktiviti luar kelas.
Ada banyak naik dan turun tangga.
Jadi kakinya pun sakit.
Bila aku tengok keadaannya,
dia biasa-biasa sahaja.
Langsung tiada tanda-tanda penyakit berbahaya.
Tetapi otot betisnya memang tegang dan kejang.
Namun aliran darahnya bagus.
Jadi mana mungkin ada ketumbuhan?

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pesakit #1:

Seorang gadis berusia 15 tahun datang ke klinik.
Cantik budaknya.
Katanya jatuh masa mengemop lantai disekolah.
Ada luka kecil di kelopak mata kanannya.
Panjangnya lebih kurang 1 cm tetapi tak dalam.
Kedua-dua matanya bengkak.
Air matanya berjujuran.

“ Sakit sangat ke? “ aku bertanya.
Kawannya pula yang tolong jawabkan.
“ Dia nangis bukan sebab sakit doktor. “
“ Dia nangis sebab takut lukanya nanti berparut. “
“ Nanti kurang cantiknya...”
Lalu aku cuci dan gam lukanya.

Aku suruh kawannya snap gambar untuknya.
Dia tersenyum.
Sambil mengesat airmatanya.



Pesakit #2:

Seorang lelaki datang ke klinik.
Usia awal 40-an.
Datang membawa keputusan pemeriksaan kesihatannya yang dibuat dikilangnya.
Kesemuanya normal kecuali ada KETONE dalam sampel urinnya.
Dia dah gabra.
Dia dah tanya doktor Google.
Dia juga dah PM seorang doktor kenalannya di FB.
Tapi dia tak puashati.
Dia nak kepastian daripadaku.
Nak tahu jawapanku?

“ Kau banyak sangat minum air KETUM,
Sebab tu urin kau ada KETONE …

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Hujung minggu yang lalu, anak bungsuku habis menjalani peperiksaan akhir tahunnya. Wife aku baru siap menghantar proposal tesisnya. Rumah aku pula bersepah sebab ada sedikit renovasi sedang dilakukan. Jadi untuk melepaskan segala tekanan dan bebanan, aku bawa mereka semua berjalan-jalan. Aku ke Kuala Lumpur.

Seperti biasa, sebelum menuju ke Kuala Lumpur, aku singgah bersarapan di sini. Sarapan dengan Nasi Arab Versi 40 Hari, dan kari kambing. Restoran ini semakin hari semakin membesar. Ruang makannya semakin luas, meja pun semakin banyak. Walaupun ramai orang, layanannya cekap dan pantas. Rasa masakannya pula tetap tak berubah, cuma harganya dah semakin naik. Bila dah kenyang barulah sedap memandu kereta.

Menjelang tengahari aku pun sampai di Kuala Lumpur.
IKEA Cheras untuk lebih spesifik.
Tujuan asalnya nak tengok-tengok sahaja sambil mencari idea.
Maklumlah dah lama sangat aku tak masuk IKEA.
Tunggu IKEA Tebrau pun tak bukak-bukak lagi.
Khabarnya hujung bulan ini akan dibuka.
Seben…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Aku ada seorang pesakit.
Lelaki berusia 49 tahun.
Seorang penghidap penyakit 3 serangkai.
Kencing manis, jantung juga kolesterol.
Tapi aku bukan nak cerita pasal penyakitnya.
Itu aku dah pernah ceritakan sebelum ini.
Aku nak cerita pasal kehidupan terbarunya.

Anak-anaknya ada 4 orang.
Isteri pertamanya telah meninggal dunia kira-kira 10 tahun yang lalu.
Kematian mengejut.
Padaku kemungkinan besar serangan jantung tapi kata keluarganya,
akibat khianat.
Tiga tahun selepas itu,
beliau pernah berkahwin kali kedua dengan seorang anak dara.
Tetapi jodoh perkahwinannya tak panjang.
Mereka bercerai selepas setahun berkahwin.

Kali terakhir beliau datang ke klinik kira-kira tiga bulan yang lalu.
Masa itu beliau agak ceria.
Walaupun paras gulanya dah hampir sampai ke langit,
beliau tak ambil kisah.
Beliau sibuk nak berkahwin baru.
Bakal isterinya kawan lama masa bersekolah dahulu.
Orang Sarawak dan baru masuk islam beberapa bulan yang lepas.
Jadi beliau sibuk sedikit dengan urusan-urusan yang b…