Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu yang lalu,
anak bungsuku habis menjalani peperiksaan akhir tahunnya.
Wife aku baru siap menghantar proposal tesisnya.
Rumah aku pula bersepah sebab ada sedikit renovasi sedang dilakukan.
Jadi untuk melepaskan segala tekanan dan bebanan,
aku bawa mereka semua berjalan-jalan.
Aku ke Kuala Lumpur.


Seperti biasa,
sebelum menuju ke Kuala Lumpur,
aku singgah bersarapan di sini.
Sarapan dengan Nasi Arab Versi 40 Hari,
dan kari kambing.
Restoran ini semakin hari semakin membesar.
Ruang makannya semakin luas,
meja pun semakin banyak.
Walaupun ramai orang,
layanannya cekap dan pantas.
Rasa masakannya pula tetap tak berubah,
cuma harganya dah semakin naik.
Bila dah kenyang barulah sedap memandu kereta.


Menjelang tengahari aku pun sampai di Kuala Lumpur.
IKEA Cheras untuk lebih spesifik.
Tujuan asalnya nak tengok-tengok sahaja sambil mencari idea.
Maklumlah dah lama sangat aku tak masuk IKEA.
Tunggu IKEA Tebrau pun tak bukak-bukak lagi.
Khabarnya hujung bulan ini akan dibuka.
Sebenarnya aku sedang renovate dapur rumah aku.
Wife bising sebab ruang dapurnya kecil sangat.
Lagipun bumbung awning dah lama senget kena tiup angin.
Kalau hujan air dah masuk dalam rumah.
Jadi alang-alang nak betulkan,
aku besarkan sekali ruang dapur tu.

Memang betul tujuan asalnya nak tengok-tengok sahaja,
nak catat benda-benda yang boleh dibeli diIKEA Tebrau nanti.
Tetapi lain pula jadinya.
Mula-mula aku pegang satu beg sandang,
lepas tu wife pegang satu lagi,
lepas tu tarik beg yang ada roda,
lepas tu tukar ke satu troli,
lepas tu tambah lagi satu troli.
Mampus.
Kesudahannya semua tolak troli seorang satu.

Pukul 6 petang aku baru keluar daripada IKEA.
Sempat juga singgah jalan-jalan kat MyTown disebelah IKEA.
Kalaulah aku duduk KL,
memang tiap-tiap hari aku akan masuk shopping di sini.
Sebab apa?
Ada satu kedai mainan di sini.
Menjual beribu patung Funkopop yang menjadi kegilaanku.
Kat JB susah nak cari patung ini.
Kalau ada pun ianya bukan yang original.


Sebelum isyak aku dah sampai di Banda Hilir Melaka.
Waktu itu hujan agak lebat.
Projek menaik taraf jalan utama di Ayer Keroh sedang giat dijalankan.
Jadi perjalanan agak lambat.
Aku memang cadang nak bermalam di Melaka.
Cuma last minute baru aku sibuk cari hotel.
10 minit sebelum check in aku baru booked hotelnya.
Boutique hotel.
1825 Gallery Hotel ditepi sungai Melaka.
Dekat betul dengan Jonker Walk dan Banda Hilir.

Memandangkan aku sampai pun dah malam,
aku ambil bilik yang paling murah.
Tak sampai pun dua ratus.
Tapi biliknya dekat belakang meja reception sahaja.
Takda tingkap pun.
Yang penting ada 2 katil untuk kami tiga beranak.
Kalau nak suite yang menghadap sungai Melaka harganya 400 ringgit.
Viewnya memang cantik,
tapi padaku tak berbaloi.
Sebab sebelum pukul 12 dah kena check out.
Akan kena penalti kalau keluar lambat.


Lepas berehat sebentar,
aku berjalan kaki sahaja untuk ke Jonker Street.
Memandang hari selepas hujan,
tak ramai orang yang berniaga.
Merasai suasana di Jonker Street,
aku teringat suasana malam di Myeongdong Seoul.
Lebih kurang sama cuma cuacanya yang berbeza.
Bilalah nak dapat kembali ke Seoul ni?

Aku tak lama di Jonker Street.
Sebab lepas tu aku berjalan kaki ke sekitar Dataran Pahlawan.
Nak naik beca berhias boleh,
tapi 20 ringgit untuk seperjalanan.
Lepas tu kena sewa dua beca.
Tak sampai hati nak naik 3 orang satu beca.
Patah kang gandarnya.

Bila dah sampai di Banda Hilir,
paling senang dan mudah adalah makan di Restoran Asam Pedas Jr.
Walaupun asam pedasnya bukan yang tersedap pernah aku rasa,
tetapi suasananya paling aku suka.
Servisnya cepat.
Harga makanannya pun berpatutan.


Pagi itu aku check out sekitar jam 10 pagi.
Memang takda niat pun nak jalan-jalan di Melaka.
Dah jemu dengan Banda Hilir sebenarnya.
Pukul 11 pagi,
aku selamat tiba di Muar.
Seperti biasa aku cari sarapan dahulu.
Mee Rebus dan Satay Warisan itu yang wajib.
Memang tak pernah missed kalau aku berada di Muar.


Pukul 12.30 tengahari,
aku tiba di asrama Sek Men Sains Muar.
Melawat anakku.
Sambil memberi kata-kata semangat juga pesanan terakhir kepadanya,
sempena SPM 2017 yang bakal menjelang.


Pukul 5 petang aku dah tiba di Kulai, Johor.
Sebab malam itu aku nak berada di depan tv,
menonton perlawanan akhir Piala Malaysia,
JDT melawan Kedah.
Wife aku tak pandai tengok bola.
Tapi dia bersorak paling kuat.
Bukan sebab JDT dapat jaringkan dua gol dan menang piala,
tetapi sebab Johor dapat cuti peristiwa atas kemenangan itu.


Keesokan harinya aku pun ikut cuti juga.
Mengemas stor rumah aku yang dah bertahun tak berkemas.
Semangat nak mengemas datang bila rak yang aku beli diIKEA kelihatan cantik bila siap dipasang.
Ada lagi rak dan almari yang belum sempat nak dipasang.
Tengoklah hujung minggu ini.
Rasanya banyak benda nak kena selesaikan hujung minggu ini.

Bersambung.



  

Ulasan

  1. Hujung minggu yang menarik. Outing yang membawa masuk faedah kepada keluarga dan diri. How I wish...huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah