Aku dan Hujung Minggu Ini

Dua bulan ini ramai betul orang datang klinik untuk mendapatkan suntikan umrah.
Rasanya lebih 50 orang.
Kesemuanya hendak menunaikan umrah hujung tahun ini.
Musim cuti sekolah.
Juga cuaca yang agak sejuk,
menyebabkan ramai yang suka ke Mekah dihujung tahun.
Mana yang ingat aku,
sekembalinya mereka daripada umrah pasti akan menghantar buah tangan ke klinik.
Tasbih, kurma malah air zam-zam pun sampai ke klinik.
Sebelum ini aku gantung tasbih-tasbih yang aku dapat sebagai perhiasan didinding.
Tetapi bila ramai bertanya dah berapa kali aku sampai ke Mekah,
aku jadi keseganan.
Aku simpan semua tasbih-tasbih tersebut.
Malu dengan pesakit.
Seumur hidup tak pernah jejak kaki ke Mekah.


Sejak akhir tahun lepas aku dah mula berkira-kira untuk ke Mekah.
Bila?
Aku belum pasti lagi.
Aku belum yakin dan bersedia.
Ke Mekah bukannya seperti pergi melancong.
Kena buat persediaan.
Spiritual dan juga mental.


Malam semalam dikawasan kejirananku,
pengerusi masjid tamanku mengadakan kursus Umrah Ekspres.
Khas untuk bakal jemaah yang akan ke Mekah akhir tahun ini.
Bermula jam 7.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam.
Ramai juga kehadirannya.
Beberapa orang pesakitku pun hadir sama.
Semuanya akan pergi hujung tahun ini.
Tinggallah aku yang belum pasti tarikhnya.


Ada beberapa perkara positif aku dapat daripada ceramah ini.
Umrah tak susah rupanya.
Tak perlu nak hafal doa macam-macam.
Doa bahasa melayu pun boleh.
Rukunnya pun tak banyak.
Cuma stamina kena banyak.
Nak kena banyak berjalan.
Nak kena banyak bersabar.
Sebab itu mental dan spiritual kena kuat.


Aku masih lagi belajar.
Dan akan membuat persediaan.
Untuk ke Mekah buat pertama kalinya.
Tolong doakanlah ya.


Ulasan

  1. Semoga Dr Zoul sekeluarga dapat menunaikan umrah & haji satu hari nanti... Aameeeeeen

    BalasPadam
  2. Tahniah Dr Zoul, very inspirational. Doakan kami sekeluarga juga.

    BalasPadam
  3. Semoga niat dan doa doktor dimakbulkan Allah..

    Betul.. pegi mekah untuk beribadat, bukan macam pergi melancong...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah