Langkau ke kandungan utama

Aku dan Kisah Range Rover Evoqueku

Sejak 2015 lagi,
aku dan wife dan mula mengidam untuk mendapatkan kereta ini.
Ketika kawan-kawan lain sibuk dengan BMW dan Merc,
aku tertarik dengan kereta ini.
Tetapi ketika kawan-kawan lain sudah bergaya dengan kereta masing-masing,
aku hanya dapat memiliki modelnya sahaja.
Siap dengan remote control.
Aku beli di Melaka Premium Outlet.
Aku letak diatas meja bilikku.
Untuk aku jadikan perangsang untuk bekerja lebih gigih.
Satu hari aku pasti akan memilikinya.


Akhir tahun 2015,
aku mula membuat kajian.
Majalah kereta aku beli untuk mendapatkan perbandingan harga.
Juga spesifikasi pilihan yang ada untuk kereta ini.
Namun sebelum 2016,
kereta-kereta jenis ini jarang kelihatan di Johor.
Kebanyakannya berada di Kuala Lumpur.
Kalau ada di kedai-kedai kereta pun hanya satu dua sahaja.
Itupun dengan harga yang melambung.
Pernah beberapa kali aku ternampak kereta ini di kedai.
Bila aku tanya kebanyakannya dah berpunya atau sudah ditangan orang.


Akhir tahun 2016,
aku kembali aktif mencari kereta ini.
Sebab aku rasa dah lama sangat dengan Honda Accordku.
Pada masa yang sama dah ada pembeli yang berminat dengan Honda Accordku.
Masa itu kereta ini dah semakin banyak kelihatan di Johor Bahru.
Dikedai-kedai juga diatas jalan raya.
Beberapa kali aku ke kedai-kedai di sekitar Johor Bahru,
aku selidik tentang warna, spesifikasi dan yang penting harganya.
Selain mencari dikedai,
aku juga mencari diatas talian.
Dah tak sukar untuk mencarinya.


Pada suatu hari aku terjumpa satu iklan di Carlists.my.
Semua spesifikasinya menepati citarasaku.
Warna putih,
Tahun 2013,
Low mileage,
One lady owner.
Dan paling penting harganya berada dalam bajetku.
Selepas beberapa kali menghubunginya,
akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan tuanpunyanya.


Tuanpunya kereta ini seorang tauke kedai kereta di Batu Pahat.
Kedainya besar.
Koleksi keretanya banyak.
Kereta ini kepunyaan isterinya.
Tak tahu kereta mereka yang nombor berapa,
tetapi kereta ini bukan untuk kegunaan harian mereka.
Beliau ingin sangat menjualnya sebab tiada tempat untuk meletakkan Ferrari barunya.
Masa aku nak tengok keretanya pun,
aku dibawa kerumahnya.
Keretanya tidak diletak dikedai.
Bila aku datang dengan isteriku,
dia memang macam acuh tak acuh denganku.
Dia ingat aku cuma berangan-angan dan main-main sahaja.
Selepas tawar-menawar harga beberapa lama,
beliau masih tak yakin aku akan membelinya.
Beberapa kali dia suruh kami balik rumah dan berfikir lagi.
Terkejut dia bila aku keluarkan duit deposit pada hari yang sama. 
Sebenarnya aku dan wife dah nekad.
Dua tahun pencarian akan berakhir pada hari tersebut.


Kereta ini kereta second hand.
Kereta baru yang diimport oleh Land Rover Malaysia.
Ianya bukan kereta recond daripada Jepun.
Jadi sistem audio dan sistem GPSnya aku boleh gunakan.
Range Rover Evoque ada beberapa jenis.
Malah ada yang boleh custom-made.
Warna dalaman semua boleh pilih.
Tetapi itu kalau beli kereta barulah.
Kalau kereta second hand memang kena tengoklah sendiri apa yang ada.


Range Rover Evoque ada yang guna petrol dan ada yang guna diesel.
Ada yang empat pintu dan ada yang dua pintu.
Gaya dua pintu adalah lebih sporty dan kurang sesuai untuk kegunaan sekeluarga.
Tetapi interiornya lebih cantik,
dan sport rim 20 inci hitamnya menyebabkan ianya lebih garang diatas jalan.
Memandu kereta ini memang superb.
Mantap dan rasa cukup ' terletak' bila berada diatas jalan raya.
Walaupun enjinnya cuma 2.0L,
tetapi cukup laju kalau nak memecut diatas lebuhraya.


Antara kelemahan kereta ini yang aku tak berapa suka ialah:
1. Ianya tak seronok dipandu perlahan. Kena bawa laju baru rasa kuasanya.
2. Terlalu banyak sensor ada dikereta ini.
3. Penggunaan minyaknya agak tinggi jika dibanding dengan kereta aku yang lain.
4. Kos penyelenggaraannya pun tinggi.
5. Aku sayang nak parking didepan klinik. Jadi aku jarang memandunya.

Peringatan kepada diri sendiri:
Jangan takut untuk bercita-cita tinggi.
Jangan takut untuk memasang impian yang mustahil.
Dan paling penting,
jangan berhenti berusaha dan berdoa.
Aku dah mencapai beberapa impian mustahilku.
Semasa aku hidup dalam kemiskinan dahulu,
aku tak pernah menyalahkan ibubapaku.
Aku tak pernah menyalahkan kerajaanku.
Dan aku juga tak pernah menyalahkan diriku sendiri.
Kemiskinan tidak pernah menjadi penghalang untuk berjaya,
malah ianya boleh menjadi pemangkin aku aku pergi lebih jauh,
dan terbang lebih tinggi.
Memang ramai orang yang memperlekehkanku masa aku miskin dahulu.
Tetapi aku ingin berterima kasih dengan mereka sebenarnya.
" Haters make me stronger " 
Aku takkan berhenti di sini.
Ada lagi impianku yang belum terlaksana.
Ada lagi kereta yang perlu aku miliki.






Ulasan

  1. Alhamdulillah....cantiknyaaa Doc. Tahniah..tahniah. Semoga saya juga akan lebih gigih berusaha.

    BalasPadam
  2. tahniah...dapat jugak keta idaman

    BalasPadam
  3. TAHNIAH Doc.. semoga selamat dan berkat semuanya.. aameeeeen

    BalasPadam

Catat Ulasan