Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 November 2017

Aku dan Pesakit Hari Ini


Aku ada seorang pesakit.
Lelaki berusia 49 tahun.
Seorang penghidap penyakit 3 serangkai.
Kencing manis, jantung juga kolesterol.
Tapi aku bukan nak cerita pasal penyakitnya.
Itu aku dah pernah ceritakan sebelum ini.
Aku nak cerita pasal kehidupan terbarunya.

Anak-anaknya ada 4 orang.
Isteri pertamanya telah meninggal dunia kira-kira 10 tahun yang lalu.
Kematian mengejut.
Padaku kemungkinan besar serangan jantung tapi kata keluarganya,
akibat khianat.
Tiga tahun selepas itu,
beliau pernah berkahwin kali kedua dengan seorang anak dara.
Tetapi jodoh perkahwinannya tak panjang.
Mereka bercerai selepas setahun berkahwin.

Kali terakhir beliau datang ke klinik kira-kira tiga bulan yang lalu.
Masa itu beliau agak ceria.
Walaupun paras gulanya dah hampir sampai ke langit,
beliau tak ambil kisah.
Beliau sibuk nak berkahwin baru.
Bakal isterinya kawan lama masa bersekolah dahulu.
Orang Sarawak dan baru masuk islam beberapa bulan yang lepas.
Jadi beliau sibuk sedikit dengan urusan-urusan yang berkaitan.
Dan seperti biasa kesihatannya sedikit terabai.

Semalam anaknya datang ke klinik.
Sebelum ini mereka boleh guna kad panel,
tapi kali ini mereka kena bayar sendiri.
Ayahnya sudah berhenti kerja rupanya.
Lalu aku bertanya pasal ayah dan isteri barunya.
" Ayah dah lari doktor! "
" Ayah dah ikut isteri mudanya balik Sarawak. "
Dipendekkan cerita,
ayahnya seperti sedang mabuk cinta.
Selepas berkahwin beliau terus berhenti kerja dan berhijrah ke Sarawak.
Anak-anak, rumahtangga dan hutang-hutangnya ditinggalkan begitu sahaja.
Mereka pernah hampir dihalau keluar rumah,
kerana ada agen penuntut hutang datang menuntut hutang lamanya.
Nasib baiklah anak-anaknya pandai.
Mereka masih lagi menetap dirumah yang sama.
Anak-anaknya pernah berjumpa dengan beberapa ustaz yang pandai.
Katanya ayahnya dah terkena sihir.
Ikut sahaja kehendak isteri barunya.
Nak dihubungi dah tak boleh,
beliau telah menukar nombor telefonnya.
Pelik kan orang tua bercinta?

Cinta itu buta.
Cinta itu membutakan.



2 ulasan:

  1. dia dah terasa seakan kembali ke zaman muda2 dulu...masa zaman masih berdarah panas..

    ehhh..

    huhuuh...

    simpati pada anak2... kesian anak2 beliau...

    BalasPadam