Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 November 2017

Aku dan Pesakit Hari Ini



Awal pagi ini seorang adik datang ke klinik ditemani ibubapanya.
Berusia 13 tahun.
Bersekolah asrama penuh nun jauh di Bandar Penawar sana.
Dia datang membawa surat rujukan.
Mohon nak dapatkan GL untuk ke hospital Pakar.

Ikut ceritanya,
Malam tadi dia mengadu sakit kaki yang amat sangat.
Wardennya membawanya ke sebuah klinik swasta 24 jam.
Doktor yang merawatnya kata tak mampu nak merawatnya,
ada kemungkinan ketumbuhan atau darah beku di betis kaki kirinya.
Lalu minta dia segera dirujuk ke klinik pakar yang berkaitan.

Dia dah panik,
wardennya pun panik.
Ibubapanya dihubungi malam itu juga.
Dan awal pagi ini mereka pun sampai diklinik aku.

Ikut ceritanya dia dah habis peperiksaan.
Jadi banyak melakukan aktiviti luar kelas.
Ada banyak naik dan turun tangga.
Jadi kakinya pun sakit.
Bila aku tengok keadaannya,
dia biasa-biasa sahaja.
Langsung tiada tanda-tanda penyakit berbahaya.
Tetapi otot betisnya memang tegang dan kejang.
Namun aliran darahnya bagus.
Jadi mana mungkin ada ketumbuhan?
Mana mungkin ada darah beku?
Arwah ayahku seorang tukang urut,
ilmunya sedikit sebanyak ada diturunkan kepadaku.
Jadi padaku urat betisnya hanya mengalami kekejangan.

Aku senyum sahaja baca surat rujukan yang dibawanya.
Doktor baru belajar locum gamaknya.
Lalu aku cuba hilangkan keresahan ibubapanya.
Aku terangkan serba-sedikit penyakit anaknya.
Aku beri sedikit ubat dan nasihat supaya banyak berehat di rumah.
Selepas dua hari kalau tak juga sembuh,
barulah aku akan beri GL kepadanya.

Sebagai bapa aku faham perasaan ayahnya.
Tengah malam kalau warden telefon dan beritahu kisah anaknya,
siapa yang tak panik?
Apatahlagi jika tiada pengetahuan pasal kesihatan.
pastinya doktor Google dicarinya dahulu.
Pastinya berdesup aku bawa kereta menuju ke asramanya.
Sepatutnya doktor locum tu berbudi-bicaralah sedikit.
Malam-malam janganlah bubuh diagnosis yang bukan-bukan.
Beritahulah penyakit yang biasa-biasa dahulu.
Berilah ubat.
Kalau tak juga berkurang bila hari dah siang,
barulah beritahu supaya dirujuk ke hospital pakar berkaitan.

Terkini:
Selang dua hari dia datang lagi ke klinik.
Betisnya dah tak kejang lagi.
Jalan pun dah macam biasa.
Dia minta sambung MC lagi dua hari.
Nak rehat kat rumah.
Cuma satu aku berpesan,
jangan nak ngada-ngada pergi ke IKEA TEBRAU yang baru dibuka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan