Aku dan Pesakit Hari Ini


Al kisah.
Pada satu malam hari isnin yang panjang.
Jam dah hampir sepuluh malam.
Minda dan perasaan dah hampir sampai dirumah.
Lebih 60 pesakit yang aku rawat hari ini.
Macam-macam hal dan karenah.

Datang seorang pesakit.
Lelaki awal 30-an yang segak.
Awal bulan ini dia dah datang ke klinik.
Sakit kepala migrain katanya.
Bulan lepas pun ada datang.
Sakit kepala juga.
Dia baru dapat anak sulung katanya.
Jadinya kurang tidur sebab ada baby dirumahnya.

Lewat malam dia datang.
Mengadu satu hari tak boleh bangun.
Demam dan sakit kepala.
Rasanya ubat yang aku beri sebelum ini masih ada lagi.
Dia sibuk cerita simptom-simptom yang pagi tadi.
Pening lah,
Nak muntah lah,
Demam lah.
Tapi itu cerita pagi tadi.
Malam ni dah ok.
Sebab tu baru boleh sampai klinik.

Aku check pun dah takda demamnya.
Tekanan darahnya pun normal.
Aku cuma beri ubat PCM sahaja.
Itu sahaja.

Kat kaunter dia baru berani cakap nak ambil MC.
Staf aku antara berani dengan tidak bertanya kat aku,
kerana mereka pun tahu jawapannya.
Lewat hari isnin,
nak MC untuk sakit yang pagi tadi punya?
Kirim salamlah.
kalau aku beri surat akaun datang klinik pun dah kira baik sangatlah tu.

Dulu aku pernah ada seorang pesakit macam ini.
Pagi tak boleh bangun.
Lewat petang baru sampai klinik.
Macam-macam simptom diberikannya.
Kesudahannya memang dia nak MC untuk pagi tadi.
Selidik punya selidik,
aku jumpa puncanya.
Dia ada krisis rumahtangga rupanya.
Dah berpisah pun.
Dan sejak berpisah ni,
dia dah makin jarang datang klinik.
Masalah dah selesai.

Ada seorang lagi.
Bekerja ditempat kerja yang sama.
Cerita yang lebih kurang sama.
Majikannya siap hantar orang datang ke rumahnya,
nak pastikan dia ni betul-betul sakit atau tidak.
Puncanya pun sama.
Dia pernah cerita dengan aku.
Boss dia langsung tak menghargai kerja-kerjanya.
Dalam mesyuarat dia asyik kena bahan dengan bossnya.
Sebab tu dia malas nak masuk ofis.
Sejak awal tahun ini dia dipindahkan ke HQ di Johor Bahru.
Prestasi kerjanya naik mendadak.
Boss barunya sangat-sangat menghargai kerja-kerjanya.
Hampir semua masalah customer dia boleh selesaikan.
Malah kerja-kerja yang bukan bidang kuasanya pun,
boss nya minta tolong dia selesaikan.
Dia memang ada masalah Cervical Spondylosis.
Sakit kronik dilehernya.
Setiap kali aku nak rujuk ke klinik pakar dia asyik minta tangguh.
Kerja banyak katanya.

Jadi untuk pesakit yang mula-mula aku cerita tadi,
pasti ada puncanya.
Sakit berkaitan dengan mental dan perasaan.
Dan memandangkan hari dah malam,
mental aku pun dah 2 kali 5 sahaja,
aku malas nak menyelidik.
Lain kali sahajalah.
Namun MC aku tetap takkan beri.
MC bukan penyelesaian untuk semua masalah.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah