Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit #1:

Seorang gadis berusia 15 tahun datang ke klinik.
Cantik budaknya.
Katanya jatuh masa mengemop lantai disekolah.
Ada luka kecil di kelopak mata kanannya.
Panjangnya lebih kurang 1 cm tetapi tak dalam.
Kedua-dua matanya bengkak.
Air matanya berjujuran.

“ Sakit sangat ke? “ aku bertanya.
Kawannya pula yang tolong jawabkan.
“ Dia nangis bukan sebab sakit doktor. “
“ Dia nangis sebab takut lukanya nanti berparut. “
“ Nanti kurang cantiknya...”
Lalu aku cuci dan gam lukanya.

Aku suruh kawannya snap gambar untuknya.
Dia tersenyum.
Sambil mengesat airmatanya.



Pesakit #2:

Seorang lelaki datang ke klinik.
Usia awal 40-an.
Datang membawa keputusan pemeriksaan kesihatannya yang dibuat dikilangnya.
Kesemuanya normal kecuali ada KETONE dalam sampel urinnya.
Dia dah gabra.
Dia dah tanya doktor Google.
Dia juga dah PM seorang doktor kenalannya di FB.
Tapi dia tak puashati.
Dia nak kepastian daripadaku.
Nak tahu jawapanku?

“ Kau banyak sangat minum air KETUM,
Sebab tu urin kau ada KETONE “.

“ Aik! Mana doktor tahu ni...? “.



Ulasan

  1. Aduhai....ramainya orang yang mudah panic kan doc... Hahaha....tq buatkan saya gelak di hari yang mendung ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bubuh cerita ni kat FB.
      Tak henti2 kawan-kawan saya komen.

      Padam
  2. Hahahaha :D ... Doc Zoul boleh tahan juga nyakat orang ye? (y) (y)

    BalasPadam
  3. Hahahaha yg last tu kebetulan pulak haha. Yg pertama tu budak2 skrg umur 15 dan pandai melawa. Tu yg risau sgt tu hahhaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima