Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pada satu pagi yang sibuk,
seorang lelaki awal 40-an datang ke klinik.
Mukanya layu.
Koyok sebesar setem ditepek dikiri dan kanan kepalanya.
Sakit sangat nampaknya.
Dia ni seorang kakitangan kerajaan.
Pekerja beruniform.
Jarang datang ke klinik.
Dan biasanya kalau datang sekadar membawa anak-anaknya yang sakit.
Tapi kali ini lain benar nampaknya.

" Wah! Teruk bebeno sakitnya. Apahal ni? "
Saja aku menyapanya.
Dia pun tersenyum.
" Doktor, saya berlakon aje sebenarnya..."
Terus berubah air mukanya.
Terus jadi sihat dan segar bila duduk didepanku.
Aku sebagai doktor yang prihatin,
terus menjadi pendengar yang setia kepada masalahnya.

Pada hari itu dia kena menghadiri temuduga.
Temuduga intergriti katanya.
Pemilihan adalah secara rawak dan dia yang terpilih.
Dia kata dia diberitahu agak lewat,
dan dia langsung tidak membuat persiapan.
Nak mudahkan cerita dia cakap kat boss dia,
dia sakit kepala.
Boss dia macam tak percaya.
Boss dia hantar dua orang staf kerumahnya.
Bo…

Kenapa Aku Perlu Ke Hospital Pakar?

Imej
Ini kisah ayah mertuaku. Umurnya dah 81 tahun. Ada masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Penyakit tiga serangkai. Dia pernah dimasukkan ke hospital yang sama kerana kanser pundi kencing. Alhamdulilah penyakit kansernya dapat dikesan awal, dan setelah mendapat rawatan sewajarnya, kansernya telah sembuh sepenuhnya.
Sebelum dia disahkan menghidap kanser tersebut, dia memang ada berulang kali ke hospital kerajaan. Naik jemu saudara yang menghantarnya. Walaupun kencingnya merah darah, doktor kerajaan kata masalah biasa sahaja. Diberi appointment 2 bulan untuk berjumpa pakar Urologi. Bila kencingnya berubah menjadi darah beku yang berketul-ketul, kami bawa dia ke hospital pakar diKluang. Ultrasound mengesahkan ada ketumbuhan dalam pundi kencingnya. Keesokkan harinya dia dibawa ke Johor Bahru, dan menjalani pembedahan pada hari berikutnya. Selesai masalah. Kami sekeluarga tidaklah tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu apa penyakitnya.

Dalam tempoh sebulan dua ini,
kaki ayah m…

Aku Bercuti di Putrajaya Lagi

Imej
Cuti sekolah dah lama berlalu. Anak-anak dah kebosanan duduk di rumah. Hanya melayan cerita Korea dan game Mobile Legend sahaja. Aku pula sibuk dengan jemputan perkahwinan setiap hujung minggu. Wife pula sibuk dengan assignment yang tak pernah habis. Jadi nak mencari hujung minggu yang senggang memang susah.

Kebetulan 8 Disember aku dan wife ada masa free.
Anak sulung aku yang berada di UTP juga ada masa free.
Jadi aku buat keputusan untuk membuat family gathering.
Ikut anak-anak mereka tentunya nak ke Kuala Lumpur.
Boleh pergi Pavillion.
Boleh pergi MidValley.
Tapi kebanyakan hotel semuanya fully booked.
Kalau ada bilik pun harganya naik mendadak.
Rupa-rupanya ada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.
Patutlah penuh sesak Kuala Lumpur.
Maka aku pun ke Putrajaya sahaja.


Kebanyakan hotel di Putrajaya aku dah pernah duduk.
Kali ini aku mencuba hotel Shangri-La Putrajaya.
5 bintang katanya.

Pukul 9 pagi aku bertolak daripada Kulai.
Singgah sembahyang Jumaat di Bangi.
Juga makan tengahari di R…

Aku dan Projek Mega Hujung Tahun

Imej
Dah beberapa tahun kawasan belakang dapur rumah aku bocor. Awningnya dan lama senget sebab ditiup angin kuat. Jadi setiap kali hujan lebat, lantainya basah. Mesin basuh pun kena tempiasnya juga.
Aku cadang nak perbetulkan sahaja bumbung awning tersebut, tetapi panggil 2-3 kontraktor semuanya macam tak berminat nak betulkan. Mungkin untungnya sedikit sangat agaknya. Jadi pada suatu hari, ada kawan wife rekomen seorang kontraktor warga Indonesia. Bagus kerjanya. Dan alang-alang dah ada kontraktor yang bagus, aku cadang nak naik tembok sekali. Aku nak perbesarkan dapur rumahku.

Akhir Oktober 2017.
Kerja-kerja membesarkan ruang dapur rumahku bermula.
Tempoh dijangka siap adalah sebulan sahaja.
Aku dan wife beri cadangan apa yang kami hendak,
dan dia yang memperbaiki cadangan tersebut berdasarkan pengalamannya.
Takda pelan langsung.
Semuanya main agak-agak sahaja.
Kontraktor ini pun dah lama berada di Malaysia.
Pekerjanya lebih 5 orang.
Hari-hari adalah hari bekerja.
Hujung minggu, hari cu…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang pakcik berusia 60 tahun.
10 tahun dulu sering juga datang ke klinik.
Ada masalah sakit gout yang agak serius.
Selain gout,
tekanan darahnya juga sangat tinggi.
Setiap kali datang klinik memang kena ceramah dengan aku.
Agak degil.
Ubat darah tinggi tak nak makan.
Makan pun main belasah sahaja.
Bila kena gout datang klinik.
Minta suntikan.
Lepas tu lama dia tak datang klinik.

Dua bulan lepas dia datang klinik ditemani anaknya.
Berkerusi roda.
Dia kena serangan angin ahmar.
Sebelah badannya lemah.
Sendi-sendinya semuanya membengkak.
Gout punya pasal.
Doktor kerajaan kata buah pinggangnya pun dah bermasalah.
Akibat banyak sangat makan ubat penahan sakit.

Pagi ini dia datang lagi.
Terketar-ketar dia turun daripada motosikalnya.
Dia datang seorang diri kali ini.
Dia kata tak nak menyusahkan anak-anaknya.
Aku tanya kenapa tak minta tolong jiran-jirannya?
Pun dia kata tak nak menyusahkan orang lain.
Dia kata dia pernah jatuh distesen minyak.
Habis satu taman mengerumuninya.
Malu kata…

Aku dan Majlis Pernikahan Epi&Mai

Imej
Tarikh: Sabtu 2 Disember 2017 Masa: 9 malam Tempat: Felda Penggeli Timur Kulai.
Semoga kekal hingga ke Jannah.