Langkau ke kandungan utama

Aku Bercuti di Putrajaya Lagi

Cuti sekolah dah lama berlalu.
Anak-anak dah kebosanan duduk di rumah.
Hanya melayan cerita Korea dan game Mobile Legend sahaja.
Aku pula sibuk dengan jemputan perkahwinan setiap hujung minggu.
Wife pula sibuk dengan assignment yang tak pernah habis.
Jadi nak mencari hujung minggu yang senggang memang susah.


Kebetulan 8 Disember aku dan wife ada masa free.
Anak sulung aku yang berada di UTP juga ada masa free.
Jadi aku buat keputusan untuk membuat family gathering.
Ikut anak-anak mereka tentunya nak ke Kuala Lumpur.
Boleh pergi Pavillion.
Boleh pergi MidValley.
Tapi kebanyakan hotel semuanya fully booked.
Kalau ada bilik pun harganya naik mendadak.
Rupa-rupanya ada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.
Patutlah penuh sesak Kuala Lumpur.
Maka aku pun ke Putrajaya sahaja.


Kebanyakan hotel di Putrajaya aku dah pernah duduk.
Kali ini aku mencuba hotel Shangri-La Putrajaya.
5 bintang katanya.

Pukul 9 pagi aku bertolak daripada Kulai.
Singgah sembahyang Jumaat di Bangi.
Juga makan tengahari di Restoran Limau Nipis di Bandar Baru Bangi.
Restoran ini kegemaran wife sebab ada banyak pilihan ulam-ulaman.
Dan ikan bakar pilihan anak-anak.
Restoran ini masih tak mengecewakan.
Harganya pun masih berpatutan.
Cuma aku kesal dengan sikap orang-orang Melayu.
Makan tak pernahnya habis.
Nasi separuh pinggan ditinggalkan.
Ikan hanya dicuit bahagian tengah-tengah sahaja.
Sedih kalau dikenangkan.


Pukul 3.15 petang aku tiba dihotel.
Luarannya nampak dah pudar,
tetapi dalamannya masih well-maintained.
Layanan di kaunter pendaftaran pun pantas.
Tak sampai 5 minit bilik aku dah siap.


Keseluruhannya hotel ini pada tahap biasa sahaja.
Tetapi dibawah jangkaanku.
Biliknya biasa,
pandangan luar tingkapnya biasa,
kemudahannya pun biasa.
Malah sarapan paginya hanya level hotel 3 bintang.
Kurang enak.
Nasi Lemak di Hotel Everly sebelah Alamanda masih lagi dikedudukan teratas.


Malam itu aku sempat berjalan-jalan di sekitar Ayer@8 Putrajaya.
Makan malam di Restoran Thai disitu dan shopping tudung.
Selebihnya aku tengok orang ramai sedang bersiar-siar.


Tengahari keesokan harinya,
aku terus balik ke Johor.
Malas nak masuk Kuala Lumpur.
Tak sanggup nak menghadap jem.
Namun aku sempat singgah makan tengahari di Sg Ramal, Kajang.
Makan satay paling gemok pernah aku jumpa,
Satay Willy.
Harganya cuma 0.90 untuk ayam dan 1.00 untuk daging.
Makan 5 cucuk dah terasa kenyangnya.


Anak aku mencuba Nasi Ayam dari gerai disebelahnya.
Memang sedap katanya.
Aku pula mencuba Air Kelapa Gelas Besar.
Nikmat yang tak terkata.


Perjalanan menuju ke selatan adalah memakan masa.
Banyak sangat kereta di atas jalan juga diperhentian R&R.
Maklumlah cuti sekolah.
Kebanyakan kereta well behaved.
Takda suka-suka potong barisan atau guna lorong kecemasan.
Cuma adalah seorang dua yang nak terkucil agaknya.
Dah tahu kereta banyak didepan pun,
masih bagi macam-macam isyarat untuk beri laluan.
Beri lampu,
beri signal,
malah beri isyarat tangan pun ada.
Gila kataku.


Sebelum maghrib aku dah sampai dirumah.
Memandangkan esoknya wife ambil cuti,
dan anak-anak pun masih bercuti,
terpaksalah aku ikut kata majoriti.
Meredah jalan menuju ke IKEA Tebrau untuk kali ketiga dalam tempoh sebulan.


Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…