Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Disember 2017

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang pakcik berusia 60 tahun.
10 tahun dulu sering juga datang ke klinik.
Ada masalah sakit gout yang agak serius.
Selain gout,
tekanan darahnya juga sangat tinggi.
Setiap kali datang klinik memang kena ceramah dengan aku.
Agak degil.
Ubat darah tinggi tak nak makan.
Makan pun main belasah sahaja.
Bila kena gout datang klinik.
Minta suntikan.
Lepas tu lama dia tak datang klinik.

Dua bulan lepas dia datang klinik ditemani anaknya.
Berkerusi roda.
Dia kena serangan angin ahmar.
Sebelah badannya lemah.
Sendi-sendinya semuanya membengkak.
Gout punya pasal.
Doktor kerajaan kata buah pinggangnya pun dah bermasalah.
Akibat banyak sangat makan ubat penahan sakit.

Pagi ini dia datang lagi.
Terketar-ketar dia turun daripada motosikalnya.
Dia datang seorang diri kali ini.
Dia kata tak nak menyusahkan anak-anaknya.
Aku tanya kenapa tak minta tolong jiran-jirannya?
Pun dia kata tak nak menyusahkan orang lain.
Dia kata dia pernah jatuh distesen minyak.
Habis satu taman mengerumuninya.
Malu katanya.

Kali ini dia sakit sendi yang amat sangat.
Dah tiga hari tak dapat tidur.
Sakit punya pasal.
Meleleh airmatanya bila aku tanya tentang isteri dan anak-anaknya.
Kesihatannya memang teruk.
Tekanan darahnya 180/100.
Paras Uric Acidnya 8.6.
Tetapi bila mengenangkan keadaan buah pinggangnya,
aku pun pening tak tahu ubat apa nak beri.
Nak diceramahkan pun memang tak jalan dah.
Nak ditolong pun dia seolah-olah tak nak menyusahkan orang lain.

Aku beri dia ubat sementara menunggu nak balik.
Lepas setengah jam,
baru dia beransur berjalan ke motosikalnya.
Ada pesakit lain yang ingin membantunya pun dia tak nak.
Memang cekal betul pakcik ini.

Dia hidup dengan isterinya sahaja.
Tiada punca pendapatan.
Anaknya dua orang.
Seorang berada di Melaka,
seorang lagi berada di sekitar Kulai.
Aku tak berani nak bertanya banyak-banyak.
Sebab laju sahaja dia mengesat airmatanya bila ditanya.

Semoga Allah permudahkan kehidupannya.


5 ulasan:

  1. Salam doktor, saya sangat minat membaca blog, malangnya ramai blogger yang beralih ke insta dan lain lain..dan blog jadi sepi dan terjumpa blog doktor secara tidak sengaja ketika kebosanan mencari blog yang menarik untuk dibaca...ternyata memang blog doktor tidak menghampakan dan sangat sangat menarik untuk dibaca dengan kisah doktor dengan pesakit dan sebagainya...dan saya berkira kira mahu mencari buku yang doktor tulis :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah diblog saya.
      Saya pun dah bertukar ke Instagram.
      Senang nak bubuh gambar banyak2.
      tapi kalau nak luahkan perasaan,
      kat sinilah tempatnya.
      Dan kalau nak update cerita2 kelakar,
      saya bubuh kat FB saya.
      Ikut moodlah kiranya.

      Anyway,
      All the best!

      Padam
  2. Doc Zoul,
    saya dah beli buku Diagnosis5 tapi belum baca.. sebab sedang baca Diagnosis3.. entah apa gila nya bulan lepas, terjumpa buku tu di Quill KL, terus beli 1/2 dozen buku - semua pasal pengalaman medikal. Saya salahkan Dr Zoul lah.. hahahaha.. jangan marah ye? Nanti kalau kita jumpa atau terjumpa, boleh tak nak minta DrZoul tolong sign autograf buku tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat-sangat kalau nak suruh sain buku.
      Terima kasih.

      Padam