Aku dan Pesakit Hari Ini



Pada satu pagi yang sibuk,
seorang lelaki awal 40-an datang ke klinik.
Mukanya layu.
Koyok sebesar setem ditepek dikiri dan kanan kepalanya.
Sakit sangat nampaknya.
Dia ni seorang kakitangan kerajaan.
Pekerja beruniform.
Jarang datang ke klinik.
Dan biasanya kalau datang sekadar membawa anak-anaknya yang sakit.
Tapi kali ini lain benar nampaknya.

" Wah! Teruk bebeno sakitnya. Apahal ni? "
Saja aku menyapanya.
Dia pun tersenyum.
" Doktor, saya berlakon aje sebenarnya..."
Terus berubah air mukanya.
Terus jadi sihat dan segar bila duduk didepanku.
Aku sebagai doktor yang prihatin,
terus menjadi pendengar yang setia kepada masalahnya.

Pada hari itu dia kena menghadiri temuduga.
Temuduga intergriti katanya.
Pemilihan adalah secara rawak dan dia yang terpilih.
Dia kata dia diberitahu agak lewat,
dan dia langsung tidak membuat persiapan.
Nak mudahkan cerita dia cakap kat boss dia,
dia sakit kepala.
Boss dia macam tak percaya.
Boss dia hantar dua orang staf kerumahnya.
Boss siap suruh ambil gambar lagi.
Apalagi kenalah berlakon.
Itu yang terbawa-bawa sampai keklinik lakonannya.
Berselubung dia kat rumah masa staf itu datang.
Nasib baik kat rumah ada koyok.
Bolehlah ditampal untuk menjadi prop me'real'kan ceritanya.

Pagi ini pun ada seorang lagi.
Aku punya regular customer.
Dia memang selalu datang klinik kerana sakit lutut.
Ada kecederaan ligament.
Setiap kali kalau bekerja lebih,
lututnya akan membengkak.
Dan itulah yang dijadikan alasan untuk mendapatkan MC.
Nak pergi urutlah,
nak balik kampunglah.
Tapi pagi ini dia cakap direct aje.
Dia takda sakit apa-apa.
Nak uruskan anak nak naik sekolah.
Boss dah bekukan cuti tahunan semua staf.
Tapi masalahnya anak dia cuma dua orang.
Taklah ramai manapun.
Jadi apa masalahnya?
Habis bernanah telinga dia kena ceramah dengan aku.


Ulasan

  1. Hahahaha :D ... 2-2 tu tak kenal lagi siapa Dr Zoul agak nya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima