Langkau ke kandungan utama

Aku dan Projek Mega Hujung Tahun

Dah beberapa tahun kawasan belakang dapur rumah aku bocor.
Awningnya dan lama senget sebab ditiup angin kuat.
Jadi setiap kali hujan lebat,
lantainya basah.
Mesin basuh pun kena tempiasnya juga.

Aku cadang nak perbetulkan sahaja bumbung awning tersebut,
tetapi panggil 2-3 kontraktor semuanya macam tak berminat nak betulkan.
Mungkin untungnya sedikit sangat agaknya.
Jadi pada suatu hari,
ada kawan wife rekomen seorang kontraktor warga Indonesia.
Bagus kerjanya.
Dan alang-alang dah ada kontraktor yang bagus,
aku cadang nak naik tembok sekali.
Aku nak perbesarkan dapur rumahku.


Akhir Oktober 2017.
Kerja-kerja membesarkan ruang dapur rumahku bermula.
Tempoh dijangka siap adalah sebulan sahaja.
Aku dan wife beri cadangan apa yang kami hendak,
dan dia yang memperbaiki cadangan tersebut berdasarkan pengalamannya.
Takda pelan langsung.
Semuanya main agak-agak sahaja.
Kontraktor ini pun dah lama berada di Malaysia.
Pekerjanya lebih 5 orang.
Hari-hari adalah hari bekerja.
Hujung minggu, hari cuti am.
Cuma kalau hujan lebat sahaja mereka tak kerja.
Aku pernah ambik kontraktor bangsa lain.
Tapi mereka subcon kerja-kerja mereka kat warga Indon juga.
Mereka ambil untung atas angin.
Dan aku kena bayar ekstra 30 %.


Kebetulan masa aku tengah renovate dapur rumah aku,
IKEA Tebrau baru sahaja dibuka.
Jadi katalog IKEA lah yang jadi guideline aku.
Dalam kepala otak aku memang nak buat gaya industri.
Nak nampakkan benda-benda dan guna warna-warna yang 'raw'.
Sebab itu warna-warna asas aku gunakan.
Aku cadang nak buat wiring kat luar dinding,
guna pvc pipe sebagai 'casing' wayar,
tapi kontraktor aku tak setuju.
Tak cantik katanya.
Tapi dia setuju aku nak guna ' raw brickwall' sebagai 'feature wall' aku.
Lain daripada yang lain katanya.


Aku dan banyak kali pindah rumah.
Aku juga dah banyak kali renovate rumah.
Jadi berdasarkan pengalaman aku,
aku tahu kedai-kedai yang patut aku pergi untuk melengkapkan rumah aku.
Kedai lampu di Saleng.
Kedai mosaic di Bandar Putra.
Kedai dapur dapur dan hud di bandar Kulai 'oldtown'.
Kedai 'kitchen cabinet' di Taman Perindustrian Kulai.
Dan selebihnya di IKEA Tebrau.
Sepanjang sebulan ini,
dah 3 kali aku ke IKEA Tebrau.
Ada sahaja barang baru yang nak dibelinya.
Tapi aku beli perabot yang murah-murah sahajalah.
Yang ada diskaun.
Dan yang penting senang nak pasang.


Selain projek meluaskan bahagian dapur,
aku turut mengemas hampir keseluruhan rumahku.
Aku kemas stor bawah tangga,
aku kemas ruang keluarga,
aku cipta mini library,
aku cipta ruang solat,
aku cipta bilik utiliti.
juga aku upgrade bilik anak-anak aku.
Ada yang dapat katil baru,
ada yang dapat tilam baru,
dan ada juga yang dapat aircond baru.
Cuma bilik aku sahaja yang tak berubah.
Nak kena cari dana baru kalau nak upgrade bilik aku.


13 Disember 2017.
Ruang dapur rumahku siap sepenuhnya.
Siap ada rak khas untuk letak koleksi Tupperware.
Yang menjadi igaun saudara mara yang gila Tupperware.
Aku dan wife memang rajin memasak.
Jadi ruang dapur memanglah jadi keutamaan.

Apa lagi projek selepas ini ya?

Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…