Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Disember 2017

Kenapa Aku Perlu Ke Hospital Pakar?

Ini kisah ayah mertuaku.
Umurnya dah 81 tahun.
Ada masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Penyakit tiga serangkai.
Dia pernah dimasukkan ke hospital yang sama kerana kanser pundi kencing.
Alhamdulilah penyakit kansernya dapat dikesan awal,
dan setelah mendapat rawatan sewajarnya,
kansernya telah sembuh sepenuhnya.

Sebelum dia disahkan menghidap kanser tersebut,
dia memang ada berulang kali ke hospital kerajaan.
Naik jemu saudara yang menghantarnya.
Walaupun kencingnya merah darah,
doktor kerajaan kata masalah biasa sahaja.
Diberi appointment 2 bulan untuk berjumpa pakar Urologi.
Bila kencingnya berubah menjadi darah beku yang berketul-ketul,
kami bawa dia ke hospital pakar diKluang.
Ultrasound mengesahkan ada ketumbuhan dalam pundi kencingnya.
Keesokkan harinya dia dibawa ke Johor Bahru,
dan menjalani pembedahan pada hari berikutnya.
Selesai masalah.
Kami sekeluarga tidaklah tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu apa penyakitnya.


Dalam tempoh sebulan dua ini,
kaki ayah mertuaku mula membengkak.
Waktu malam dia sesak nafas.
Jalan pun tak boleh jauh.
Penat katanya.
Aku cuba merawatnya dengan menambah dan menukar ubat yang dimakannya,
tetapi biasalah orang tua.
Berpuluh kali dipesan,
ubatnya masih dimakan ikut suka.
Dinasihatkan supaya mengurangkan minum air,
tapi tak diendahkannya.

Selepas berbincang dengan adik-beradik yang lain,
kami sepakat untuk membawanya berjumpa pakar jantung.
Dia bukan tidak mendapat rawatan diklinik kerajaan.
Hampir setiap bulan dia pergi rawatan susulan.
Tapi doktornya tetap beri ubat yang sama.
Malah ubat darah tingginya ditambah kepada tiga jenis.
Ditambah ubat kolesterol,
ubat cair darah,
ubat jantung.
Macam-macam ubat perlu dimakannya.
Semua ubatnya dicampur aduk dalam satu bekas.
Aku yang tengok pun pening.
Ada yang makan dua kali.
Ada yang makan sekali,
ada yang makan pagi,
ada yang makan malam.
Dan aku tak jangka dia makan ubat secara betul dan ikut peraturan.
Doktor kerajaan pun takda nak rujuk dia ke klinik pakar jantung.
Dan aku tahu apa yang doktor kerajaan buat bila dia dimasukkan ke wad.
Hanya beri ubat untuk membuang air berlebihan dalam badannya.
Bila dah kurang akan disuruh balik.
Kalau nasib tak baik dan wad pula penuh,
dia kena balik ke rumah.
Sebab itu aku nak bawa dia ke hospital pakar swasta.


Pukul 4 petang.
Aku tiba diklinik doktor pakar jantung tersebut.
Bila doktor tu baca surat rujukanku,
dia terus suruh ayah mertuaku masuk ke wad.
Sebelum tu dia menjalani pemeriksaan Echocardiogram dan Xray Dada.
Doktor tersebut yang melakukan pemeriksaan Echocardiogram.
Ianya seperti pemeriksaan ultrasound untuk ibu mengandung,
cuma probe yang digunakan sahaja yang lain,
dan mesin yang digunakan pun lebih canggih.
Walaupun masa tu doktor tu belum tahu lagi aku ini doktor,
dia dah mula menggunakan medical term yang advanced.
Nganga juga aku sekejap.
Maklumlah, bukan semua doktor boleh jadi pakar jantung sepertinya.
Dipendekkan cerita,
ketiga-tiga urat jantung ayah dah tersumbat.
Ada sebahagian otot jantung yang tidak berfungsi menyebabkan jantungnya menjadi lemah.


Hampir pukul 5.40 petang barulah prosedur kemasukan ke wad selesai.
Bilik-bilik murah semua penuh.
Tinggal bilik yang paling mahal.
Nak buat camna,
takkanlah nak tidur tepi tangga?
Esok pagi ayah akan menjalani pemeriksaan CT Scan.
Sementara itu ayah akan disuntik ubat untuk mengeluarkan air berlebihan dibadannya.
Malam itu ada dua orang cucu ayah akan menjaganya.
Kalau ayah kena tahan berhari-hari,
giliran menjaga ayah telah disiapkan.
Anak-anak dan cucunya dah standby.


Keesokan harinya,
pagi-pagi lagi ayah dah ditolak ke bilik CT Scan.
Mungkin kerana takut,
ataupun disebabkan masala pendengarannya,
ayah tidak dapat memberikan kerjasama.
Jadi keputusan CTScannya tidak memuaskan.
Pakar jantung bercadang untuk melakukan pemeriksaan Angiogram pula.



Tetapi memandangkan usia ayah dah melebihi 80 tahun,
kami sekeluarga tidak bercadang untuk melakukannya.
Aku cuma memohon agar doktor memaksimumkan ubat yang perlu dimakan setiap hari,
dan kalau boleh simplify ubatannya agar senang diingat.
Petang hari yang sama,
ayah dibenarkan keluar daripada wad.
Kedua kakinya telah susut bengkaknya.
Nafasnya pun lebih selesa.
Ayah ada temujanji dua minggu daripada sekarang.
Nak pergi ke tidak itu belumlah pasti.

6 ulasan:

  1. Semoga ayah awak kembali sembuh ye

    BalasPadam
  2. Doc Zoul...
    Syafahullah .. semoga ayahanda mertua Doc Zoul beroleh kesembuhan & dimudahkan urusan.. Aameeeen

    BalasPadam
  3. semoga ayah doc baik2 saja n dimudahkan urusan.
    saat kawan2 tahu kami sekeluarga dapatkan rawatan di hospital swasta/pakar, penat mendengar cemuhan dan sindiran....

    BalasPadam
  4. Semoga diringankan kesakitan ayah mertua doc & diberikan kesembuhan, Amiinnn

    BalasPadam