Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Taylor's University Open Day

Antara sebab utama aku ke KL adalah kerana ini. Anak bungsuku sangat berminat nak belajar di sini. Rasanya dah berpuluh kali dia memujukku untuk belajar di sini. 1001 alasan dah aku dengar. Jadi apabila universiti ini buat Hari Terbuka, maka tergeraklah hatiku untuk datang ke sini.  Khabarnya ini tempat belajar orang ada-ada. Jadi aku nak tengok kebenarannya.

Kalau nak cerita sejarah pasal universiti ini,
korang boleh sahaja Google di Wikipedia.
Khabarnya baru 6 tahun mereka berpindah dibangunan ini.
Sebelum ini bangunannya bersepah-sepah disekitar Kuala Lumpur.


Selepas wife puas membelek-belek kain di Giofabrics Bangi,
aku terus bergegas ke sini.
Perjalanan sejauh 30 minit daripada Bangi.
Aku sampai kira-kira jam 2 petang.
Sampai ditempat parkir seorang volunteer datang kepadaku.
Walaupun bertudung confident sahaja berbahasa Inggeris denganku.
'' Are you coming for the Open Day? "
" You can wait here and I will call a buggy for you. "
" Is it far? If not …

Aku dan Throwback Thursday

Ini gambar tahun 2016.
Masa itu bilik aku masih seperti bilik pejabat seorang doktor.
Tak seperti sekarang.



Aku dan Pesakit Minggu Ini

Sejak 10 tahun dulu,
Klinik aku adalah panel kepada satu kilang di Singapura.
Majoriti pekerjanya adalah perempuan berketurunan Cina.
Usia mereka daripada 20-an hinggalah 50-an.
Ada yang baru bekerja,
Ada yang sudah lebih 30 tahun bekerja dikilang yang sama.
Ramai yang dah jadi regular customer aku.
Kisah hidup mereka semua dalam poket aku.

Kilang ini kilang elektronik.
Hari bekerja 24 jam sehari 365 hari setahun.
Pekerjanya bekerja sif.
Ada yang permanent pagi,
Ada yang permanent malam.
3 hari bekerja, 3 hari cuti.
Kalau musim cuti Raya Tahun Baru Cina,
nasiblah kalau kena giliran kerja.
Memang tak dapat nak tolong sebab majoriti pekerja berbangsa Cina.

Maka setiap kali musim perayaan,
Ramailah yang datang ke klinik.
Sebab supervisor mereka dah pesan,
Siapa tak nak kerja pergi cari MC.
Memang akan dapat memo.
Tetapi raya punya pasal,
Setahun sekali nak masak untuk anak cucu,
Setahun sekali nak jumpa anak cucu,
Maka akulah yang menjadi tempat mengadu nasib.

Setiap kali musim perayaan…

Aku dan Funko Pop Fair Sunway Velocity

Antara tujuan utama aku datang ke Kuala Lumpur kali ini, adalah untuk memburu FunkoPop di Funko Pop! Fair 2018. Pameran ini diadakan di TGV Sunway Velocity, bermula pada 15 November hingga 2 Januari 2019. Dah beberapa kali nak datang tetapi asyik bertangguh sahaja. Kali ini aku dah nekad. Aku siap booked bilik hotel didalam bangunan yang sama untuk memudahkan pemburuanku.

Petang hari Sabtu.
Aku tiba dilobi hotel kira-kira jam 5 petang.
Nak mencari parkir lebih 15 minit sebab tempat parkir bercampur dengan kereta yang nak ke Mall.
Dan bila dah jumpa parkir,
nak cari pintu ke lobi hotel pulak tak jumpa.
Nasib baiklah jaga Nepal tu faham bahasa Melayu.
Senang sikit nak minta tunjuk arah.


Prosedur pendaftaran masuk hotel Sunway Velocity sangat mudah.
Lobi hotel agak lengang.
Bila staf pendaftaran nampak aku datang berempat,
terus dia call room service untuk siapkan bilik aku.
Selepas 5 minit aku dibilik,
ada staf datang bawa ekstra tuala, mineral water juga toiletries.
Dia juga convert s…

Aku dan Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

Hujung minggu ini aku ambil cuti tambahan. Staf diklinik minta cuti serentak. Ada yang bercuti di Langkawi. Ada yang buat Family Day di Melaka. Ada yang kena jadi mak andam pengantin. Ada yang kena attend convocation. Jadi kalau aku nak buka klinik juga, aku kena kerja sorang-sorang. Dan bila aku ada cuti tambahan, tiada tempat lain kecuali UPM Serdang, Bangi dan Putrajaya.

Pagi hari Jumaat.
Sebelum bertolak pergi,
aku masak-memasak dahulu.
Bakar ikan, celur ulam-ulaman,
buat sambal air asam,
dan panaskan balik sup ayam semalam.
Nak berkelah didalam bilik hotel cadangnya.


Selepas mengambil anak di UPM,
aku terus pergi check-in dihotel.
Kali ini aku ambil hotel yang pernah menjadi kegemaranku,
Hotel Everly Putrajaya disebelah Alamanda.
Dah lebih 2 tahun aku tak datang ke sini.
Hotelnya masih sama.
Servisnya tetap tip top.
Cuma kawasan sekeliling dah naik bangunan tinggi.
Dan khabarnya Alamanda dah makin nazak sejak IOI City Mall mula beroperasi.


Selepas berkelah dan makan masakan yang…

Aku dan Throwback Thursday

Hari pertama bekerja ditahun 2018.

Rasa macam baru semalam berlaku.

Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.




Aku dan Pesakit Hari Ini

Pada suatu malam yang dingin.
Klinik meriah seperti biasa.
Datang seorang pesakit kecil molek.
Penampilannya sederhana.
Make up nya sederhana.

“ Doktor saya kurang sihatlah. “

“ Kenapa ? “

“ Badan semua sakit-sakit. Kepala pening ...”

“ Demam ke? “

“ Tak. “

“ Ada kena hujan? “

“ Tak.”

“ Batuk ke selsema ke? “

“ Tak.”

“ Selera makan ok? “

“ Ok “

“ Tidur cukup? “

“ Cukup doktor . “

“ Habis tu apa masalahnya? “

“ Penatlah kerja doktor. “

“ Kamu kerja apa? “

“ Duduk pejabat jer. “

“ Ada angkat berat-berat? “

“ Takda. “

“ Ada exposed dengan chemical? “

“ Takda. Tapi saya dah lama tak ambil MC doktor. “
“ Doktor berilah MC esok. Saya nak rehatlah. “

“ Dah lama ke kerja kat tempat sekarang? “

“ Dah lebih sebulan doktor. “

“ Hmmm...”

Umur baru masuk 20 tahun.
Kerja senang.
Duduk ofis.
Takda angkat berat.
Takda buat kerja-kerja berbahaya.
Makan minum emak ayah tanggung.
Pergi kerja ada yang tolong hantarkan.
Cukup bulan dapat gaji.
Itupun masih nak beri banyak alasan untuk minta MC.
Bersyukur…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Beberapa bulan yang lalu,
seorang pesakit wanita berusia lewat 30-an datang ke klinik.
Beliau mengadu sakit didalam perutnya.
Bila beliau baring,
memang nampak ada bengkak didalam perutnya.
Aku scan perutnya.
Ikut firasat aku,
mungkin ada ketumbuhan di kilang telur ovari kirinya.
Agak besar saiznya.
16cmx 16cm.
Aku cakap aku tak boleh buat apa-apa.
Aku rujuk dia ke hospital kerajaan.

Sampai dihospital kerajaan,
nurse mendapati tekanan darahnya naik.
Doktor hanya beri ubat tekanan darah tinggi dan langsung tidak kisah pasal ketumbuhan diperutnya.
Hal perut datang lain kali katanya.

Dalam tempoh sebulan,
beberapa kali beliau mengalami sakit yang lebih kurang sama.
Pergi jumpa doktor ditempat lain pun sama sahaja jawapannya.
Disebabkan doktor sana-sini tak dapat mengesahkan penyakitnya,
beliau berubat secara kampung.
Beliau minum air rebusan daun durian belanda.
Ada berkurangan sakitnya.

Selepas beberapa lama,
sakitnya datang kembali.
Aku sarankan beliau berjumpa dengan doktor sakit pua…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Minggu lepas,
sahabatku mengkhatankan anaknya diklinik aku.
Anak lelaki bungsunya.
Dia punya excitement lain macam.
Sama macam masa aku mengkhatankan anak bungsuku dahulu.

Anak-anakku dikhatankan oleh tok mudim yang sama.
Tetapi sebelum sampai klinik,
aku dah sapu ubat kebas kat 'anu'nya.
Sampai diklinik 'anu'nya macam dah takda.
Dah kebas.
Tok mudim cucuk bius pun dah tak berasa.
Masa kena potong pun senyum sahaja.

Selepas 2 jam biusnya habis.
Masa itu baru merengek kesakitan.
Aku beri ubat tahan sakit pun macam tak jalan.
lalu aku beri ubat selsema yang mengantuk.
Lepas setengah jam terus tertidur sampailah ke pagi.

Dalam tempoh seminggu aku tak boleh buat apa-apa.
Nak tengok tak beri.
Nak dressing tak beri.
Suruh mandi takut kena air.
Suruh pakai kain tak nak.
Togel sahaja 24 jam.
Tidurnya pun dibawah meja.

Lepas seminggu aku bawa berendam dikolam renang di Kluang.
Lepas 2 jam berendam,
habis tanggal semuanya.
Selesai masalah.

Setiap hari mesti ada ibubapa datang k…

Aku dan Fantasia Bulan Madu Langkawi Hari 3

Hari ke 3 di Langkawi.  Awal pagi aku dah bangun untuk bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau. Dalam perjalanan balik aku singgah sekejap di Perusahaan Gamat Nusantara. Antara kemestian bila datang ke Langkawi adalah membeli minyak Gamat. Kedai-kedai menjual minyak Gamat bertaburan di sekitar Langkawi. Banyak sangat kedainya. Banyak sangat pilihannya. Harga pun lebih kurang sama sahaja. Di tengah bandar ataupun di hujung kampung. 

Sebagai seorang pengamal perubatan moden, aku agak skeptik dengan penggunaan minyak gamat ini. Aku pernah jumpa beberapa kes diklinikku. Minyak gamat disapu ditempat yang tak sepatutnya. Jadi jangkitan kuman dan sepsis. Ada yang kehilangan sebahagian ususnya. Ada yang kehilangan kulit buah zakarnya. Semuanya gara-gara menyapu minyak gamat ditempat sulit.

Minyak Gamat memang ada kebaikannya.
Tetapi dia bukan ubat untuk segala jenis penyakit.
Lagipun kebersihannya diragui.
Tengoklah bagaimana penyediaannya.
Tak steril.
Sebab itu jangan disapu ditempat sulit.
Nan…

Aku Bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau

Selain Restoran Kak Yan Ulu Melaka, Restoran Nasi Dagang Pak Malau adalah destinasi wajib aku untuk percutian kali ini. Aku bukan peminat Nasi Dagang, tetapi aku nak tahu cerita disebaliknya. Ikut pembacaanku, Pak Malau orang Kuala Lumpur. Isterinya pula orang Kelantan. Beliau membeli sebidang tanah di Langkawi selepas tertarik dengan keindahannya. Dan diatas tanah tersebut beliau mengusahakan restoran Nasi Dagangnya bermula daripada tahun 2012 lagi. 

Selain keenakan Nasi Dagangnya,
restoran ini semakin terkenal kerana keunikan lokasi juga keramahan Pak Malau itu sendiri.
Asalnya restorannya kecil sahaja.
Lama-kelamaan ianya semakin dibesarkan dan satu rumah Homestay terletak disebelahnya.
Ramai Mat Saleh yang obses dengan makanan Malaysia dah datang dan review restoran ini.
Masing-masing memuji restoran ini.
Masakannya, pemandangannya juga tuan rumahnya.



Lokasi restoran ini mudah sahaja.
Jarak daripada hotelku cuma 20 minit perjalanan.
Cari jalan menuju ke makam Mahsuri.
Pasti takka…