Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Aku dan Dilemma Hari Ini

Seorang wanita berusia lewat 50-an.
Bekerja sebagai operator kilang di Singapura.
Hanya mempunyai seorang anak.
Anak kesayangan.
Genap 4 tahun lepas dia datang ke klinik.
Masa itu anak tunggalnya baru lepas bersalin anak sulung.
Dia tak sakit apa-apa.
Cuma nak MC dua hari sebab nak menjaga anak sulung dan cucu sulungnya.

Hari ini dia datang lagi.
Kali ini ditemani suaminya.
Mukanya sangat ceria.
Memang takda sakit apa pun.
Dia kata dia dah apply cuti 3 hari lagi.
Anaknya dijangka bersalin dalam tempoh itu.
Malangnya,
anaknya kena menjalani pembedahan ceaseran malam tadi.
Cucu keduanya dah lemas didalam perut.
Dia minta MC untuk dua hari.
Nak menjaga anak dan cucu-cucunya.

Aku dalam dilemma.
Aku tak nak spoilt moodnya kalau tak beri MC.
Dan aku spoilt mood aku kalau aku beri MC.



Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia 30 tahun.
Dah berkahwin lebih 5 tahun.
Baru dikurniakan seorang cahaya mata 7 bulan lepas.
Datang ke klinik mengadu sakit kepala.
Sebagai seorang doktor GP yang tipikal,
aku boleh mengagak.
Ini alasan klise untuk dapatkan sijil cuti sakit.
Tapi aku bukan seorang doktor GP yang tipikal.
Bacalah seterusnya.







Aku lihat mukanya murung.
Mungkin juga kekurangan darah.
Sebab agak pucat mukanya.
Mesti ada hal lain ni.
Aku pun bertanya,
" Kakak ada masalah ke? "





" Doktor ada ubat untuk keringkan susu tak ? "







Rupa-rupanya dia baru kehilangan anaknya.
Anak tunggalnya meninggal dirumah pengasuhnya sebulan yang lalu.
Tersedak susu kata doktor.
Pengasuhnya mengaku,
memberi susu botol ketika anaknya didalam buaian.
" Kakak tak buat kes ke? "
" Doktor ada buat post mortem tak ? "
Dia kata dia redha.
Dia tak nak memanjang-manjangkan cerita.

Sebagai seorang doktor,
aku pun kena redha dengan keputusannya.
Hampir 5 tahun dia menunggu kedatang…

Aku di Pintu Utama Istana Bukit Serene

Ini cerita kali pertama aku ke sini. Masa itu boleh golek-golek depan pintu istana. Boleh lagi sembang-sembang dengan guard yang sedang berkawal. Tapi kali ini dah tak boleh. Tak tahu kenapa. Faktor keselamatan agaknya.

Disebelah pintu masuk ada dataran dan arca sedang dibangunkan.
Projek yang dah terlewat daripada jangkaan.
Biasalah projek kerajaan.







Gambar-gambar agak malap sebab hujan dah nak datang.
Masa ini jam belum lagi pukul 6 petang.
Biasanya kawasan ini penuh dengan orang.
Tetapi kali ini sunyi-sepi.
Hanya kelihatan beberapa orang warga Pakistan tengah buat kerja pembersihan.


Aku ke Thailand Streetfood Festival IOI Mall Kulai

Malam Jumaat yang lalu, aku singgah di IOI Mall. Mall yang semakin dipinggirkan sejak Aeon Kulai dibuka. Ada pesta makanan Thailand ditempat letak kereta depan mall. Makanan Selatan Thailand untuk lebih spesifik. Sebab yang berniaga semuanya orang Muslim. Jadi membeli pun tanpa rasa was-was.
Sebenarnya aku bukan nak ke sini. Aku nak ronda-ronda bawa kamera baru ke JB. Nak ambil gambar-gambar sekitar JB. Malangnya baru sampai depan hospital, hujan dah turun selebatnya. Memang takda harapanlah nak ambil gambar dalam hujan lebat. Lepas bawa anak-anak melawat Paradigm Mall yang baru dibuka, aku balik ke Kulai.
Waktu tengah makan kat Saleng, ada kawan update gambar pasal event ini di FB. Alang-alang malam masih muda, aku terjahlah. Boleh juga ambil gambar guna kamera baruku.
Inilah hasilnya. Mee Segera Thailand. Anak kata sedap. RM5 untuk 3 bungkus.
Ini Mee Gorengnya.
Campur udang 3 ekor,
RM 7.00.

Ini Penkek Mee.
Pun sama RM7.00.

Aiskrim Gulung sedang dalam proses pembuatan.
Ramai yang me…

Aku ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Setiap kali bulan Januari, aku mesti ke Port Dickson. Tujuan hanya satu, meraikan harijadi wife dan anak dara aku. Banyak hotel yang aku pernah duduk. Hotel Grand Lexis sahaja dah 3 kali. Kali ini aku nak cuba Lexis Hibiscus pulak. Aku booking bilik melalui Agoda dah lama. Lebih 3 bulan rasanya. Jadi dapatlah harga murah sedikit. Itupun tak boleh nak batal. Kena fully paid sebelum aku sampai.

Aku tiba di lobi hotel kira-kira jam 3.15 petang.
Cuaca memang hujan dan mendung sepanjang hari.
Kedudukan hotelnya memang agak jauh daripada bandar Port Dickson.
Lebih kurang 40km pergi dan balik.
Jadi kalau datang ke sini,
memang kena memerap kat hotel sahajalah nampaknya.


Hotel ini memang sangat besar.
Pekerjanya ramai.
Kebanyakannya bukan warga tempatan.
Prosedur check in sangat mudah.
Apatahlagi sebab aku dah buat tempahan awal.
Bilik pun dah tersedia.


Aku memilih bilik yang paling murah.
Sky Pool Villa yang berada di tingkat 6.
Bukannya yang berada diatas air.
Yang itu harganya lebih sedik…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Pagi Jumaat yang lepas, aku sekeluarga bergerak menuju ke Port Dickson. Inilah kali pertama setelah sekian lamanya, aku dapat mengumpulkan anak-anakku. Walaupun anak-anakku tak ramai, tetapi nak mengumpulkannya memang susah. Yang sulung sedang cuti akhir semester sehingga bulan 5. Yang tengah sedang menunggu keputusan SPMnya, manakala yang bungsu masih ada lagi dirumah. Jadi percutian kali ini sememangnya agak bermakna. Entah bila lagi dapat kumpulkan anak-anak seperti ini.

Cadangan awal memang nak keluar awal,
nak singgah cari sarapan di Muar.
Tetapi memandangkan hujan yang berterusan,
masing-masing pun liat nak bangun pagi,
pukul 9.15 pagi baru siap nak bertolak.
Perjalanan di lebuhraya memang lancar.
Kenderaan tak banyak.
Maklumlah awal tahun.
tak ramai orang yang nak keluar bercuti agaknya.


Pukul 12 tengahari,
aku keluar lebuhraya di exit Pedas/Linggi.
Sempatlah berhenti untuk makan durian didepan masjid.
Aku sembahyang Jumaat disebuah masjid kecil disatu perkampungan yang aku lu…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Ini sambungan kepada kisah ayah mertuaku.


Sejak ayah keluar daripada hospital tempohari,
tidur beliau semakin lena.
Bengkak kakinya dah mula surut.
Tetapi sebagai orang tua,
beliau tak makan ubat ikut peraturan.
Mungkin sebab masalah penglihatan dan pendengarannya,
juga sakit dipinggul yang menyekat pergerakannya,
menyebabkan ubat yang dimakannya ikut dia sahaja.

Satu lagi,
walaupun beliau dan emak mertua dah semakin uzur,
mereka masih hendak duduk bersendirian.
Walaupun ada anak-anak yang sudi nak menjaga mereka,
mereka masih selesa hidup berdua sahaja.
Emak mertua aku pun banyak juga penyakitnya.
Matanya dah kabur,
kakinya dah tak kuat,
ingatannya pun dah banyak yang hilang.
Tanda-tanda nyanyuk dah ada.
Beliau sukar mengingati benda-benda baru.
Berpuluh kali diingatkan pasal benda-benda yang baru,
namun masih diulangi perkara yang sama.

Sejak ayah keluar hospital,
anak-anaknya bergilir-gilir datang menjenguknya.
Bagusnya anak-anaknya duduk berhampiran.
Menantu juga cucunya pun dudu…