Aku dan Dilemma Hari Ini



Seorang wanita berusia lewat 50-an.
Bekerja sebagai operator kilang di Singapura.
Hanya mempunyai seorang anak.
Anak kesayangan.
Genap 4 tahun lepas dia datang ke klinik.
Masa itu anak tunggalnya baru lepas bersalin anak sulung.
Dia tak sakit apa-apa.
Cuma nak MC dua hari sebab nak menjaga anak sulung dan cucu sulungnya.

Hari ini dia datang lagi.
Kali ini ditemani suaminya.
Mukanya sangat ceria.
Memang takda sakit apa pun.
Dia kata dia dah apply cuti 3 hari lagi.
Anaknya dijangka bersalin dalam tempoh itu.
Malangnya,
anaknya kena menjalani pembedahan ceaseran malam tadi.
Cucu keduanya dah lemas didalam perut.
Dia minta MC untuk dua hari.
Nak menjaga anak dan cucu-cucunya.

Aku dalam dilemma.
Aku tak nak spoilt moodnya kalau tak beri MC.
Dan aku spoilt mood aku kalau aku beri MC.



Ulasan

  1. hermm...senangnya minta mc! kat mana klinik Doktor ye..macam nak pergi je hihii..gurau..

    BalasPadam
  2. Saya lebih faham sekarang kenapa Doc Zoul tak suka bagi MC -- antaranya, sebab begini lah.. diberi betis nak peha... hahahaha ...
    Sabar ye Doc?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah