Aku dan Hujung Minggu Ini

Ini sambungan kepada kisah ayah mertuaku.


Sejak ayah keluar daripada hospital tempohari,
tidur beliau semakin lena.
Bengkak kakinya dah mula surut.
Tetapi sebagai orang tua,
beliau tak makan ubat ikut peraturan.
Mungkin sebab masalah penglihatan dan pendengarannya,
juga sakit dipinggul yang menyekat pergerakannya,
menyebabkan ubat yang dimakannya ikut dia sahaja.

Satu lagi,
walaupun beliau dan emak mertua dah semakin uzur,
mereka masih hendak duduk bersendirian.
Walaupun ada anak-anak yang sudi nak menjaga mereka,
mereka masih selesa hidup berdua sahaja.
Emak mertua aku pun banyak juga penyakitnya.
Matanya dah kabur,
kakinya dah tak kuat,
ingatannya pun dah banyak yang hilang.
Tanda-tanda nyanyuk dah ada.
Beliau sukar mengingati benda-benda baru.
Berpuluh kali diingatkan pasal benda-benda yang baru,
namun masih diulangi perkara yang sama.

Sejak ayah keluar hospital,
anak-anaknya bergilir-gilir datang menjenguknya.
Bagusnya anak-anaknya duduk berhampiran.
Menantu juga cucunya pun duduk berhampiran.
Tetapi masing-masing ada kehidupan dan kesibukan masing-masing.
Tak selalu boleh datang menziarah.

Satu pagi beberapa hari yang lalu,
ayahku mengadu kakinya menjadi lemah dan tiada lagi kekuatan.
Dia tak boleh nak bangun pagi seperti biasa.
Kepalanya pening dan hilang keseimbangan.
Nak berdiri sendiri tak boleh,
apatahlagi nak ke bilik air.
Aku tak jangka beliau kena angin ahmar,
sebab gulanya dan tekanan darah tingginya terkawal.
Tetapi bila cucunya yang juga seorang doktor datang memeriksanya,
aku diberitahu ayahku kena serangan angin ahmar yang ringan.
Tangan kirinya masih kuat,
tetapi kaki kirinya dah kurang kekuatannya.

Dipujuk beberapa kalipun,
dia tak nak ke hospital.
Dia nak tunggu seminggu dahulu.
Kalau tak baik baru nak ke hospital.
Dia tak suka dicucuk sana-sini.
Itu alasannya.
Kami semua takkan memaksanya.
Pergi hospital pun apa yang boleh dibuat,
mungkin hantar ke CT Scan,
lepas tu dihantar untuk rawatan fisioterapi.
Itu sahaja.

Kini semua orang dalam dilemma.
anak-anak juga menantu pening kepala.
Apa nak buat selanjutnya.
Siapa nak menjaganya,
siapa nak menyiapkan makan minumnya,
siapa nak membantunya bergerak ke bilik air.

Hujung minggu ini aku balik dan tidur dikampung.
Nak mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah penjagaan orang tua.
Adik-beradik wife ada 6 orang.
Seorang telah meninggal dunia,
manakala 4 orang lagi duduk didalam satu kawasan.
Ada yang surirumah sepenuh masa,
ada yang berniaga sepenuh masa,
ada yang masih bekerja dengan kerajaan,
dan ada juga yang dah pencen.
Jadi akan ada penyelesaiannya.
Cuma ayah dan emak yang agak liat untuk membuat keputusan.


Akhirnya ayah dan emak bersetuju.
Tinggal dan berpindah ke rumah salah seorang anaknya.
Ada orang yang akan menjaganya sepenuh masa.
Manakala adik-beradik yang lain akan memberi upah/saguhati.
Juga bergilir-gilir datang melawat dan membantu mana yang terdaya.


Betullah kata ustaz.
Seorang emak mudah menjaga walau 10 orang anaknya.
Tetapi 10 orang anak belum tentu mudah nak menjaga seorang emak.
Emak punya ego dan pendapat tersendiri.
Emak juga kadang-kadang agak degil.
Emak juga pemikirannya tak seperti orang muda.
Apatahlagi bila masuk kategori nyanyuk.
Sangat sensitif emosinya.

Betullah kata ustaz.
Anak-anak akan mendapat ujian paling besar bila mereka tak boleh nak berdikari.
Bila mereka hanya terlantar dikatil.
Bila mereka bergantung sepenuhnya kepada anak-anaknya.
Itulah ujian dan dugaan paling besar.
Disitulah lubuk pahala.
Disitu jugalah lubuk dosa yang paling besar.

Syukur Alhamdulilah.
Emakku masih sihat.
Walaupun ayahku dah tiada,
aku masih boleh berbakti kepada mereka berdua.


Ulasan

  1. Semoga Allah berkati hidup Dr Zoul sekeluarga.. Aameeeeen

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima