Langkau ke kandungan utama

Aku dan Hujung Minggu Ini

Pagi Jumaat yang lepas,
aku sekeluarga bergerak menuju ke Port Dickson.
Inilah kali pertama setelah sekian lamanya,
aku dapat mengumpulkan anak-anakku.
Walaupun anak-anakku tak ramai,
tetapi nak mengumpulkannya memang susah.
Yang sulung sedang cuti akhir semester sehingga bulan 5.
Yang tengah sedang menunggu keputusan SPMnya,
manakala yang bungsu masih ada lagi dirumah.
Jadi percutian kali ini sememangnya agak bermakna.
Entah bila lagi dapat kumpulkan anak-anak seperti ini.


Cadangan awal memang nak keluar awal,
nak singgah cari sarapan di Muar.
Tetapi memandangkan hujan yang berterusan,
masing-masing pun liat nak bangun pagi,
pukul 9.15 pagi baru siap nak bertolak.
Perjalanan di lebuhraya memang lancar.
Kenderaan tak banyak.
Maklumlah awal tahun.
tak ramai orang yang nak keluar bercuti agaknya.


Pukul 12 tengahari,
aku keluar lebuhraya di exit Pedas/Linggi.
Sempatlah berhenti untuk makan durian didepan masjid.
Aku sembahyang Jumaat disebuah masjid kecil disatu perkampungan yang aku lupa namanya.
Kariahnya tak ramai.
Dan yang ramai pun dah tua-tua.
Bilalnya dah uzur.
Terketar-ketar melaungkan azan.
Nasib baik khatibnya masih bersemangat membaca khutbah.
Kalau tidak tidur lena aku dibuatnya.


Sampai di Port Dickson aku cari kedai makan dahulu.
Kali ini aku mencuba Nasi Ayam Station di Pasir Panjang.
Ayamnya dibakar dengan sos madu.
Begitu juga dengan kambingnya.
Dengan konsep layan diri dan makan sampai kenyang,
harga RM9.00 dan RM14.00 memang berpatutan.
Nasi boleh ditambah,
sup pun boleh ditambah.
Dengan syarat guna pinggan dan mangkuk yang sama.
Portion ayamnya besar.
Memang kenyanglah.


Pukul 3.15 petang aku check in di hotel Lexis Hibiscus.
Dan sehingga keesokan harinya aku memang berada dibilik sahaja.
Anak-anak suka sebab internetnya sangat pantas.
Kolam renang pun dibuka 24 jam.
Aku pula sukakan pemandangannya dan channel tv yang banyak.
Wife pula tak henti-henti menyediakan makanan.
Memang bertambah gemuklah kami sepanjang 2 hari ini.


Tepat pukul 12 tengahari hari Sabtu,
aku checked out.
Aku ikut jalan dalam untuk menuju ke Melaka.
Ada orang nak hadiah sempena harijadi mereka.
Perjalanan menuju ke selatan agak perlahan.
Cuaca mendung dengan kenderaan yang agak banyak,
menyebabkan aku tak bawa laju.
Lagipun seronok menikmati pemandangan ditepi-tepi jalan.
Teringat jalan ini pernah aku lalui dulu.
Masa itu aku baru jadi houseman.
Try motosikal Suzuki RG125 yang aku baru beli.
Memecut sorang-sorang sampai ke PD.
Nostalgia betul.


Aku tiba di Dataran Pahlawan Melaka kira-kira jam 3 petang.
Lokasi kesukaan kami anak-beranak.
Macam-macam ada di sini.
Semua dapat bahagian masing-masing.
Tak dapat yang mahal,
dapat yang murah pun takpa.


Untuk makan tengahari merangkap makan malam,
aku mencuba Nasi Ayam Penyet original di Wong Solo.
Ambil set ekonomi sahaja.
Kenyanglah kami anak-beranak.
Walaupun original,
aku masih suka ayam penyet Tiga Abdul di belakang Econsave Senai.


Pukul 6 petang aku bertolak balik ke Johor.
Nak lepas jalan depan Dataran Pahlawan punyalah seksa.
Separuh jalan bawah jambatan ditutup untuk kerja pembaikan.
Bukannya ada orang bekerja pun.
Kerjanya ditinggalkan separuh siap.
Apalah punya kontraktor.
Ikutlah macam orang Jepun.
Buat kerja tak sampai menyusahkan orang.


Percutian kali ini memang berbaloi.
Pengalaman bersama-sama anak-anak yang semakin membesar memang tiada gantinya.
Walaupun masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing,
setidak-tidaknya mereka ada didepan mata.
Makan sama-sama,
mandi sama-sama,
tidur sama-sama,
bersembang sama-sama,
bershopping sama-sama.
Rezeki kita kalau bukan anak isteri yang habiskan,
nak suruh siapa lagi kan?

Jumpa lagi di Port Dickson 2 tahun lagi.



Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…